Wednesday 25 July 2012

DATES DAN KURMA... AKU SUKA :)

Salam Ramadhan 1433H...

Hmm, last update blog, belum puasa pun lagi.
Hari ni dah hari ke 5 kita berpuasa.
Tapi aku dah 1 malam kantoi terawih.
Sakit kepala hotak kau nak meletop kebabommmmm.....

Haha...
Semua sebab time berbuka aku belasah air soya beberapa gelas...
Sudahnya, semalam semput aku datang balik...
Tercungap2 aku nak bernafas...
Pergi office, mengajo pun dah terganggu...
Nak bercakap kena control...
Silap terkuat je sikit volume suara aku, confirm semput.
Kena ambil inhaler...
Pastu ambil inhaler pulak berdas-das...
Konon nak cepat baik...
Memang baik, pastu sakit lain datang.
Petang semalam, lepas ambik anak-anak.
SAKIT KEPALA YANG AMAT.
Overdose la tu.
Padan muka aku.

So, no more soya bean ye. (pujuk diri sendiri)
Aku beralih pada kurma atau dates ni.
Dulu aku tak minat, betul.
Tapi sekarang.... suka pulak.



Ni yang paling aku suka.
Adik aku Pakecik bawak balik, orang opis dia bagi kot.
Takdenye dia beli sendiri.
Tapi seriously sedap.
Kurma bertangkai, takde la lembut sangat, tak berair, kering je.
Elok je manis macam aku masa anak dara.
Muahaha..
Sekarang pun manis gak, tapi kat mata laki aku je la.
:P



Ni pun Pakecik bawak balik dari opis dia.
Yang ni aku tak minat sangat la.



Ni pulak Belan bawak balik dari opis dia.
Pun aku tk minat gak.

Sekarang ni memang trend bagi kurma eh kalau bulan pose.
Belan, next year kita wat macam ni jugak nak.
Besar kan pahala bagi maka untuk berbuka.

Okla, nak bobom jap.
Kul 4.30 nak amik Adik Ajim dengan Abg Auf.
Bulan pose njrsery tutup awai, kul 5.
Sian gam kat cikgu diorang, nak gak balik awal,diorang pun pose gak.

Salam Ramadhan.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Selamat berterawih.
Selamat semuanya.

Assalamualaikum

Monday 16 July 2012

THANK YOU M.A

Aku ni dari kecik memang tak suka beli air yang orang jual kat pasar malam tu.
Kalau dulu bukan ada choice sangat.
Air oren. Air limau. Air grape. Air tebu. Air sarsi yang rasa macam air masak yang berwarna hitam. Air jagung.
Semua perwarna je lebih.
Rasa sama je...
Rasa air gula, kut ada rasa gula.
Lagi teruk kalau rasa air masak je.

Air yang paling aku anti... Air anggur @ grape.
Memang aku tak minat langsung.
Kalau aku minum je, mesti aku rasa macam pening kepala.
Tu baru aku miNum air anggur, kot aku minum tuak ke,minuman yang haram tu ke, agaknya apa jadi kat aku eh.
Minum setitik, mabuk sebulan.
Hahaha...

Pastu jangkit pulak dari air anggur ke, strawberi, blueberry, raspery, balckcurrant tu semua la.
Memang aku tak minat langsung.
Orang lain tergedik2 dengan kek blueberry, aku ni, tengok je baru dah rasa nak migrain.
Kalau zaman Datuk Siti Nurhaliza kahwin, hantaran dia kat Datuk K kan strawberry coklat, aku ni tengok pun dah rasa kembang tekak.

Sampai la lepas aku kahwin dengan Belan (memang dengan Belan je la yang aku kahwin :P ), Belan bawak aku pergi honeymoon kat Cameron Highlands.
Masa tu gap seminggu lepas kenduri belah aku, next week kenduri belah Johor.
Kitorang lari jap gi Cameron.
Antara yang aku beli masa tu.



For sure la bukan untuk aku, aku beli macam-macam perisa.
Nak bagi kat sedara2 yang ikut menghantar aku ke Johor nanti.
Lepas kenduri, dah bahagi2, ada lebih pulak.
Lepas aku peram berapa lama entah benda ni dalam almari, satu hari tu sampai la seru aku nak bancuh teh ni untuk Belan.
Aku selalu minum teh biasa and kopi je.
Lepas sekali try tu, aku rasa macam sedaaapppp le pulak.
Udah berturut-turut aku bancuh ni sampai abis pulak stok teh blackcurrant ni.

