Wednesday 27 November 2013

MAKA CUTI PUN BERMULA..

Assalamualaikum..

Minggu ni kiranya macam 1st week aku bercuti sekolah..
Actually minggu lepas dah start cuti sekolah..
Tapi aku berkursus seminggu (5 hari), so tak merasa la mood cuti tu..
So minggu ni baru nak bercuti..

Aku cuti memang dok rumah je  la..
Belan bukannya cuti pun..
Takpe la, at least aku leh lepak rumah ngan anak2..
Time ni la nal spend masa lama skit ngan anak2..
Biasa nya hujung2 tahun aku memang rajin nak train anak aku ape2..
Macam hujung tahun lepas aku train Abg Auf diaper free...
Tapi Abg Auf ni kalau nak membuang tu mesti nak pakai pampers gak..
Ye, dia still membuang dalam pampers...
Membuang yang besor la, yang kecik dia buang kat toilet, pandai dah.
So aku nak train dia buang yang besar kat toilet.

Adik Ajim plak aku nak try ajar dia buang air kecik kat toilet.
Dia pun dah selalu sibuk nak buang yang kecik kat toilet, tambah2 kalau dengar abg dia pun nak buang yg kecil tu..
Tapi dia still pakai pampers la, just nak ajar dia supaya mention kat aku kalau dia nak shishi(kencing la shishi tu)...

Salah satu tanda anak kita bersedia untuk di diapers free kan ialah :

Anak sudah pandai memberitahu anda apabila dia perlu ke toilet untuk MEMBUANG AIR...

Ayat Adik Ajim bila nak shishi..
Mama, nak cing..
Mama, cing!

Kalau dah consistent dia keep on bgtau kat kita dia nak CING tu, baru aku tak bagi pakai pampers..
Yela, adik Ajim pun kecik lagi.
baru 2 tahun 1 bulan..
Abg Auf tu aku train dulu sekejap je..
Seminggu je dah berjaya.
Sebab dia dah besar dah baru aku train.
Dah 3 tahun 3 bulan..
Cukup masa dah untuk diaper free..
So untuk Adik Ajim ni kita jgn stress sangat la..
Dia budak baru belajar..

Oh ye, babak dah kencing baru bgtau nak kencing tu mesti ada punya la..
So untuk parents yang nak ajar anak kecil untuk diapers free mesti get ready ye..
Jangan nanti mengamuk plak tengok de banjir kecil dalam rumah korang..
Ia pasti terjadi..
So wat masa sekarang, silalah gulung karpet anda, letak je tikar buluh ke..
Tapi aku banyak guna evamatic mat je..


gambar aku google je..

Untuk abg Auf n Adik Ajim aku belikan yang warna purple..
Aku beli original yang upin ipin punyer
RM40 something kot, xingat,,
Nak beli yang biasa pun ada..
Hehe, aku pun de gak beli yang biasa tu, 
2 keping mat dalam 20rgt rasanya.
Fungsi dia sama je..
Waterproof..
Cuma kalo yang biasa tu dia ringan dan nipis sikit,
pastu macam takde anti slip kat bhgan bawah mat tu..
So selalu lah tersenget sana sini, hehe..

Ok, best of luck untuk aku..
Semoga sebulan cuti ni boleh la aku jalankan rancangan aku tu..
^__^

Tuesday 26 November 2013

DOAKAN ADIK KAMI

Terkejut..
Adik aku, selalu aku panggil dia Pakecik..
Sebab anak2 aku panggil dia Pakecik..
Tapi dia bukan kecik..dah besar
Umur pun dah 25 tahun.

Semalam ( 25 Nov 2013), Opah (mak aku le, anak aku panggil Opah) tepon..
Adik aku kena masuk ward sebab semput..
Adik aku yang Pakecik ni la..
Opah cakap Pakecik kena asma ( semput) sebelum dia gerak balik ke Gerik.
Dia keje kat Gerik.
Opah suruh MC je,tapi dia xnak..
Mungkin de sebab de kawan yang tumpang dia ke Gerik tu.
Kang kalau dia mc, kawan dia tu macam ne plak nak gi keje kan..
Diorang memang dok Gerik, cuma hujung minggu diorang balik la rumah mak masing2 kat sini. 

