Tuesday 22 January 2013

Jadual Tadika Abg Auf

Semalam lepas abis keje, aku terus amik Abg Auf dan Adik Ajim kat nursery. Sampai rumah pun dah nak dekat pukul 4. Ada agihan duit RM 100 bantuan awal persekolahan. Duty kat kelas sampai pukul 3.30pm. Kuasa duit, 24/25 parents datang ambil duit. Tu pun yang sorang tu memang tak datang sekolah pagi tu. So agak segan la kot parents dia nak datang petangnya.hehe.... Biasa kalau hari serah keputusan peperiksaan, kalau dapat 10 parents yang datang pun dah kira satu pencapaian terbaik la kan. Tapi budak zaman sekarang pun dah terlebih cerdik. Pandai je diorang sorok info pasai results periksa. Tapi bab duit ni lajuuuuuuu je bgtau parents ye...Bagus2...... Dah, tutup cerita duit ni!



Jadual tadika Abg Auf. Cikgu dia masukkan jadual ni dalam beg sekolah Abg Auf.

Seriously bila aku tengok je jadual ni, aku rasa macam naaaakkkkk je pergi tadika dengan Abg Auf. Nak tengok dia kat tadika. Tengok macamne dia belajar. Aktif ke senyap ke, paham arahan ke. makan pe dia kat tadika.

Kalau jumaat tu ada amali solat kan. Alahaiii... mesti comellll je bebudak ni buat amali solat beramai2 kan. Teringin beno aku nak tengok Abg Auf kat sekolah. Tapi macam takde harapannnn je. Agaknya aku kene ambik cuti 1 hari kot baru merasa tengok Abg Auf kat tadika baru dia.

Aku kene try jugak amik cuti 1 hari nanti. Kena gak tengok perangai anak sendiri. Dah tiap2 hari menghadap perangai anak orang je kan :)

Bila la agaknya ye.........

No comments:

Post a Comment