Monday 30 April 2012

AKU PANIK : INDUKSI MINGGU DEPAN

Huhu... Setelah 3 minggu aku relax kat rumah, enjoying my life to the fullest, now is my time to get myself panic!



Ye. Aku nak pergi induksi dah ni weih. Bila? Minggu depan. 8-10 Mei 2012 di Bukit Merah Lake Town Resort.
Kenapa nak panik? Sebab aku tak baca apa2 pun lagi. Budget terror la bab2 ni. Mampos la. Ala, mesti ada yang cakap, ala relax la, ko baca ke tak baca ke, confirm time jawap nanti mesti ko hentam gak. Ingat boleh ingat ke kalau baca semua pun. Haha.. Ye, aku tau. Tapi aku tetap takut. Takut punya pasal ni yang aku jadi ulat buku dalam kereta ni. Boleh aku studi dalam kereta on the way nak ke KL jumpa mertua aku. Laki aku drive, aku jadi mem besar, dok blakang. Studi.... Jumpa la istilah yang aku tak pernah dengar.

MPK = Manual Prosedur Kerja
FM = Fail Meja

Terus pening kepala aku. Ok stop. Jom blogging. Confirm tak sakit kepala dah. Haha.

Pastu baru terpikir, tugasan individu aku tak siap lagi. Naya la. Ok, sakit kepala balik !

Tajuk tugasan aku :

Encik Rahim telah dilantik sebagai seorang Ketua Pengarah di sebuah jabatan kerajaan;
a) Bagaimanakah dapat ditentukan bahawa beliau mempunyai sifat kepimpinan yang unggul?
b) Jelaskan ciri-ciri seorang Ketua Jabatan yang mempunyai kepimpinan berkesan.
c) Huraikan cara-cara untuk mengelakkan perbuatan pilih kasih dalam tindakan-tindakan di kalangan ketua organisasi.

# aku tak ada jawapan pun lagi, tapi kawan2 cakap google je. then edit sikit-sikit. dah siap. yang penting hantar tugasan. Larat ke diorang nak baca semua tugasan tu. So operasi google-edit-print akan ditunaikan pada hujung minggu ni #

No comments:

Post a Comment