Rupanya sampai Gerik adik aku terus gi ke emergency amik neb (nebulizer).
Pastu dia bgtau Opah dia kene warded sebab dah amik 2x tapi still tak ok..
Opah suruh mintak admitted to hospital sini, kalo gerik kang sapa nak tengok dia kat sana.
Sekali, dia cakap doc nak hantar ipoh.

Kitorang rasa cam pelik gak, pe hal gi ipoh plak, teruk sangat ke,,
Cakap kat tepon ngan adik aku tu macam ok, tak teruk sangat,
Ade la bunyi mengah tu, tp still boleh bercakap..
Normal la orang kalo dah semput, cakapnya mestilah termengah-mengah kan.

Takpe la, kitorang plan jumpa kat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Sampai sana sekali  dapat tau Pakecik de dalam emegency hospital ni..
Pelik kan, ingatkan terus masuk wad sini, tapi masuk emergency plak..
Pastu sorang je bleh masuk, so Opah masuk la.
Aku ngan Atuk gi cari parking dulu.

Pastu Opah call.
Bunyi suara macam baru lepas nangis..
Pakecik rupanya dalam zon kritikal.
Amik bantuan pernafasan!
Tak sedar diri..

Astagfirullahhal Azim..
Tak sangka sampai seteruk tu..
Masa aku yang masuk aku jumpa doktor pakar yang handle kes dia,
Dr.Loh
Rupanya paras oksigen dalam darah adik aku dah kurang..
Dalam 80, normal sepatutnya 100..
Dr.Loh cakap tak boleh pakai neb dah sebab paru2 adik aku dah mengecut.
So diorang perlu masukkan tiub dalam paru2 and bekalkan oksigen direct ke paru2..
Tu yang kena pakai tiub and adik aku dibius penuh.
So masa kitorang tengok dia memang tak sedar langsung,
Pernafasan dia pun dikawal oleh mesin.
Aku rasa mcam tak percaya je orang yang aku tengok tu adalah adik aku..
Dr.Loh ckp nanti nak pindahkan adik aku ke ICU..
Lagipun de jangkitan dalam paru2 dia..
Aku tak tau la nak cakap macam ne
Sangat2 terkejut sebab semua ni tiba2 je..

Semalam Opah stay tunggu kat ICU.. 
Aku tak bagi dia tunggu sebenarnya, tapi dah nama nya ibu kan, takakn nak tinggalkan anak dia.
Even dia tak leh masuk pun ICU tu, 
Aku call pagi ni pun still doc tak bagi masuk.
Kena tunggu waktu melawat nanti pukul 1-2 pm.
So..
Jap lagi nak gerak gi hospital tengok adik aku.
Teman mak aku..
Anak2 aku usung sekali,
At least telatah diorang bleh buat kitorang kurang stress..
Sian kat mak ayah aku la..

Semoga adik aku kuat dan melepasi tahap kritikal ni dan kembali sihat.
Semoga kami sekeluarga pun tabah dan kuat menghadapi musibah ini..
Doakan kami,

Gambar takde sebab tak tau la bleh amik gambar ke tak dalam emergency tu.
Plus bateri hp pun sangat2 la ciput..


Monday 25 November 2013

WEDDING DAY OF A FREN OF MINE

24 Nov 2013.

Kenduri kahwin kawan aku dari sekolah rendah. Kawan sekolah menengah pun ye gak. Then form 4 aku masuk asrama . Dia stay tak pindah mane2.





Semua ni kawan sekolah.
Masing2 rasanya dah de kehidupan yang stabil
De 3 orang lagi yang bujang.
Aku yang maju sket dalam bab berkeluarga.
Anak dua dah kan.
Siap baru sambut anniversary yang ke lima dah 21 nov 2013.
Laju tak aku?
Ke gelojoh sangat. Haha..

Anyway, tahniah untuk sahabat aku ni. Syakira n Firdaus. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas kalian dan semoga cepat dimurahkan rezeki.