Maybe masa tu aku mengandung kot, so taste jadi pelik ni.
Aku kan bunting pelamin, gatai pergi honeymoon awai sangat, dapat la aku hadiah, bersanding bertiga lagi, ala2 Fasha Sendat gitu.
Tapi aku tak tau aku sanding bertiga, Fasha Sendat hamil baru beberapa minggu pun dah kecoh :P

So sebabkan dari masa mengandung si Abg Auf tu aku tersuka teh blackcurrant ni, sampai la sekarang ni la aku suka.
Tapi teh blackcurrant ni jela.
Segala buah dan air seangkatan dengannya, ku masih boikot eh.
Tak diperakui oleh tekak aku.

Hujung minggu lepas, kawan opis aku nak pergi Cameron, so aku order la ni.
Dah lama dah tak minum.
Punya excited dapat teh ni pagi tadi kat opis, sampai lupa nak bayar!
Tapi balik rumah tak pulak lupa nak bancuh teh ni, haha!

Ma, esok aku bayar eh.

Sunday 15 July 2012

TEA TIME...



Adik Ajim dah pandai duduk.
Gigi atas dah tumbuh 2 biji.
Tapi baru nampak tunggul.
Kenapa aku tgk tunggul nya macam beso je?
Hmmm...
Kat bawah ada lgi satu tunggul gigi...
So total 5 biji gigi la.
Adik Ajim dah pandai merangkak, tapi dia lagi suka menjulur.

Abg Auf dah makin kelakar pulak dah sekarang.
Bila dia cakap, ada la yg jadi lawaknya.
Still belum diaper free.
Hujung tahun ni mama wat intensive training untui Abg Auf ye.

Saaayaaaang anak-anak mama.

TRY JAP

Testing.. kenapa bloggeroid aku ni tak boleh post. testing..testing

Friday 6 July 2012

KESUDAHANNYA...

Pagi tadi aku dah terjaga pukul 5.30 pagi, nak siap pergi kerja la.

Dah tak demam dah kan.

Tapi Belan larang aku.

Dia buat sesi soal siasat jap pagi tu.

Kesimpulan yang dia buat : Aku masih tak sihat pagi tu.

Reason : Tonsil aku masih bengkak. Aku still rasa sakit kalau nak telan air liur. Kalau aku pergi kerja, konfirm aku kena mengajar clients aku. Bila aku mengajar, confirm aku akan terpekik terlolong. Bila aku terpekik terlolong, tekak aku akan bertambah sakit.


Huhu. Ok Belan. Wife mu ini MC dengan jayanya di rumah.

Yang tambah best nya, Abg Auf pun ikut MC!

Dah macam cuti hujung minggu pulak rasanya.


Aku dah agak dah, kalau aku MC, Abg Auf pun mesti taknak pergi school.

Dia kalau nampak aku ni tak berpakaian formal aku ke opis, dia akan assume hari tu ialah holiday. Dia tak payah pergi school. Tapi dia je la,Adik Ajim aku hantar je pergi school. Hehehe...


Sekarang tengah tunggu Belan balik kerja. Aku kirim mee kari JKR. Sedap! Paling sedap pernah aku rasa. Mampu bersaing dengan mee kari Opahnya.


Belan, cepat sikit. Dah meleleh air liur bini ko ni :P


Published with Blogger-droid v2.0.4

MC KE TAK NI?

Dari pagi semalam lagi akubrasa tak sedap badan.

Tengah sarapan kat opis, terus rasa tak lalu makan.

Seram sejuk je rasa.


Stok panadol, panadol soluble, minyak cap kapak, memang ada je dalam handbag aku.

Aku sedar diri, aku ni senang jtuh sakit.


So dari semalam la aku on panadol.

Pagi Khamis tu Belan suruh aku MC je, tak paya pergi kerja.

Aku pulak rasa macam dah sihat je, malas la nak MC, so aku pun pergi kerja.

Masa tengah mengajar clients, aku dah start rasa sakit-sakit dan bisa badan.

So aku tau aku nak demam lagi!

Lepas tu memang aku demam la, panas badan aku.

Dalam masa 6 jam, aku dah telan 4 biji panadol, tapi haram nak kebah gak demam aku.

Kepala pun dah berat.


Officemates aku semua suruh aku pergi jumpa bos, mintak balik awal.

Dah la hari ni ada meeting, lagi la lambat balik.

Tapi aku tengok muka bos macam stress semacam je, malas la aku nak tambah stress dia.

So aku pun masuk la meeting petang tadi.

Sekali, lama pulak bos no bercakap. Dekat sejam gak la.

Aku ni, memang tak dengar ape dah bos cakap.

Kepala dah berat.

Menguap tak berhenti-henti.

Riso pulak, kalau on the way drive balik nanti, aku tido masa drive, amacam?


Abis meeting pukul 3.30 ptg camtu, so sampai rumah pukul 4.

