Thursday 31 May 2012

ABG AUF DAPAT SURAT

Petang tadi ada surat untuk Abg Auf. Betulla budak zaman sekarang, baca pun tak reti lagi, usahkan baca, ABC pun bersepah berterabur tak larat nak kutip lagi, tapi dah dapat surat. Macam la dia reti nak baca.



Ni kira surat yang kedua Abg Auf pernah dapat. First dulu masa nak raya. Abg Auf dapat poskad raya. Kelab Upin dan Ipin. Yang ini pun dari Kelab Upin dan Ipin gak. Aku la dulu, register kan Abg Auf kat kelab ni. Dapat free t-shirt Upin Ipin, tapi size yang paling kecik pun Abg Auf tak leh pakai. Gedabak. Tu dulu punya cerita, dulu pun tahun lepas aku rasa. Hmmmmmmm.... Kurang daya ingatan nampaknya. So sekarang Abg Auf dah boleh pakai t-shirt tu, cuma labuh sikit, leh buat mini skirt :P
Tak jantan la anak aku pakai mini skirt, hahaha....

Isi surat tu, just ini..........



Aku : Belan, nak gi ke? Diskaun 10% tu..
Belan : Nak gi ke?
Aku : Lorrrr.... Orang tanya dia, dia tanya orang balik. Huh, taknak la, selaut manusia je nanti, confirm! Maskot pun mati lemas je nanti. Jadi ke nak gi Zoo Taiping tu?
Belan : Jadi...

Haha... Abg Auf, kita gi Zoo Taiping hujung minggu ni,papa ajak (series, aku tak minat segala zoo or outdoors activities, aku tak suka panasssss)... Adik Ajim tinggal dengan Opahnya. Bagus tak aku :P

Belan balik hari ni sebab pagi sok aku kene ikut dia pergi BM, kira macam hantar dia je, sebab petang esok dia nak bawak balik motor. Motor kenangan aku masa di Kapit, nanti kalo rajin aku tunjuk gambar moto kesayangan aku tu. Plan asal nak pos guna keretapi je, tapi mahal weih, sampai Taiping je RM 140. Kalau sampai tempat aku ni? Takpela Belan, ur wife ni kan cuti 2 minggu, meh i hantar u pergi kerja, ok wat :P *mood gediks dah mai dah....

Ok jom tido, sok kul 6.45am dah nak gerak. Good nite everybody......Salammmmm..

26.05.12 PENANG TRIP

Hari Sabtu minggu lepas (26.05.2012), Belan bawa aku, Abg Auf dengan Adik Ajim pergi jejalan kat Pulau Pinang Pulau Mutiara. Lawak sebenarnya, Belan bawa aku gi makan angin kat kampung aku? Ayah aku ni orang PP, lahir sana, sekolah pun sana, tapi kerja kat Perak, last-last sangkut dengan orang Perak (mak aku le tuuu.. ). Adik beradik abah aku semua kahwin dengan orang PP dan diorang semua stay kat sana. Abah aku je yang langgar tradisi, pergi kahwin orang luar, pastu siap xdok PP lagi. So, sebagai balasan, abg aku (anak sulung ayah aku ) pulak gi kerja kat PP, pastu kahwin pulak dengan orang sana. Kira macam bayar 'hutang' ayah aku la. Tapi macam terlebih bayar hutang pulak kan, adik lelaki aku pun pi bantai kerja kat PP. Dia tak kahwin lagi so tak tahu la jodoh nanti orang sana ke tak. Yang laki aku pun nak join jugakkkkk, pergi kerja PP. Adehhhh laaaa. Takpe takpe, start Isnin minggu depan Belan dah transfer ke SSU, Perak. SSU tu ape? Cari sendiri, hhahahaha...

Maka berjalan la kami anak beranak di PP. Pagi dalam pukul 10 kitorang sarap kat Restoran Kapitan Cruisine. Abg Auf dah mula buat perangak. Tak mau duduk. Tak mau makan. Tak mau minum.

Reason : Dari semalam aku dok sebut nak pergi Tesco, sampai la pagi tu tak sampai2 Tesco nye lagi. Boikot Mama!

Gila Tesco betulla Abg Auf ni. Tak pe, hal kecik je ni.

