Tuesday 24 January 2012

3 BULAN USIA KU

hari ini, 24 Januari, genap usia ku 3 bulan. Aku sudah mampu ketawa riang apabila diagah oleh orang-orang di sekelilingku. Senyum manis ku yang diiringi dengan lesung pipit di kiri kanan pipi ku sentiasa mampu menarik perhatian sesiapa yang memandangku.

Ajim, nama panggilan ahli keluarga terhadap ku, kecuali abg auf ku yang tetap memanggilku dengan nama Ajin. Mungkin masalah pelat masih menyukarkan abg auf untuk menyebut namaku dengan sebetulnya.

Aku amat bersyukur dan berterima kasih pada mama ku kerana masih sanggup memberikan aku susu badan sepenuhnya. Tidak sekali pun mama mencampurkan minuman lain dalam menu seharian ku walaupun cuma air kosong..

Juga aku berterima kasih pada papa ku kerana memberi sokongan penuh pada mama untuk terus tabah dan bersemangat membuatkan stok bekalan susu untuk aku. jika tidak kerana papa, pasti mama sudah tidak sanggup lagi meneruskan sesi pemerahan susu yang kadangkala menyakitkan tambah2 lagi jika puting mama luka dan pecah..

Terima kasih mama dan papa...Terima kasih pada abg auf yang rajin menjengukku dan menolong mama menguruskan ku. Aku sesungguhnya bertuah, tidak sabar rasanya untuk aku mampu bermain dengan abg auf.. Berlari dan berlawan kehebatan aksi ultraman seperti yang sering abg auf tontonkan pada aku. Akan ku tunggu saat itu...


Published with Blogger-droid v2.0.3

No comments:

Post a Comment