Thursday 14 November 2013

ABG AUF SEMPUT









Dalam sejarah la aku bawak Abg Auf ni gi amik neb.
lepas neb yang pertama doc ckp masih ade lagi semput tu.
so amik lagi sekali.
Abg Auf dlm semput pun still aktif beno.
Sambil ber neb tu dia bleh bantai baca surah fatihah ngan 3 qul kuat2.. mulut dah kena pekup pun kuat gak suara dia. aku tak larang pun. aku join dia baca surah2 tu lg ada la... tapi aku xde la baca kuat2. gila apa!

Pastu doc ckp Abg Auf kena warded la sebab dia dah amik 2x neb pun x kurang semput dia..

Aku explain la kat doc betul2. mane de orang nak jaga dia. Aku ngn Belan masing2 tak leh cuti. semua dlm critical time. mmg xleh cuti!

Doc ckp ok tp kna amik neb buat kali ke 3. pas neb tu plak kena minum ubt predsolone sampai 20 ml!!

skrg abg auf ok dh sket. tp de mengah lagi..sbb batuk dia xabis2...
cepay sihat eh abg Auf.

Tuesday 5 November 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435H / 2013M

Selamat  menyambut Maal Hijrah 1435 H / 2013 M yang bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.

Setiap kali datangnya tahun baru membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekatlah ajalku, semakin tipislah waktu pengampunan Allah terhadapku, semakin dekatnya hari perhitunganku ... - Abu Hurairah -

Monday 4 November 2013

Atuk Opah Naik Bas

Semalam pukul 12.00pagi  kitorang gi ke Terminal Amanjaya. 
First time masuk sini..
Selalu drop or pick up org kat luar je..
Masa tu merasa la masuk dalam terminal ni..
Tapi sayang..
Dah tengah malam kan, mane de kedai yang bukak. 
Tu mujur de kedai mamak bukak


Aku, Belan ngan Abg Auf g ronda2 dalam nie..
Tengok pe yang de..
Tapi mcm tak best sebab semua kedai tutup kan..
Tak de feeling..
Naik escalator...Pusing2..then turun balik..
Hmmmm..




Pastu nampak si kenit ni.. Dari atas dah dengar suara dia terjerit-jerit...Anak sapo la nih!

 Ini budak la..
Adik Ajim nama nya..
Gile kentang excited nya..
Apa pasai ntah!..
Mula2 aku syok je tengok dia berlari sana sini..
Tapi lepas tu dah start terguling-guling..
Panjat tangga..
Rimas la gak..
Sikit punya susah nak amik gambo dia,,,
Sesaat pun tak diam..


Yang lain2 semua lepak dalam kedai mamak Di Naina.
Adik Ajim ni dalam kedai mamak ni pun dia nak berguling2..
Dah la lantai kedai mamak ni terlebih bersih,,
Geram aku tengok..
Tak pasai2 dia tolong mamak tu mop lantai!.
Upah mana la dei!


Abg Auf mau plak bantai roti canai gula ngan teh tarik..
Belan minum lai ci kang suam..
Aku?
Aku diet..hahaha..
Dah pukul 12.45 pg kot!
Takkan nak makan kot..
Lapo tu memang la...
Tapi mujur de wifi..
So aku layan tenet je la..
Adik Ajim yang menggila tu biar adik aku handle..
Hahaa..

Owh, lupa..
Atuk ngan Opah yang naik bus kul 1 pagi,
Bus ni direct ke LCCT..
Pagi sok kul 7 diorang nak naik flite ke Labuan..
Adik Aku Shidada wat degree kat UMS Kampus Labuan..
Diorang cuti seminggu..
So mak ngan abah gi jalan2 Labuan ngan adik aku kat sana..
Aku kumpul duit dulu.,
tahun depan leh jalan Sabah..
Harap2 la murah rezeki kami sekeluarga nak ke sana, InsyaAllah

Tadi call opah, semua dah slamat sampai kat Labuan.
Dah jumpa dah ngan Shidada..
Seronok la dia tu,,,
Jumaat nnt diorang balik..

K la..nak siap2 nak kluar ni..
Tengah tunggu Belan balik dari pekan.
Assalamualaikum.

Sunday 3 November 2013

HARI UNTUK ABG AUF..

Ni kejadian pagi semalam, 2 Nov 2013.


Hari ni tadika Abg Auf de Majlis Penyampaian Hadiah.