Lepas dah isi tangki masing2 (tangki perut aku dan Belan je yang full tank), kitorang gerak naik Jambatan Pulau Pinang. Aku tak heran sebenarnya (
ceh, tak heran konon:P) tapi terpaksa la jadi minah jakuns binti gediks jap, nak attract Abg Auf punya mood. And hasilnya..Abg Auf kembali ceria :)

Kitorang direct terus ke Bukit Bendera. Belan dah siap print google directions BM-Bukit Bendera-Toy Museum-Jeti Feri. Kitorang takde GPS. So, must be extra ready la kan. Good job Belan! Huh, kata PP ni kampung engkau, tapi pe hal nak kena ada google directions bagai. Yee, aku buta jalan ye. Jangan tanya aku directions semua, aku tak reti. huhuhu....

Sampai kat Bukit Bendera dalam pukul 11 pm, gila ramai orang. Bas persiaran berbijik-bijik. Aku terus down, mampus laaa, aku da la ada anak kecik, nak ke aku berperang dengan selaut manusia. Belan pulak dapat parking sikit punya jauh. Yang dekat semua dah full. Lagi la aku down. Abg Auf dengan Adik Ajim tengah tido masa tu. Kang kalau aku kejutkan mesti dia diorang badmood. Nak naik tren tu kang berganda pulak badmood. So kitorang say bye-bye to Bukit Bendera. Gila 1 gambar pun tak amik, hahaha..

Heading to Toy Museum pun jenuh gak la. Berpusing-pusing. Sampai aku rasa nak give up dah la.Tup2 toy museum kat kiri kitorang..Singgah sat...















Banyak betul toys collections owner ni. Tapi agak kurang maintainance. Ada toys yang dah berhabuk, yang dah tergolek tertelantang kuak lentang, tapi tak dibetulkan. Hmmmm... Layan lagi lambar toys collections kat sini...









Colections of Star Wars la yang paling banyak. Dari yang kecik sampai yang beso :P
Ada satu section tu semua collections of horror toys. Toys syaitan laknatullah. Hantus... Vampires... semua creepy and tak sesuai untuk tontonan Adik Ajim and Abg Auf. So Belan dan budak2 tak masuk section ni, aku masuk gak la,dah bayar kan, kene la jelajah semua part. Kalau aku boleh refund duit sikit sebab tak masuk section tu ok gak la. Tapi bila aku je sorang2 dalam section tu, dok amik2 gambar, aku rasa am semua toys tu dok tengok aku. Gulp.... Aku amik gambo ala2 kadar je,cari yang paling horror je, snap picture then blah. Haha. Tapi semua pictures tu aku delete balik lepas tu, tak nak la aku simpan gambar2 macam tu. Tak sanggup nak tengok balik pun. tapi tinggal la sekeping ni yang boleh dimaafkan....



Lepas tu plan nak gi naik feri la kan. Tapi terlalu sebelah Tesco baru ni, Abg Auf dari jauh dah jerit.

Mamaaaaaaa, naaaakkkk Tescooooooooo!!!

Adoi, ko ingat tesco ni maianan ke. Eh , ada ke replika tesco ke senagkatan dengan nye, bole aku bagi Abg Auf ni. Sorila Abg Auf, mama ko ni bukan anak tokey Tesco ok. Menantu tokeh Tesco pun bukan. Tak mampu nak bagi ko Tesco ye.

Langsung singgah makan foldover kat Tesco. Abg Auf makan burger Chicky Meal (dia makan daging nye je ), Adik Ajim makan bubur McD. Tapi dia makan sikit, pastu marah2.. Makan la nak, mama tak bawa bekal homemade bubur :( Again, tak ada gambar ye, aku sibuk bagi anak-anak makan, mana nak pegang kamera. Belan? Hmmmmmmmm....kirim salammmmmmm....

Feri. First time untuk kami 4 beranak naik sama2... Kira bermakna jugak la. Seronok tengok Abg Auf yang sangat happy. Adik Ajim senyum dalam mimpi. Tido dah dia!







Then, singgah Jusco kat opis Belan, nak abiskan masa jap. Bagi Adik Ajim tu lega, dia macam rimas asyik berdukung dan terkurung dalam kereta. So bagi adik dengan abang main kat indoor playground.









Okla, Adik Ajim pun dah ceria. Kul 5.30pm gerak balik Perak. Plan asal nak tido rumah Along kat Bertam, so esok boleh terus pergi Tesco, shopping barang dapur. Tapi kesian pula tengok Si Ajim ni, dia memang tak suka dok kene dukung je. So kitorang decide balik je rumah, esoknya kitorang tinggalkan Adik Ajim kat Opahnya, kami bertiga je ke Tesco.

