Saturday 18 February 2012

JUJUR AKU DAYUS ... MELEPAS, TERLEPAS

Aku dah budget masa chantek punya...

Makan...

Basuh pinggan...

Siap barang anak-anak nak menyusu...

Toto dah bentang depan tv..

Air kopi dah bancuh untuk suami...

Kul 10 masa untuk diri sendiri..

Nak tengok hero pujaan...

Beto Kusyairi...?

Beto Kusyairy...?

Hentam sajalah labuci...


Sekaliiiiiiiiiiiiiii....


Abg Auf nak tengok Terminator Salvation, tv2...

Eeeeeeeee....Berangin aku....

Bukan berangin ngan Abg Auf...

Aku hangin ngan Papa Auf....

Dah sedap-sedap aku tengok Beto ni...

Dia pergi jenguk plak channel lain...

Iklan katanya...

Ye, aku tau iklan...

Dan aku juga tau anak aku ni kalo jumpa cerita macam lawan-lawan ni, dia akan ingat cerita Ultraman dia...

Dah budak tu nak tengok cerita Terminator Salvation ni.


Totally hangin!


Published with Blogger-droid v2.0.3

KENA LAGI....

Kena lagi...

Kereta aku ni de je halnya..

Bulan lepas kena langgar lari..

Aku park cun-cun depan rumah, bawah lampu lagi..

Kena langgar gak..

Mabuk + buta pe orang yang langgar kereta aku tu..


Ni kes khamis lepas.

Aku on the way balik dari keje.

Depan aku ada 2 biji lori dan sebiji bas..

Elok je diorang ni main lumba-lumba..

Budget comel la tu kononnye..

Lori dan bas main lumba-lumba....

Comellllllll la sangaaaaaat...

Bengong!


Aku dan beberapa biji kereta just follow je la..

Dah both lanes diorang dah conquer..

Kitorang nak buat apa...

Menonton adegan lumba-lumba 3 ekor anak gajah kat depan...

Layannn...


Tiba-tiba datang sebiji batu...

Baik punya landing kat cermin depan kereta aku..

Siap bagi cop mohor lagi...

Kenang-kenangan katanya...


Bengang........


p/s - Tadi pergi sambutan Maulidur Rasul..Aku tak berarak pun, usung anak2 nfan laki sekali, takde maknanya aku nak berarak....Gambar pun yilek.. Sedey


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday 17 February 2012

ULTRAMAN aka TEKENEN....

Layannnnnn. Gambar anakku si Abg Auf dan papa bertukar menjadi ultraman. Gambar anak tu boleh tahan la kan. Yang gambar papa tu yang tak menahan.


Hadoi!


Boleh pulak diorang berdua ni pakat pakai baju warna oren. Ni sebelum pergi kenduri aku rasa. Sebab aku ingat lagi aku pun paki baju kurung warna oren masa kenduri tu, dengan Adik Ajim pun berbaju oren. Aku punya set dalam kepala nak amik gambar 1 famili, sekaliiiiiiiiiiiii....... LUPA!


p/s - warna oren ke warna jingga? Konfius jap....


Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday 12 February 2012

TIUB BASIKAL ENAK DIMAKAN

Hari ni aku tiba-tiba terajin memasak tiub basikal. Actually, dari minggu lepas lagi aku teringin nak masak tiub basikal ni sebab ada blogger yang aku follow post pasai dia masak makaroni, aku trus telan air liur and pasang hajat nak masak ni.


Hari ni baru terlaksana. Reason? Reasonnya sebab parents aku tak ada, balik Penang. So tengahari tak ada nasi, aku nak masak nasi... Emmm... Aku masak? Errrr... Hehe...Very the jarang u ollss..


So, masak la tiub basikal ni, ni pun versi orang malas perasan rajin... Tapi lecennnn... Harusla lecennnn dimakan suami and adik aku, kalau tak aku merajuk setahun taknak masak... Haha...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday 8 February 2012

TETAMU TAK DIUNDANG

Aku yakin tak ada orang pun nak mengundang tetamu yang aku nak cerita ni masuk ke dalam rumah.