Buat di wakaf surau je. Majlis sederhana je. Ni bukan majlis graduasi. Just penyampaian hadiah je. Graduasi buat minggu depan. Yang tu untuk pelajar 6 tahun je. Abg Auf baru 4 tahun. Kalo dia pun graduasi, alamat 3 kali la nanti dia bergraduasinya.

Ni muka budak yang moody sebab kena bangun awai arini. Biasa dia bantai tido smpai pukul 9. Arini kul 7 kena bangun mandi. Hangin la kawan tu..hehehe...

Pesembahan dari pelajar 5 tahun. Kelakar. Diorang ni nyanyi suaranya slow n mendayuuuuu je... Malu la kot. TAPIIIII... suara belakang tabir tu lagi kuat..Budak2 4 tahun dan 6 tahun yang ada kat belakang tabir tu lagi kuat. Abg Auf pun ada kat belakang tu..memang clear betoi suara dari belakang. Bukan dari depan.. HAHAHAHA...

Abg Auf sebelum dapat hadiah..Aku riso dia lapo sbb pagi tu x sempat makan. Ktorg bangun agak lewat gak la. Rushing siapkan dia and Adik Ajim. Ada sekali tu aku sorok2 suruh Abg Auf minum air kotak. Aku dah cucuk straw semua dah. Tinggal nak suruh Abg Auf sedut je. Panggil la dia rapat ngan aku sikit. Dia pun minum la dgn byknya. SEKALIIIII....
Kawan Abg Auf ternampak. Pastu leh plak kawan dia tu sebut kuat2...
AIR KOTAKKKK
Pastu kawan2 Abg Auf semua datang dekat..hehehe.. Xde la semua.. Melampau la semua. De dalam 5 org.Mati laaa.. Air kotak nya ada 1 je..so aku suap ke mulut yg jerit air kotak sekejap then terus aku cakap air dh abis! Haha.. Kejam.x..kejam x..kejaaaammm weih..
Bukan pe..aku tgk masing2 yang dtg nak minum air kotak Abg Auf semuanya meleleh je hingus...Virus byk tuh... takut aku virus tu kang jangkit ke Abg Auf ke Adik Ajim ke.Abg Auf tu mmg tgh batuk plak tu.


Abg Auf ni beratur last sekali. Pastu nama dia pun dipanggil last skali. Aku ngan Belab dah gelak2 dah sebab ingat Abg Aug dapat no.last.. Haha.. Lepas-lepas tu aki de jumpa cikgu Abg Auf. Aku tanya la Abg Auf ni dapat nombot terakhir ke. Rupanya Abg Auf dapat no.11 dari 27 org. No.1,2,3 je yang disusun. No.4 ke atas xbersusun pun. Haha... Hebat gak anak mama ni eh.



Adik Ajim ni ikuutttt je abg dia. Nak ngendeng hadiah abg dia la.

Tengokkkk... Dah berjaya rampas hadiah abg. Aku tau perang dah nak meletus lepas ni. cepat2 aku mintak nak balik kat cikgu dia. Cikgu nye pun ckp acara budak 4 tahun pun dah settle dah. Ok. aku pun balik la.

Seperti aku jangka, masuk je dalam kereta, Adik Ajim dah start meronta dan mengamuk. Penatt ooo pegang budak mengamuk ni. Dengan aku skalu jadi mangsa amukan dia. Ganas betul anak no.2 aku ni.







Ben 10. Angry Birds.
Memang la anak aku menggelupur nak sorang satu. tak main la kongsi-kongsi. Terpaksa la aku ngan Belan g pekan cari hadiah lain untuk Adik Ajim lepas tu.

Ape-ape pun, ni pebgalaman pertama aku hadir ke majlis penyampaian hadiah anak aku sendiri. Hadir sebagai parents la maksud aku. Sebelum ni tiap2 tahun aku g ke majlis penyampaian hadiah, tapi aku la tuan rumah. Kikiki...

TAHNIAH ABG AUF. MAMA PAPA BANGGA DENGAN ABF AUF. HUJUNG TAHUN NI MAMA AJAR AUFA BANYAK2...THN DEPAN BOLEH IMPROVE LAGI KAN... CAYANG DIA!