Wassalam...

Tuesday 29 May 2012

AKU FOLLOW BEN ASHAARI

Tadi aku baru je jadi follower BEN ASHAARI. Tiba-tiba je dapat seru nak jadi follower dia. Hehe.. Siap aku terus masukkan dalam bloglist aku.


Camne entah tadi boleh terbukak blog dia. Aku pernah je bukak blog bro ni, tapi tu la. Masa tu tak sampai seru lagi, so jenguk-jenguk je la. Bukan tak tau tahap gaban popular dia ni, tapi still aku just jenguk and go. Ala-ala touch n go gitu. Sekali tadiiiiii..... terkena sumpahan keramat Ben Ashaari daaa...


So far dah 14 blog yang aku follow and as a newbie blogger, aku ada banyak masa nak blogwalking kat semua blog yang aku follow. Seronok, kadang2 rasa tak lengkap hari aku kalo aku tak blogwalking...Heee....


Sibuk jenguk blog orang lain, blog sendiri berhabuk sekati...Aku laaaaa tuuuuu...... :P


Published with Blogger-droid v2.0.3

Monday 28 May 2012

SEMANGAT...

Dari malam tadi aku dah plan macam-macam nak buat hari ni. Kemas rumah. Iron baju-baju kerja Belan and baju kerja aku. Tanda kertas jawapan anak murid aku, ada 2 set lagi. Lipat baju sebakul yang adik aku tak settle kan ( Adik aku Shidada dah selamat gi Matrik Gopeng, hari ni daftar). Tapi sampai la ke saat ini, satu kerja yang aku list ni, harammmm nak buat. Yang aku buat, kemas porch umah, sidai baju and ................................................... baju buku cerita.

Tu je aku buat. Gila tak ada semangat langsung. Actually pagi tadi aku hantar juga Abg Auf dan Adik Ajim pergi school (nursery)… Kesian anak-anak aku, mama korang ni cikgu, patut time cuti sekolah mesti korang dapat la spend masa ngan mama korang ni, rapi kena pergi school jugak. Anak orang lain yang bukab cikgu pun paling kurang time cuti sekolah ni dok umah je.

Aku hantar pun dah lewat, dalam pukul 9.30pgi macam tu. Mane taknya, Abg Auf dengan Adik Ajim pun bangun dah pukul 8.45pagi (aku bangun awal ye, siapkan barang Belan pergi kerja, Rabu nanti baru dia balik :( ). Masa kat nursery tu aku tengok tak ramai budak, serius, dalam 5 orang macam tu, biasa dalam 15 orang. Terus tergugat naluri keibuan aku (eceh!), tak sampai hati pulak nak tinggal anak aku kat situ. Aku budget Abg Auf ada ramai kawan arini, abis segala Ammar, Anis, Hafiz (kengkawan Abg Auf kat nursery) aku sebut sebelum hantar Abg Auf pergi nursey. Sekali tengok semua tak datang, cuti sekolah kan.

Abg Auf ni ada sejarah refused to nursery/school. Gila berperang sapa yang hantar dia pagi2 tu. Pernah sampai bertarik-tarik la. Tarik nak bawak keluar dari rumah, nak sumbat dia dalam kereta, dah masuk kereta tu pulak, satu hal nak bawa dia keluar dari kerera kat nursery tu pulak. Dia akan menyorok kat tempat duduk belakang, bila ko pergi belakang, dia akan lari nyorok kat hujung pintu satu lagi, macam tu la, main kejar2 pulak dalam kereta tu. Pastu kalau dapat bawak dia keluar, dia punya.meronta tak nak masuk nursery tu satu hal. Sadis tengok insiden tu sebab macam nak kena hantor ke pusat penderaan je lagaknya. Aku memang tak sampai ati, selalunya sama ada Belan yang hantar (masa kat Kajang dulu ), ataupun Atoknya ( sekarang ni la )… Lagipun aku keluar kerja awal, kul 6.45 pagi, nursery ni pun tak bukak lagi.

