Monday 18 February 2013

Kitchen Cabinet - Drama 1

Jumaat, 15 Februari - Orang Kitchen Cabinet datang nak pasang kabinet. Dah orang KC datang mestilah nak pasang kabinet kan. Takkan pasang langsir plak kot. Haha.. Aku yang mengong.

Kita up 1 gambo dulu.


Dua orang pekerja dia. yang separuh tak nampak tu bos dia. En.Ucop kot nama glemer dia,,hikhik.. En.Yusof la kot. pandai2 la aku bg nama glemer plak kan. Tapi betoi la, Yusof selalu org panggil Ucop je kan?

 Diorang ni datang dalam kul 3 petang. Masa diorang sampai aku still kat tingkat atas. Baru lepas solat  Zohor. Hari Jumaat kan. Biasa time orang lelaki solat Jumaat, orang perempuan gi shopping tak pun membuta. Aku prefer membuta dari shopping. Mengong lagi aku ni kan.

Masa aku turun bawah tengok diorang ni buat kerja. Aku tengok kabinet yang diorang bawak ni rendah sikit dengan concrete top yang memang dah ada kat dapo aku ni. Aku mula la nak meroyan kan. Aritu cakap nanti diorang buat biar sama paras dia. Warna pun aku pilih hampir sama. Ni kalo dah tak separas, nnt nampak la aku cantum Maica Top ngan concrete top.

Aku kenen kat Belan suruh cakap kenapa top tu tak separas. Belan pulak bukannya nyer gi cakap. tapi dia gi tanya. tanya pulak kat pekerja en,ucop tu je. masa tu mana ntah en.ucop ni gi. Pekerja dia jawab memang kene rendah sikit bang.

Aku dengor dari jauh je.. Ewah ko ye. Mentang2 Belan tu soft spoken, ko main gorengggg je jawap ye..tak pe aku tunggu en.ucop jap. Masuk je en.ucop tu ke dapo, Aku pun mulakan sesi soal jawap.

Aku : Top ni memang tak separas eh?
En.Ucop : Dia memang kene rendah sikit.

Masa ni aku nak tergelak pun ada. Agaknya ni memang jawapan standard diorang kot. klo benda tu rendah dari sepatutnya, diorang akan jawap kene rendah sikit. cuba kalo benda tu terpanjang sikit, mesti dioramg jawap memang kene panjang sikit. Kan?

Aku : Aritu masa ukur, en.ucop cakap Maica top ni akan sama tinggi ngan concrete top ni. Sebab tu saya setuju nak guna Maica top ni. 

Abis je ayat simple aku tu. terus aku blah g ke ruang tamu. Aku takde cakap lebih2. tu je. biar dia tau aku tak puas ati kat situ, and aku nak tengok solution dia.


Ni yang aku maksudkan ngan Maica top and concrete top.
Yang sebelah kiri tu Maica top. Aku tambah. Maica top ni tak sesuai kalo sambung ngan sinki, tak boleh basah sbb bnda ni dari serbuk kayu. nanti kembang. Basah2 sikit takpe. tp xleh la ngan sinki yg berair je kan.
Yang sebelah kanan tu concrete top. memang dah ada masa beli rumah ni.

Sambung balik citer aku tadi. dah lama sikit aku g jenguk balik dapur. aku tengok dioarang tengah lapik kayu atas kabinet. Nak tinggikan maica top tu bagi separas ngan concrete top. Pandai pun En.Ucop ngan Co. ni.. Saje je malas nak adjust tadi kan? 

Memang cenggitu la gaya nya klo kita nak amik mane2 contractor M ni ye puan2. Selalu kita dengor orang ckap; Jangan amik contractor M, memang murah tapi buat keje teruk. Klo kontraktor C buat keje cantik, tp mahai sikit. Kan? So aku admit benda tu. Tapi alhamdulalh la rumah aku ni semuanya aku deal ngan M. Janji masa diorang tengah buat kerja, korang mesti ada ngan diorang. Pastu pantau diorang wat keje. jadi la kejap mandor kepada diorang ni. Jangan bg diorang wat keje time korang takde. Klo boleh biar diorang buat hujung minggu. klo tak boleh gak korang amik la cuti. tapi biasa nya diorang akan cuba gk wat hujung minggu pun, nak duit kan. Klo drag lama pun xpela. kita puas hati.


Ni time dah siap kemas. last diorang akan pasang silicone in between maica top ngan concete top n dengan tiles tu. Macam gam la.Aku install yg bawah je dulu. kabinet atas kena hold dulu. sian Belan kang botak nk membayo semua sekaligus. Perasan tak tiles dinding aku tu separuh. Ni pun satu hal lagi. Orang KC ni sebenarnya nak datang hari Sabtu 16hb. tapi aku takde masa tu. So aku surh datang jumaat. Tiles ni diorang sub kerja kat org lain. n orang tu plak tak leh dtg hari jumaat. Aku blur gk. cmner nak pasang kabinet tp xsiap lagi. pastu diorang siap gam plak lepas tu kan.

