Tuesday 18 February 2014

Aku Dan Chicken Pox - Part II


ok kita sambung entri lepas..
ala yang aku bgtau aku kene Chicken pox tu..
ada kat bawah entri ni je ha..
klo malas nak scroll, klik sini jela, hihi

Hari Khamis dalam pukul 10am cam tu aku g sepital la..
kata nak MC panjang kan..
harusla amik yang gomen punya..
rugi woo amik MC private banyak2..

Jumpa doc cina muda yang aku suka tu..
bukan suka yang menggatal tu eh..
takde pekdahnye la eh..haha
aku suka doc ni sbb dulu aku penah bawak abg Aufa g emergency sebab semput..
doc ni yg handle kes Abg Aufa..
dia nak warded Aufa tp aku mintak excuse sbb mmg xde org nak jaga..
so doc ni amik iktiar lain sbb aufa xleh warded..
tu yg aku jatuh tersuka ngan doc ni..

ni cuti panjang aku ..
klo tengok dari segi bilangan hari seronok la gak kan..
klo tengok dari segi kerja2 tertunggak yang ditinggalkan..
agak serabut gk la pale aku ni ha..

Selamat bercuti untuk tuan tanah ye..
 Dapat ubat paracetamol 500mg..
Dah demam mesti la dapat ubat ni kan..
Ngam2 doc bg ubat ni.
.aku stop demam pagi ahad..
ubat pun habis pgi tu..
ke psiko je lebih ni??



 Calamine lotion.
Produk memutihkan kulit =P
memang putih kan? 
Putih bersopak-sopak la..
Hahaha..

Bila dapat calamine lotion aku usha2 la kot ade botol yang kedua.
sekali xde??!!
dah la yang dalam botol ni pun separuh je..
sikit beno poonnnn....
Aku tanya direct la kat pharmacist tu,
calamine lotion ni nak kena tambah air lagi ke.. 
macam tak cukup je ni 

haha.. slumber je kan..=p


Then pharmacist tu ckp,

Tak payah, doc sudah bagi ini ubat ( sambil hulur ubat yang kat bawah ni)..
ini ubat kalo u makan nanti semua chicken pox takkan keluar punyer..

aku mcam tak nak percaya jer..
boleh plak chicken pox tu xnak keluar..
bagus la klo cam tu...
haha..




Ni la ubat yang doc tu bagi..


 Aciclovir tablets 800mg
Antivirals utk chicken pox..

Lepas amik ubat aku msuk balik bilik doc untuk amik MC...
Aku terus tanya doc pasai ubat ni..

Doc cakap since aku kerje as a teacher, banyak contact ngan students.
Plus aku ada small kids ( 3 - 5 yo) dalam rumah yg belum kena chicken pox.
So doc reguest ubat ni dari farmasi.
Untuk pendekkan masa infection..

Korang tengok? Doc ni mmg bagus la..
Aku sukee doc ni..
Dia pertimbangkan semua yang aku cerita kat dia..
Then dia cari the best solution untuk aku..
Bagus la u doc!!
TQ doc!!

Balik rumah aku terus google tentang aciclovir tablet 800mg..
Aku jumpa info ni...


Sebenarnya tempoh jangkitan chicken pox boleh dipendekkan dengan rawatan khas anti-virus iaitu dengan memberikan ubat "Acyclovir",dengan rawatan khas ini pesakit biasanya akan sembuh dalam tempoh 1 minggu berbanding 4 minggu dengan rawatan biasa.Tidak ramai yang mengambil rawatan khas ini kerana faktor kos yang agak mahal iaitu antara RM 150 hingga RM 500 jika menggunakan ubatan import.
Mahal gak eh ubat ni.. Patut la masa nak g amik ubat tu siap de surat dari doc yang dia list kan why patient ni patut diberikan ubat ni..
Reason dia sama dengan reason yang dia cerita kat aku tu la..
1. Work as a teacher, contact with children.
2. having kids at home ( 3 -5 yo), easily infected.

Lebih kurang gitu la ayat yang aku baca kat kertas tu..Haha..
Terror gak aku baca tulisan doc ni..
Tau2 la tulisan doc camne kan =p

So dah 5 hari aku telan ubat ni.. lagi 2 hari abis la..
Ubat ni kita kena telan setiap 5 jam..
S0 dalam sehari patutnya kita makan 5 biji la.
Aku siap pasang alarm hp lagi untuk makan ubat..
Takut terbabas..
Kejap je 5 jam tu, dah nak kena makan ubat.

Aku start makan hari khamis (tengahari), aku perasan sabtu pagi dah xde bintit baru yang naik..
Cuma habiskan yang mana ade..
Orang kata kalau nak tau chicken pos dah nak abis, kena tunggu dia kluar kat tapak kaki kan..
So sampai arini( isnin malam), memang takde la kat tapak kaki aku ni ha..
Sampai peha je..
Betis kena sipi2..
Tapi yang lain sadis gak la..
Huhuhuhu.......

Selain makan ubat ni aku amalkan jugak mandi dengan air ramasan daun semambu..
Tido pun alaskan dengan daun semambu..
Nak kurangkan miang tu..

Cuma aku tak minum air kelapa je sebab setahu aku air kelapa ni dia potong ubat.
Since aku consume ubat special doc tu,hehe, special la sangat.
 sayang la kalo kot2 air kelapa aku menjahanamkan tindakan ubat tu.
So aku decide taknak minum air kelapa.

Alhamdulillah dah nak baik..
Klo rajin nnt aku share gambo muka aku plak..
Huhuhu..


 Selit gambo bebudak ni..
Diorang panggil aku raksasa sebab muka aku and tangan aku semua kan naik bintat2 merah..
Hahaaa...
Aku tak kisah la..
Aku sakat diorang lagi ada la..
Klo diorang dekat ngan aku, aku ugut nanti diorang pun jadi raksasa cam aku ni ha.
Hasilnya korang tengok la gambo tu.,..
Aku atas katil...
Diorang tak berani naik pun katil aku ni=p
Biasanya katil aku ni jadi medan wrestling diorang jer!!!!!


No comments:

Post a Comment