Tapi tu cerita dulu la,sekarang dah ok dah Abg Auf. Adik Ajim tu takde hal, dia mana tau apa :P Tapi sebab Abg Auf dah ok ni la aku kena maintain keOkan dia. sebab tu aku decide nak hantar dia pergi nursery walaupun time cuti sekolah ni, sebab aku takut kalau dia dah cuti 2 minggu ni, nanti perangai lama dia tu datang balik.

So terpaksa la aku keraskan ati, tinggalkan Abg Auf dengan Adik Ajim (Abg Auf nak adik dia pergi school gak, kalau tak dia mengamuk )... huhu... Tu yang aku tak de semangat tu, kesian anak-anak aku kat nursery tu, huhu.



Petang tadi, Belan forward sms bos dia kat aku. Seram sejuj aku. Biar betul !!!!

Alhamdulillah. Permohonan Belan untuk mintak tukar ke sg.siput diluluskan. Sekarang ni tunggu surat rasmi nak tukar je la. Gila tak semangat kau! Takde la aku sorang2 jaga anak (main reason)... haha. Syoknya,..Tu yang terus bersemangat sampai terupdate blog. Hahaha...

Syukur Ya Allah. Rasa ringan sikit bahu aku ni. Suami dan anak-anak di sisi. Reunite. Complete.

Saturday 26 May 2012

ADIK AJIM ACHOM ACHOM

Ni kerja opahnya Adik Ajim. Sian Ajim, kekuningan. Haha. Lawak pun ada. Mulut pun dah ternganga je. Hidung sumbat. Adik Ajim ni selsema dan batuk. Jangkit dari aku la tu.


Petua orang dulu-dulu, kalo selsema, sapukan hidung dan dahi dengan kapur dan kunyit hidup, bagi tempat tu panas, baru selsema tu hilang. Aku tak berapa berkenan sangat dengan sapu kunyit tu, kapur tu tak apa. Kunyit ni nanti ada tinggal kesan kekuningan kat area yang kena sapu tu. Tapi, petua ni mujarab la pulak. Memang nampak berkurangan la selsema Adik Ajim tu, lena tidur dia. Nak minum susu pun tak ada la mengamuk sebab hidung sumbat.


Tak apa la hidung tu kuning sikit, janji anak mama dapat tido lena, tak mengamuk tengah-tengah malam. Mama tak payah la berkunyit kapur segala. Mama kuat, makan ubat je. Tak mau la nanti orang kata hidung anak beranak kuningggg jeeeee.


Sekarang ni aku and family otw ke Bukit Mertajam, Belan kerja. Tapi dia nak bawak aku and anak-anak jalan-jalan pusing Penang. So anak-anak aku dah angkut masuk keta kul 6.45pagi tadi, diorang tak mandi pun lagi. hari ni kita mandi kat opis papa ye anak-anak. Mana la papa nak bawak kita ni :)


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday 24 May 2012

HARI-HARI PONYO

Aku perasaan dah dekat seminggu dah. Lepas mandi malam, Abg Auf mesti nak bukak laptop, PONYO timeeeeeee.....

http://m.youtube.com/watch?v=ZWBKvFbO3OQ

Syok cerita ni. Kalo Abg Auf tengok, aku pun leh tersangkut sekali.
Comel beno ponyo ni, suara pun cute je, geram aku dengo nye. :)

Ni pun baru khatam ponyo la ni, sambil tengok movie tadi, aku suap Adik Ajim makan. Abg Auf makan pisang goreng je, aku nak suap nasi dia tak nak. Nanti dia muntah katanya, pandai ko eh Abg Auf. Gasak la, nanti Ajim lagi besar dari Abg Auf, kena buli la Abg Auf ni. Auf ni lembut sikit, Adik Ajim ni baran sikit, cepat marah, tapi jarang nangis. Abg Auf kuat nangis :P

Okla, layan ponyo 2nd time, mlm ni mimpi ponyo pun ok je.. Besh...Besh...

Ajim oh Ajim

Adik Ajim. Esok dah tujuh bulan dah dia ye. Cepat je dah tujuh bulan. Aku rasa macam baru je beranak kan Adik Ajim tu. Hmmmm... Boleh beranak yang no.3 dah kot :P



Ni Adik Ajim. Tengah buat mende tu Ajim oi.




Dia buat lagi.. tapi ni pejam mata pulak :P Ajim buat pe ni....




























Agak2nya ada ke orang leh paham gambo si kenit ni tengah buat apa. Haha... Time ni aku dah bantai gelak kat Ajim.