Bukan siapa ye tetamu ni, more tu APA..Apa ni pulak bukan la spesies kaki tak jejak tanah,bukan spesis hantu kak limah ke,NO! ni spesis yang tak ada kaki..


Ulaq melingkaq ataih pagaq,

Jatuh tergetaq-getaq ataih ayaq chaq...


Yeeee....ULARRRR.....hissssss...

Gila geli,aku taip citer ni pun meremang-remang je rasa.


Cerita nye, pagi-pagi isnin (kira ahad malam isnin), dalam kul 2pagi la.. Aku demam malam tu (Again?), so suami yang biasa tido di atas lantai beralaskan toto dengan Abg Auf, mlm tu dia biar la aku tido berbantalkan dada dia( manja kan aku?)..So, aku, suami and adik Ajim tdo atas katil, Abg Auf tido di bawah.


Dalam pukul 2 tu aku and suami terkejut sebab ade bunyi benda terjatuh. Tak kuat mane pun bunyi tu, tapi cukup la untuk sedarkan aku and suami. Dalam mamai2, samar2 night lamp tu,aku dengar suami cakap ULAR!!! Aku pun jegil la bijik mata, cari tang mana ular nye. Betul2 la dia melingkar atas cermin bilik aku! Warna hitam or coklat gelap la..Pe lagi, meloncat kitorang laki bini.


Suami loncat amik Abg Auf,bawa keluar bilik.

Aku meloncat dalam bilik sebab kena tinggal.

Suami meloncat masuk bilik balik.

Suami cover aku and adik Ajim meloncat keluar.

Hero gak laki aku ni..Aku heroin, tp heroin versi aku la,terjerit-jerit sampai Adik Ajim pun jerit...muahaahaa


Actually takde la sampai terloncat-loncat,tp betul,sangat cemas sampai aku sebenarnye tak sedar macam mana aku leh slamat keluar bilik, adik Ajim plak elok je senyum dalam dukungan aku..Aku macam, eh? Tadi bukan nangis ke budak ni.


Kecoh la umah sampai mak ayah aku pun bangun. Terang benderang rumah aku. Yela, ada tetamu kan kul 2 pagi. Haruslah umah tu kaai teraaaannnggg.


Ayah aku cakap tu anak ular sawa, elok melepak tepi printer aku. Nak tangkap,tak cukup alat, nak bunuh,macam tak sesuai je waktunya. So kitorang decide nak call abang bomba.


Abang bom sampai 10minit lepas tu, tp diorang settle keje lagi cepat dari diorang amik masa nak sampai umah aku. Senang je diorang tangkap,ala2 macam singgah umah aku ni minum air seteguk, then blah. Cepat kan.Cepat sebab ular tu tak lari menyorok,bleh nampak.. So tak payah nak punggah teruk2..


So settle 1 bab. Bab yang tak berapa nak settle ialah adik aku tu, bleh bantai tido kat bilik blakang tak sedar alam. Aku ni riso kang ular ni merayap pergi bilik dia ke, aku nak melintas pergi kejut dia memang sorry la. Tak berani aku nak lintas bilik aku tu..Huhu..Aku call pun dia tak sedar,betulla minah sorang ni. Sudahnya, lepas abg bom balik,baru la aku dapat kejut dia..


Pukul 3.30 pagi kitorang semua dah settle down, nak tido balik la. Seriau punye hal, kitorang anak beranak tido la kat ruang tamu, termasuk la minah sorang tu. Haha...


Kesimpulannya, sebab musabab ular tu panjat tingkat umah aku ialah :

1- Bahagian belakang umah jiran aku ni gila semak. Dulu dah de kes biawak masuk ikut tingkap yang sama.

2- Aku pasang night lamp tu kat tingkap, so matbe ular tu tertarik bila nampak cahaya.

3- Lubang angin kat atas tibgkap aku ni besar gak,memang patut berjaring pun.


No.2 dan no.3 suami aku dah settle kan, no.1 tu nak buat camne ek?


