Sunday 29 January 2012

DAH SIHAT...ALHAMDULILLAH

Semalam setengah hari aku terlantar atas katil...Gila la..Lepas je aku publish post yang sebelum ni, demam aku datang balik. Sejukkkk yang amat.. Sakit dan bisa badan.. Waa..Aku tahankan juga la.. Sampai la dalam pukul 6.30 pagi, suami aku kejutkan Subuh then dia pun terkejut badan aku panas yang amat!

Tak boleh jadi ni.. Kene pergi check darah juga ni. Tak boleh tunggu minggu depan dah,naya aku. Tapi tula, still aku nak tangguh-tangguh. Ajim macam mana? Auf macam mane? Yang paling aku risau, kena tahan wad. Suami aku yang paham sangat perangai aku ni pun urut-urut la aku dulu, sampai aku terlena.

Aku jaga balik dalam kul 9 pagi, badan dah tak panas, dah peluh-peluh pun. So aku rasa dah sihat kot, maka bertambahlah alasan untuk aku tidak ke hospital.. Hehe..Aku pun buat rutin harian yang biasa,mandikan Ajim. Auf papa dia yang mandikan,WAJIB, kalo papa ada kat rumah. Tengah elok aku siramkan si Ajim ni, tiba-tiba aku rasa macam nak pitam.. Aku jeritkan nama opah (mak aku), dia sambungkan mandi Ajim. Aku sambung baring! Sudah la.. Makin kronik plak.


Pergi hospital. Muktamad.


Pergi la unit kecemasan hospital kuala (sabtu kan, unit pesakit luar tak buka).Kes aku just demam so tak dilayan sebagai kecemasan, so ambil la nombor dulu, dapat nombor 40.. masa tu baru nombor 22.. Mak aihhh. Aku terus cakap kat husband nak tidur dalam kereta dulu. Kang dari elok-elok nak pitam, terus pitam betul-betul. Dapat la tido sejam.

Masa turn aku, doktor check suhu 39.1... Doc cakap kena ambil darah.. Aku lega.. Memang aku datang nak cek darah pun. Setakat bagi ubat demam and antibiotik, baik aku pergi klinik je, tak payah tunggu lama. Keputusan darah aku, ada jangkitan kuman. Tapi bukan serius, so doc just prescribed paracetamol and antibiotik untuk lawan kuman tu.. Lega..

Now aku rasa dah ok sangat. Tapi still makan lagi ubat demam,takut demam tu naik balik. Antibiotik aku sure tak tinggal,tak nak la demam macam ni lagi..Sengsara..


[ Malam ni AJL 26, aku harap yuna atau 3 suara tu yang menang ]


Published with Blogger-droid v2.0.3

No comments:

Post a Comment