Masa ni kitorang lepak kat porch, Adik Ajim dok dalam walker dia, Abg Auf naik basikal dia. Diorang ni dok tawaf la porch tu lapan belas kali ( ye sangat la aku dok kira bape kali diorang tawaf )... Then Adik Ajim ni stop blakang kete Myvi adik aku. Trus dia naik sheikh... Tangan terdepang macam titanic tu, tapi ajim ni versi kasar la, siap ngan suara mendengus- dengus. Aku ni tengok pun heran, kemenda ko ni Ajim. Then dia terapat2 muka ke Myvi tu, tak cukup rapat muka, dia jilat2 pulak, hadoi Ajim oi. Kotor r kete pakcik ko tu.

Rupa-rupanya dia nampak muka sendiri dalam kete adik aku. Ye la,kete baru kan, memancor-mancor la lagi shining nye, leh buat cermin. Kete aku tu ye la dah kusam, kemek pulak, retak pun ada. mujur boleh jalan je lagi.

Punya la kusyuk si Ajim ni berkawan ngan kawan baru dia tu. Yang adik aku tu jeling je la,haha.. Calar kete dia... Hahahaha... Aku suke....:)

Tuesday 22 May 2012

PERSEDIAAN.....

Persediaan mende ni weih... :P

Hari ni dah hari Selasa, esok Rabu, tulat Khamis, tonggeng Jumaat. Eh, betulkan tonggeng? sape eh ajar aku esok-lusa-tulat-tonggeng-taik anjing ni eh.. Gila ah,macam ne benda ni ada dalam kepala aku nih, hopefully sahih la data ni..

Sabtu ni dah start cuti sekolah........Cuuuuuuuttttttiiiiiiii tuuuuuuuuuu... 2 minggu cuuuuuutttttttiiiii tuuuuuu... Syiok ahhh. holiday 2 minggu.... tak de menda nak kacau langsung, tak de kelas tambahan la, meeting ke, ladap ke, semua yilekkk... Syok babas kat opis baru ni, cuti means cuti.. no one can kacau me..haaaaaaa.....

So, sebagai persediaan nak bercuti ni. Aku sedang bertungkus lumus menyiapkan marking paper. Dari 9 set soalan, tinggal lagi 4. ceh, baru sparuh je jalan,bunyi mcm la tinggal lagi 2 je ke.. kihkihkih... Tak pe, sok aku boleh siapkan lagi 2, sebab objektif je, lubang kat omr pun aku dah tebuk, tinggal nak menonyoh kertas client aku je. yang lg 2 tu subjektif, yang tu ada makan sikit masa la jugak, tp klo prestasi diorang mundur, maka halaju aku menanda akan meningkat la. kertas kosong, aku pangkah beso2, senannnnnggg keje.



Korang tengok la... Senang tak kerja aku. Aku bagi soalan set ( topik maths ting.4), aku suruh lukis Venn Diagram, diorang lukis Van sekolah.. Sabar je la. memang senang aku menanda, tapi bukan senang nak tahan sabar ni weih, clients aku ni jawab soalan periksa macam la aku ni tak penah ajo ape2. Apa sebelum ni aku masuk kelas menonong bukak fb ke, blog ke, paling bagus aku membuta ke dalam kelas tu. No way! Aku ni terlolong2 dalam kelas mengajar, hilang suara, berpeluh-peluh, duduk jangan harap la, aku tawaf kelas sampai abis waktu, pantang aku duduk kat depan kalo anak murid aku tengah wat kerja. aku suka survey progress kerja client aku. tapi, ni la hasil nya. Venn diagram bertukar jadi van sekolah.
Daripada aku dok sakit ati, aku pikir yang positif, clients aku ni semua baik ati, nak senangkan kerja aku, diorang semua memahami betapa aku nak cuti, maka jadi lah begini. terima kasih wahai clients aku semua,semoga Allah dapat membalas jasa baik korang sekalian.



Ni satu lagi,senyum senyum ye. Memang aku senyum je la menanda kertas korang. Senyum nak cuti..Lagi satu, senyum sebab esok gaji. Hehehe....