Sekian..


p/s-aku google la gambar anak ular sawa, konon nak letak gambar la,sekali keluar gambar yang lagi meremangkan bulu roma aku je. Gambar ular sawa telan kambing la,  baby pegang ular la..bla bla bla...Fengsannn.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday 5 February 2012

Hafalan Shalat Delisa

Pagi semalam adik aku dapat link full movie Hafalan Shalat Delisa.. Senior MRSM bagi link tu kat dia. So kitorang dah tengok la cerita ni. A very good and strong message included in the movie. Sedih? Definitely!


Aku tau tentang cerita ni masa Wardina Safiyyah, pengacara MHI tu post kan preview cerita ni di facebook. Aku ni follower Fb kak Wardina. So aku rasa macam best je cerita ni, tapi aku blur gak, mane nak cari cerita Indon ni kat Malaysia. De masuk wayang kat Malaysia ke. Tup tup, de keluar kat Astro First. So aku plan nak tunggu hujung minggu nak tengok cerita ni ramai2 satu famili. Tapi tak jadi la, dah ada link ni.. Ada orang nak ke link ni?


Cerita ini berkenaan seorang kanak-kanak bernama Delisa yang diuji dengan hebat oleh Allah setelah dia kehilangan ibu, 3 orang kakak nya dan juga sebelah kakinya setelah kampungnya dilanda tsunami. Aku sedih tengok keadaan dia yang masih tercari-cari ibunya. Sedih seh.


Aku sebagai ibu, aku bukan sedih Delisa ni hilang mak, aku sedih bila terbayangkan kalau anak-anak aku yang berada di tempat Delisa. Aku, setiap hari masa nak drive pergi or balik kerja, aku selalu doa pada Allah semoga umur aku dipanjangkan Allah sebab aku yakin anak-anak masih perlukan aku. Aku tak nak bayangkan hidup anak-anak aku kalau aku dah tiada. Jauhkan nasib buruk ke atas anak-anakku ya Allah.


Published with Blogger-droid v2.0.3

MAULIDUR RASUL 1433 H

Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Nabi Muhammad S.A.W.


5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiulawal 1433 H.


" Persefahaman Asas Perpaduan Ummah "


p/s - InsyaAllah jika diberi keizinan Allah, aku akan berarak tahun ni sempena maulidur rasul, tapi bukan esok. Aku join sambutan maulidur rasul peringkat zon, 18 Februari, 2012..Aku dan kontinjen opis aku... :D


Published with Blogger-droid v2.0.3

SIAPA BETO KUSYAIRY NI ..

Tadi ada ulangan cerita Kashaf Imani kat Astro.. Harus aku tengok...Reason?


BETO KUSYAIRY !


Siapa Beto Kusyairy ni. Aku sendiri pun tak sure bila dia ni start berlakon. Aku start suka usha dia berlakon masa tertengok cerita Geng Surau.. Itupun bukan episod pertama, masa aku tengok tu dah babak Beto aka Mayat (nama watak dia dalam geng surau) terbom kambing.. Aku tengok sempoi je mamat ni berlakon.. Very the neutral.. Plus ngan muka melayu sejati, tinggi dan kulit sawo matang dia.. Terus aku tangkap cintan dengan mamat Beto ni. Sampai laki aku pun macam pasrah la aku minat gila ngan mamat ni.. Buktinya.. Tadi dia tengah tengok bola, pastu aku minta nak tengok si Beto ni berlakon, terus dia  beralah.. Luv u Beto! Woi, statement tak hengatt...erm.. Luv my hubby even more... Cover balik... Haha...


Tapi memang lakonan Beto ni mantap la wa cakap lu.. Contohnye dalam cerita Kashaf Imani ni, 3 kali dah aku tengok.. 3kali gak la aku nyaris nak meraung.. Gila sentap la penangan Beto ni.. Geng surau tu ntah berapa kali aku khatam ulang tengok, sampai aku terpikir, entah2 nanti anak aku terkenan dengan Beto. Tahun lepas kan aku pregnant, pastu kan banyak  ulangan cerita geng surau.. sampai cerita Juvana pun aku boleh tersangkut, bukan sebab Botak aka Johan Ashari tu, tapi sebab Beto, even watak dia tak menyerlah sangat. Kalau Beto yang jadi Botak, mesti lagi meletup!


