Saturday 10 March 2012

TUTUP AURAT SUPAYA SELAMAT

XAllah S.W.T mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan bertujuan menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menuntut aurat. Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain..


Aku adalah salah seorang yang termasuk dalam golongan yang tidak istiqamah menutup aurat.

Maaf..

Aku sikit pun tak berbangga dengannya..

Aku sangat-sangat berharap orang tak tahu perangai aku yang satu ni..

Huhu..Manusia tu bukan semuanya buta, even anak aku si Abg Auf pun pandai tegur..


Mama, tudum!!! (tudum=tudung)...Dia ni pelat perkataan ng..semua ng jadi m..kenyam=kenyang..

abam=abang..

Alololo abg Auf ni...


Aku ni bukan la jenis hari nak pakai tudung...

Esok nak glamour sikit..Tak payah pakai tudung..

Lusa dah glamour banyak, pakai 2pieces je...

No no no. Not that type..


Me..just kurang menitik beratkan hal- hal seperti:


1. Keluar ke halaman rumah kena pakai tudung..Aku hentam togel je kepala tu...Paling baik pun aku bantai sangkut tuala abg Auf je..keluar jambul ala rosmah..huhu


2. Stokin kaki.. on-off ikut sedap ati mak bapak laki datuk menakan akuuuuu je....heee..tapi kalo pergi kerja aku tak pernah miss pakai stokin kaki...


3. Stokin tangan...waaa..ni lagi la haraaammm aku nak pakai..dah sah-sah pekerjaan aku ni menuntut banyak untuk aku menulis di papan putih, mestilah lengan baju aku tu aku tersinsing sikit.. aku sedar benda ni tapi aku malas nak pikir lebih..Dasarrrrr..


4. Seluar jeans.. Jeans ni sebenarnya menutup aurat ke tak eh..Jeans aku bukan fit, tapi bukan kembang gak..Huhu..aku ni tiap-tiap hari pergi kerja dah pakai baju kurung...Nak keluar berjalan pun baju kurung lagi ke...huhuhu...Banyak la aku nye alasan kan..Kenapa aku tak guna alasan aku dah pakai tudung pergi kerja,so jalan-jalan tak payah pakai tudung..Sebab aku takde masalah nak pakai tudung. Aku cuma de masalah kalau tak pakai jeans,tu yg banyak je alasannya..huhu...


So far aku dah improve sebenarnya..Tak payahla aku list benda tu..biar aku and suami aku je tau..But still..Banyak lagi ruang untuk self improvement..sikit-sikit tapi berterusan..


Sumber petikan : Majalah Solusi


Published with Blogger-droid v2.0.3

No comments:

Post a Comment