K la, nak siap-siap. Nak pergi ambil Abg Auf ngan Adik Ajim kat nursery. Hari ni 22hb kan, so arini Abg Auf genap 2 tahun 9 bulan. Semalam 21hb, genap aku kawen 3 tahun 6 bulan, Belan bawak aku gi makan kat luar, jadi laaaaa.... :) Saaayanggg abgggg.. Eheh:P

Saturday 19 May 2012

SICK MOM

Dari malam tadi sampai tengahari ni aku memang terbaring je atas katil. Tak sihat weh...Pada hal pagi jumaat tu elok je aku pergi kerja, tapi se la sikit-sikit rasa cam sakit tekak. Aku ignore je la, alah biasa la sakit tekak kan. But tengahari masa jaga client aku exam, hidung aku dah start enjin bising dia. Srot sret srot sret..... memang bising sebab client aku semua diam, exam kan, kang kalo diorang bising aku juga marah. Tapi time aku pulak bising. huhu..

Client A : Teacher, u demam ke?
Teacher : Sorry, i m not feeling well, posibbly gonna demam tonite.
Student B : Teacher, u bisinglah !
Teacher : Ok, no one can talk, including me!

Dah diorang tanya, aku jawap la, kang aku tak jawap, kata sombong pulak, demam pun nak sombong, memang tak sesui la kan.

Tengahari tu Opah sampai dari Kuala dengan bus, kitorang nak balik Kg. Lasah jap, nak bawa mak sedara aku Mak Yang, pergi BSN tebus duit BR1M dia. Bape kali aku pusing Sg.Siput - Lasah. De la 4 kali. Masa ni badan memang rasa tak sihat sangat2 dah, tapi gagahkan la jugak.

Sampai umah dh pukul 5, ikutkan hati memang tak larat dah,tp anak2 tu cmne. so mandikan diorang. tup2 kul 7 Belan sampai umah, aku terus...... Lega.. Pembantu dah sampai. Dah 3 hari aku sorang bela anak2. So Belan ni balik rasa sangat relieve.. Mlm tu terus aku terbaring. Bebudak Belan handle. Pandai tuhan aturkan, aku sakit hujung minggu, suami ada boleh jaga anak. Kalau tak sian budak2 tu. Alhamdulillah.



Petang ni tak selsema tak teruk dah, demam pun tak dah, batuk n sakit tekak de lagi. Hopefully esok boleh full recover, banyak benda opis yang aku bawak balik, konon nk settle hujung minggu ni. tapi benda lain yang datang. We planned but Allah has better plan for us. Alhamdulillah.

Wednesday 16 May 2012

L.O.G.O OPIS AKU

Ni la logo opis aku. Tempat aku cari makan sejak Januari 2012. Maju terus maju.. Yeee, maju la sangaaat.


Ni opis aku yang ketiga dalam 4 tahun lebih aku berkhidmat. Dasyat kan,senang2 je aku melompat-lompat dari Kapit, Sarawak (2008- aku posting di sini ye kengkawan), then 2009 aku balik Kajang, 2012 aku balik kampung. Setahun je aku kat sarawak, even setahun, macam-macam aku dah rasa dalam setahun tu. Merasa pergi ke pedalaman 1, Belaga. 5 jam naik bot dari tempat aku, ke hulu. Sepanjang panjang menghulu tu aku tak tido langsung sebab sangaaaaatttt takuttt... Aku dengan kawan aku bawak life jacket, setakat bawak je la, gile malu nak pakai, orang sana selamba je turun naik bot, siap on the way tu boleh plak tengah-tengah sungai berhenti jap bila selisih ngan bot lain, de passenger nak tukar bot. Passenger tu pun, main langkah je.. Boleh eh, buat boat stop (ala-ala bus stop la ) kat tengah2 sungai tu. Tu tak campur pulak yang duduk atas bumbung bot, ni majoriti lelaki la, maybe sebab diorang nak merokok kot, bab harga lagi murah ke tak, yang tu aku tak sure. Sungai ni, lagi hulu, makin menjadi-jafi pulak jeram nya. Seriau aku, bot aku ni selamba je langgar batu jeram tu, aku dok terbayang lantai bot ni pecah, then kitorang bersepah dalam sungai, life jacket tu entah ke mana je nanti. De satu part tu, kitorang lalu LUBUK PUSAR. Bukan 1, bukan 2 tapi 3 ! Siap bot kena matikan enjin, ikut flow sungai jap, tak boleh lawan dia, then sambung balik journey. Memang dah ada kes bot karam kat lubuk pusar ni, ramai mati, huhu..Ok, habis bab Sarawak.