Badan aku panas betul,tak larat dah.

Mujur Atuknya volunteer nak ambil Opahnya dengan Adik Ajim n Abg Auf kat nursery.

Aku terus tido.


Belan sampai rumah dalam pukul 6.

Dia bawak aku gi klinik.

Doc cakap tonsil aku bengkak, ada infection, tu yang aku demam.

Makan panadol je tak jalan.

Kena makan antibiotik sekali, baru leh lawan infection tu.


Balik dari klinik tu, aku makan ubat, then tido sampai pukul 10.

Masa tu dah berpeluh-peluh.

Then rasa lapar sangat.

Baru la aku sedar, last aku makan pukul 8.30 pagi tagi,sarapan kat opis.

Patut la kan orang kalau sakit ni boleh kurus.

Tapi aku tak kurus punya la, sebab aku makan nasi pukul 10.30 tadi. Lapo weih.


So sampai sekarang aku tak leh tido lagi.

Petang sampai isyak tadi dah jenuh dah tido.

Nak buat kerja kat bilik belakang, aku takut.

Tadi masa makan aku tengok cerita Kekasihku seru.

Huhu...


Aku rasa macam dah sihat ni.

So aku nak pergi kerja la esok.

Tapi Belan marah.

Aku dapat MC untuk esok, so Belan suruh duduk rumah and rehat.


Camne eh? Kalau aku pergi jugak kerja esok, kira aku derhaka kat suami ke?


Tengok la cam mana. Tahun ni dah 4 hari MC. Nak tambah jadi 5 hari ke?


:(


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 3 July 2012

RUTIN PETANG KAMI

Sports day dah settle...maknanya, routine back to normal..

Office hour ends at 2.30pm. Paling awal aku boleh sampai rumah pun pukul 3. PALING AWAL ye puan-puan. Tu kalau aku punch out tepat-tepat pukul 2.30pm. Dengan kata lain SEBELUM pukul 2.30 aku dah tercegat depan puncher je (which is aku tak pernah buat sebab puncher ni betul-betul depan bilik bos!). Then lepas punch tepat-tepat pukul 2.30, aku kena rush gi kat kereta, then drive back laju-laju. Laju tu dalam 110km/j untuk speed limit yang sepatutnya 80-90 km/j. Aku bukan lalu highway ye, ni jalan biasa yang berliku beronak berduri nahas menanti. Dengan traffic light pun ada 6! So normal nya aku sampai rumah pukul 3.15-3.30 la, kalau tak ada meeting or Ko-ko.

Sampai umah, aku isi tangki perut aku dulu. Mane boleh amik hero 2 orang tu terus, kang melepek aku! Aku ni kalo lapar, jadi badmood, rasa nak marah je manjang. Campur pulak dengan penat baru balik kerja, kang tak Abg Auf, Adik Ajim yang kena angin ribut aku tu. Aku saaaaayaaaang anak aku, maka aku perlu get myself ready dulu, mandi, makan, solat, rehat jap, then..... aku dah boleh senyum and gelak-gelak dengan anak aku dah. Kukuh kan alasan aku :P

Biasa aku ambil Abg Auf dan Adik Ajim dalam pukul 4.45, then aku terus bawak diorang pergi beli kuih untuk minum petang nanti. So dalam pukul 5 aku, Abg Auf dan Adij Ajim dah stanby dekat opis Opahnya. Kitorang terus tunggu Opahnya abis kerja. Opah sekarang pergi kerja dengan Belan, balik kitorang yang jemput. Sejak Opahnya jatuh motor dalam sebulan dulu, Opahnya dah tak berani bawak motor, nak lagi kena lalu dekat roundabout yang dia jatuh dulu. Sian opah, mamat muda yang terlanggar Opahnya tu pulak bukan nak tolong, belah gitu je. Cammon la. Ko langgar orang tua umur 55 tahun, kalau ko tak salah pun, tak boleh nak tolong ke wei! Geram aku, cuba aku langgar mak ko pulak,then aku belah, ko nak senyum kat aku tak?



Ni gambar semalm sebenarnya, tengah tunggu Opahnya abis office hour la ni. Aku tengok Abg Auf ni dah macam anak bujang pulak. Uish, rasa cam dah tua sangat pulak dah ada anak bujang, haha. Car seat ada, tapi tak guna :P Kitorang guna untuk long distance travel je. Ipoh dan Taiping tu kira long distance la, kalau setakat gi pekan ni, pejamkan mata je la.