Aku : Tiles ni nanti nak pasang macam mana ye, dah pasang silicone (gam) tu?
En.Ucop : Kabinet ni tak kacau. Nnti pasang tiles bahagian atas kabinet ni ngan belakang peti ais je kan?
Aku : Pasang tile sampai ke bawah kan? sampai lantai.
En.Ucop : Belakang kabinet ni tak payah tiles. Bkn guna pun.
Aku : Klo ikutkan perbincangan saya dengan en.Asri ( adik ipor an.ucop), kami nak tiles semua ni sampai lantai. termasuk yag belakang kabinet.
En.Ucop : eh, mana ada. harga yg saya kira ni ni tak termasuk dengan tiles belakang kabinet.

Aku dh geram gk la. aku dh kata nak tiles semua.yg dia pergi kira tak termasuk tiles belakang kabinet tu pasai apa. Tiles tu nampak ke tak nampak tu biarla kan. Aku nak dia pasng tiles. Kot esok lusa aku nk bukak kabinet ni at least takder la melopong satu kawasan tak ber tiles kan? 

Aku :  Klo ikut apa yg kami phm masa bincang dengan en.asri, semua ni tiles.
En.ucop : nnt sy confirm kan balik dgn en.asri.

masa ni dua2 speechless. takpe. kita tunggu solution dia. 

Petang tu dia confirm balik dengan aku. dia ckp mmg dia kira tak termasuk harga tiles belakang kabinet. tapi dia pikir taknak ada bunyi2 kat belakang, dia akan pasangkan jugak tiles belakang kabinet, harga sama. Pastu maica top yg dh pasang tu pun dia akn tukar lain sebab aku dua tiga kali gak mention kenapa joining dia tak smooth macam kat showroom (heee...). Aku tak suruh tukar pun. tapi aku tanya banyak kali.. heheh... Perang saraf namanya tu..

Aku asalnya nak pecah concrete top ni. nak install 2-basin-sink. 
Dah bincang berkali2 at last ake decide on je ngan single sink yang ada. tak payah pecah konkrit ni. sambung je ngan maica top. InsyaAllah ada duit lebih nanti. area ni nanti jadi dry kitchen. Kat blakang rumah aku da 10kaki lg kawasan, aku nak buat dry kitchen. InsyaAllah. Klo ada rezeki kami. So sekarang silalah aku berhemah dan bersopan santun membasuh pingggan mangkuk sebab area sinki tu senang beno basah dek percikan air. huhu...

Ok x drama kitchen kabinet aku yag pertama ni... 
^________^

So overall. Aku puas hati. memang boleh direkemenkan pd kwn2.  Macam aku ckp td. Kita as tuan rumah kena masuk campur bila diorang ni buat kerja. Kita bayar and kita harap dapat apa yg kita lihat diorng mampu buat. so pandai2 adjust ayat la bgi diorang ikut kemahuan kita.

En.ucop ni pun baik jugak la. Dia pikir nama syarikat dia. Kalo kat tempat aku ni glemer la jugak. Yang penting dia as peniaga kena tolerate dengan customer. kita puas hati. nama syarikat dia pun makin wangi. Aku puji en.ucop ni. 

Tunggu hujung minggu ni plak diorang nak pasang tiles.so nanti kan kemunculan Kitchen Cabinet Drama 2. hmmmm...berabuk balik la dapor aku tu. huhu

Pastu dok diam2 kumpul duit pasang kitchen cabinet yg bhgn atas plak .Yang ni Kitchen Cabinet drama 3... Adoila.yeyeeeeee laaaa sangat.

4 comments:

  1. Your kitchen will look great if you add some open shelves on the top, you can also search on the internet for some great kitchen design ideas.

    ReplyDelete
  2. Saya pun tgh dalam proses nak masuk rumah. Saya ada deal dengan kontractor c untuk buat kc. Hopefully semua ok.
    Harap boleh sharing info...salam perkenalan daripada tdqasih.blogspot

    ReplyDelete
  3. Tidak dinafikan, contractor C better walaupun mahal. Tp saya pernah terkena dgn kontraktor C yang service teruk. Rasa tensen, lalu saya buka syarikat cabinet sendiri dengan mengambil pekerja C yang mahir.
    InsyaAllah. Gabungan kami boleh menghasilkan buah yang baik.
    kabinetmama.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. yana pun ngah bercita2 ni.. tapi.. ku nak suruh laki buat konkrit semua bahagian bawah tu..hehehe..berangan je dulu.. baruuuu nak pindah rumah..

    lyana-adam.blogspot.com

    ReplyDelete