Kak kajang, biasa je la. Tak seronok sangat, aku tak ada member kamcing kat sini. Semua berpuak-puak. Eh, ada, Kak za nama dia. Rinduuu Kak Za. Dia sekarang sambung belajar kat KL. Nanti kalo turun Kajang, aku nak lepak umah dia jap.


So opis ketiga, yang sekarang ni.


Disebabkan aku selalu tukar opis, tu yang aku tercicir kusus induksi. Kan baru2 ni aku pergi kursus Induksi. Yang sama dengan aku tu semua adik-adik je, yang sebaya pun diorang posting tahun 2011, 2010...Aku sengsorang 2008. cicir punya pasal. Actually masa  2009 aku dah dipanggil untuk kursus induksi, tapi nunnnnn kat sarawak, aku masa tu dah tukar ke kajang. Bila aku call jpn sarawak, diorang ckp diorang tak tanggung kos perjalanan dan penginapan aku, sebab aku bukan bawah jpn sarawak dah, aku selangor yang kena tanggung. So, terpaksa la aku tolak kursus tu, then beratur la balik kat jpn selangor. 3 tahun beratur, senyaaaaap je. Mujur aku balik perak ni, terus dapat kursus. lega dah satu bab. Alhamdulillah.


Perak jugak yang bagus. Hik. Hik. Hik. :P


Happy teacher's day to all teachers out there. Tq to my clients for the presents. A simple celebration at a new work place.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday 13 May 2012

A WISH FROM A BOSS

Assalamulaikum n salam pagi Ahad ( dah nak tengahari la dek non oi)…

Tengah masak ape tu weih...Aku tak masak, Belan dah pergi masak kat kedai kul 10 pagi tadi. Aku mandikan anak2 then jap tadi baru brunch..Ni memang rutin kotorang kalo hAi Ahad... Well, we must do something different on weekends. Kalau weekdays kita bangun pukul 5, weekend wajib bangun paling awal pukul 9.. Anak2 confirm sambung tido kalau time dia terjaga tu, umah senyap sunyi, nampak plak mama papa dia pun sedap mengoloh (bahasa perak = tido )... Hehe.. yeee, aku tau, aku tak leh wat macam ni selalu, nnt anak2 akan terdidik bangun lambat hujung minggu.. Belan, bila kita bangun awai hujung minggu?

So aku terbangun tadi pun ada sms masuk kt hp aku. Aku ni kalau ada sms masuk time2 pagi, memang aku cepat2 baca. Riso kantoi tak bangun tido lagi. Muahahha.. Sekali aku baca.....



Wallaweih... Sms dari boss aku weih. Kena balas cepat2, bukti ko tak bangun lewat hujung minggu...Muahaha.. Pada hal dah pukul 9, entah nos aku pun sengaja sms kul 9, dia tau pekerja dia time hujung minggu ni la nak buat overtime tido. Kalau kat ofis, overtime semua tak dibayar...

Hmm, Mr. Lee, my boss. Actually, sepanjang aku kerja, aku dah merasa 3 jenis bos yang berlainan.

Masa kerja kat Sarawak, bos aku lelaki Indian, orang semenanjung, kawen dengan orang Kenyah, Sarawak, anak semua dah macam Singh, tak mcm India, tak macam Kenyah, tapi still lawa. Orang Singh kan putih, tapi hidung mata semua macam India. Kalo tengok diorang satu family, tak macam family, laki bini ngan anak2 semua tak sama. Bos aku ni baik, sangat memahami. Tapi dia takde la sms wish macam ni kat aku, yela, aku rasa no fon aku pun takde dalam phonebook dia. hmm.dengar cerita bos aku ni dah naik pangkat.

Bos aku masa kat kajang ni, huh.. Sabo la.. Banyak tragedi. Nanti la aku cerita. Malas, buat spoil mood ahad aku je..

Mr. Lee ni bos aku yang ketiga. Semua cerita yang aku dengar tentang dia, semua yang baik2 je. Aku tgk dia ok je., cuma hari tu kan dia wat perang saraf dengan aku.. huhu. Tapi so far lepas incident tu, aku ngan dia ok je. dan aku rasa aka bertambah ok lepas aku baca sms dia tu td. Tq sir, orang first wish kat aku. Aku tau dia bukan sms aku seorang, tapi aku hargai dia masukkan nama aku dalan list dia nak wish aku. Dia boleh je tak sms aku, wish orang lain je, tapi itulah sifat pemimpin yang tidak pilih kasih. ececeh, mcm soklan induksi aku... Haha..