Adik Ajim yang mok-mok. Kuat makan budak ni, semua dia bedal. Gigi dah 2 batang, gigi bawah je la baru. Nak tengok nanti gigi ketiga dia ni gigi atas atau gigi bawah. Semalam aku dengan rasmi istiharkan Adik Ajim dah pandai duduk sendiri. Sebelum ni dah boleh duduk, tapi ada gak babak tertomoih (bahasa perak - aku tak tau nak eja, maksudnya tersembam) muka kat lantai, ada babak berdarah bibir. Tapi semalam dia maintain duduk then meniarap balik beberapa kali without the tertomoih incident. So at the age of 8 months and 7 days, Adik Ajim was officially able to sit by his own. Proud for u son! Adik Ajim ni tak pandai merangkak sangat, dalam 3-4 kali rangkak, then dia akan ambung dengan menjulur je. Now dah pandai duduk. Opahnya cakap, dia ni nanti terua berdiri and jalan je, tak layan la merangkak ni semua. Hmm, aku rasa betul la kot cakap Opahnya, sekarang ni Adik Ajim ni memang keje dia memaut kitorang, then dia tarik nak berdiri. Risau aku. Sebab once dia dah berdiri, boleh pulak dia lepas tangan! Ajimmmmmm.....

Aku ni tulis tajuk pasai rutin, tapi cerita rutin sejemput je. Cerita benda lain berjemput-jemput. Haha...

Tiba2 terfikir. Lagi beberapa minggu dah nak puasa. Kalau pikir puasa, mesti sambung dengan raya kan. Tahun ni turn beraya di Johor, kampung Belan. Tak kisah la raya mana, yang penting beraya dengan suami dan anak-anak. Itu lebih membahagiakan. Haha, Kemain aku canang bab raya, puasa pun belum start laaaa.....

K, maassalamah wa ilal liqa'.

Sunday 1 July 2012

OH.... LAMANYA...

Alhamdulillah...

Hari ini dapat juga aku bukak blog aku ni...

Lama sangat dah aku biar bersawang, jin pun dah dok bersarang dalam ni...

Sejak abis cuti 2 minggu tu, aku jadi busy semacam...

Pelik...

Padahal Belan dah pindah dok sekali ngan aku...

Semua beban dah tinggal separuh la kan, tong-tong dengan suami sendiri...

Busy mende?


Busy dengan hal opis : settle marking, key in exam marks, oh, saringan sports day,  rehersal sports day, sports day...yg faling mencetuskan mood busy aku tu ialah.. AKU JADI EMCEE SPORTS DAY... panik sampai nak buat keje apa pun bersepah.. key in markah pun tak leh settle2... dengan dok sibuk google teks pengacara majlis nye...dah la aku n partner sama2 zero dalam bab emcee ni..sama2 newbie kat opis ni, so tak sure macam mana surrounding sports day diorang... Bengang gak la... Yang opis mate aku pulak dok tegur aku dok senyuummmm je, macam happy dapat jadi emcee nanti. Ye la kau! Ko nak aku melalak meraung tergolek-golek baru ko paham aku taknak jadi emcee ni.


Dah jadi budaya kat opis aku ni, yang baru akan pegang tugas-tugas yang memang siapa pun teringin ni. Aku boleh terima jugak la, aku tau aku baru, tapi at least bagi la aku partner dengan senior yang dah biasa dengan kerja ni, so aku boleh BELAJAR. Kalau dah sama2 nak belajar, siapa yang nak mengajar? Semua dok zahirkan simpati melalui ayat2 yang kononnya berempati la... Hakikatnya, semua lega masing2 tak terpilih, ketawa kat belakang sebab aku n budak baru yang kena.


Pastu masa sports day tu, ramai pulak yang dok bagi direction kat aku n partner. Aku dah rehersal 3 kali, semua ok. Flow semua ok. Elok pulak masa hari sukan tu, ramai pulak sibuk nak tukar flow program. Pastu tak inform pulak kat aku, terkontang kanting aku nak control flow program yang da kena kacau ni.  Tu yang aku tak puas ati tu, nampak macam aku ngan partner yang tak prepare! TapK mujur flow masa VIP ada, cun sangat la. Cuma last2 tu, yang ni suruh umum perempuan la, yang ini suruh umum lelaki dulu la. Yang ni suruh orang ni bagi hadiah la, yang tu suruh yang tut pilak bagi hadiah la. Woi, jangan kacau la. Aku dah prepare semua! Aku ni bukan pro, ko kacau sikit, habis semua bersepah la wei! Kesian kat partner aku tu, dah la mengandung sulung 7 bulan, sampai merah padam muka dia kena tegur. Padahal bukan salah dia pun, aku pun bengang!


Tengok la nanti, minggu depan mesti ada sports day post mortem. Aku tau, mesti ada bunyi pasal emcee. Aku tunggu saat tu.


Published with Blogger-droid v2.0.4