Siapa tengok drama bersiri Wasiat? Beto ada berlakon.. Aku tengok sekali je, tapi lepas tu aku tak tengok dah sebab aku tak berkenan dengan watak Beto tu, tak menyerlah sangat. Haha, Beto tu sah-sah cari makan, mestila dia buat je job yang datang.. Tak kan nak tunggu semua watak hero je baru nak accept job, alamat kena cop demand la nanti..


Sekarang ni de cerita bersiri Beto dengan Nabila Huda, pe tajuk dia eh.. Pelangi Kasih ke.. Entah,aku lupa.. Yang ini aku tak berkesempatan nak tengok..Dah siaran  selasa-khamis kul 10.30 malam.. tak de nye aku nak ingat Beto time ni, laki aku pun aku tak ingat dah time ni..Yang aku ingat, tilam dan bantal je..


Aku dulu pernah add Beto Kusyairy ni kat facebook, tp dia tak approve la.. Huhu.. Tapi masa tu boleb view profile dia.. Beto ni dah kawen rasanya, dari gmbar yang aku tengok kat fb dia la.. Pastu dia ada list la cerita yang dia pernah berlakon. Gila banyak. Aku tak sedar langsung kewujudan dia nk. Tambah sebelum start berlakon, Beto ni sebenarnya banyak jadi Stuntman rupanya..


Aku harap Beto ni akan lebih sukses dalam dunia lakonan, kot boleh menang award ke. aku still excited bila ada promo cerita yang beto berlakon, mesti aku de simpan niat nak tengok.. hehe.. tapi kan, kalo dapat tengom live..mesti gempak..hahaaha...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Saturday 4 February 2012

103 HARI

Fuhh....fuh... Seminggu aku tinggal blog aku ni....Berabuk sekati....


103 hari? Apa yang 103 hari... Heeee...actually hari ini anak ku si adik ajim dah berusia 103 hari...kenapa dengan 103 ni,special sangat ke..Hmmmm... Aku nak buat entry azim 100 hari sebenarnya. .Sekali terlepas... Aku sekarang cepat penat, kalau malam cepat je otak aku ni jam and trust shut down... Berapa kali dah aku balik bawa kerja opis, konon nak curi2 sambung  buat. .. Hampeh semata -mata. .So kalau weekdays memang tak dayo la nak berblogging...


Ajim... Ajim.. Dah 103 hari Ajim menceriakan hidup mama...Walau ada masa-masa yang aku rasa tension sangat ada anak kecil, yela, aku kan weekend wife..So aku seorang yang jaga dia malam2, ngan abang Auf lagi.. Kadang2 benda tu tak patut tension pun, tapi sebab aku sorang2 yang kena handle, so aku jadi stress and senang cepat marah.. Huhu.. ajim yang baru 100 hari ini pun pernah aku marahkan, apetah lagi si abang Auf tu..huhu..  Aku mengaku, aku bukan sesabar suami aku tu.. Suami aku ni la yang banyak handle anak2 kalau aku dh datang angin nak meradang..huhu..


Kalau si abg Auf tu aku plan nak dedahkan dia dengan silat, Azim ni aku nak jadikan dia tahfiz..Boleh ke.. Sekurang-kurangnya biarlah anakku ni nanti bersekolah agama.. Dekat tempat aku ni ada sekolah agama, Sekolah Al-Furqan.. si aku target anak2 aku nnt bersekolah sekolah agama ni.. Jadi tahfiz tu bonus untuk aku and suami, yang penting masuk sekolah agama dulu, gain all the basics first...


Semoga ada la rezeki aku dan suami  untuk beri pendidikan yang terbaik untuk anak2..


Published with Blogger-droid v2.0.3