Tq Mr.Lee!

Saturday 5 May 2012

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI - SOALAN 83

Encik Rahim telah dilantik sebagai seorang Ketua Pengarah di sebuah Jabatan kerajaan ;


a) Bagaimanakah dapat ditentukan bahawa beliau mempunyai kepimpinan yang unggul?


15 Ciri Pemimpin Unggul

Ciri-ciri Pemimpin Unggul

Ciri-ciri Pemimpin Unggul

Pemimpin Unggul

Kepemimpinan

Pemimpin Berkualiti

Pemilihan pemimpin perlu memenuhi ciri kepimpinan unggul - Titah Sultan Pahang


b) Jelaskan ciri-ciri seorang Ketua Jabatan yang mempunyai kepimpinan yang berkesan.


Kepimpinan Berkesan

Kepimpinan Berkesan - Cikgu Nazeli

Kepimpinan

Formula Kepimpinan Berkesan

Kepimpinan Berkesan Membawa Perubahan Tingkahlaku Kakitangan


c) Huraikan cara-cara untuk mengelakkan perbuatan pilih kasih dalam tindakan-tindakan di kalangan ketua organisasi.


Pilih Kasih Dalam Suasana Meritokrasi

Keadilan Elak Salah Guna Kuasa

Rasuah


Soalan ketiga ni susah sikit nak cari artikel yang 'neutral'. Kalau search pemimpin elak pilih kasih, kronisme, berat sebelah, bias.... artikel yang ada kebanyakannya adalah berkenaan isu politik dan pemimpin yang pilih kasih, berat sebelah,bias...hahaha...apparaaaaa...


Aku buat link ni untuk memudahkan jerja aku nak buat tugasan individu aku malam nanti. As mentioned before, operasi google-edit-print akan dilakukan. So aku dah google, tinggal nak edit n print. tu malam ni punya operasi. Nanti dah siap aku publish la dalam blog ni, so nanti next time sapa dapat soalan induksi sama dengan aku, boleh la korang copy paste je. Aku ok je..Baik tak hati aku. Muahaaaaa.....


Petang ni nak g borong tudung 3 helai, sebab aku ada 3 helai baju kurung baru, semua aku nak melaram masa kursus induksi nanti. Haha.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday 3 May 2012

RM TIGA2TIGA7.TIGA1

Bulan Mac kan aku tak dapat gaji disebabkan oleh kelewatan pemprosesan gaji. Fuhh, ayat cikgu BM ni. So, alhamdulilah bulan April ni gaji dah masuk.Legaaaa yang amat, tak menafas aku sebulan,sampai Belan pun kena tempias dia. Ikat perut, tak breakfast kat opis, terus brunch. Tapi aku sedap je mentekedarah hari-hari kat kantin opis aku. *isteridurhaka.

Gaji gomen bulan April ni memang masyuk la.Dengan tunggakan gaji baru SSM, naik 13% kan, tunggakan elaun Cola lagi. So gaji aku bulan April patut extra masyuk, sebab aku punya gaji ada additional tunggakan gaji bulan Mac yang aku tak dapat. Tapi bila aku kira-kira balik, macam kureeeeeng masyuk. Macam tak cukup. Aku dah budget la brapa aku akan dapat. Bukan la ngam-ngam berapa, just anggaran. Sekali tengok slip gaji, weihhh.... Ni jauh sangat ngan anggaran aku ni. So, terus gi serang kerani gaji opis aku, tak serang pun, sesi perbincangan dua hala.
*again ayat cikgu BM.



Ni nilai yang kurang dalam slip gaji aku.Banyak kan? Banyak la untuk aku yang tiap-tiap bulan mesti nyawa-ikan keli time nak dekat gaji tu. Hap.. haaappp... Nak bernapas.

Kerani tu cakap dia silap, so amaun yang tak cukup ni akan masuk dalam gaji BULAN JULAI nanti. Sebab gaji bulan 5 dengan bulan 6 dia dah hantar summary ke HQ. Huhu.. Naya... Tapi bila pikir balik, ok gak, duit ni kira simpanan nak raya nanti la. Alhamdulillah. So, tak payah menabung untuk raya, duit yang ada ni, kita perabihhh kan. Haaaaaaaaaa....