Friday 30 March 2012

AKU DAH GEMOKS..

Uihh, statement sentap diri sendiri...Huhuhuhu...


Aku tahu aku makan main hentam je lately. Dulu reason aku tak boleh skip meal sebab aku breastfeed Adik Ajim. Okla. Kene makan, kalau tak production susu aku nanti drop. So sekarang aku dah stop breastfeed. Apa lagi reason aku. Huhu...


Tadi kat opis, kawan aku tegur.


Kawan : Akak, kenapa saya nampak akak macam berisi sikit.

Aku     : (Gulp...Telan air liur dulu...) O yeke..

Kawan : Akak ambil ubat ke?

Aku     : (Ubat ape ni, perancang la kot, dah aku kan baru beranak ) Takde le plak...

Kawan : Tak pe la, SENANG HATI kot.

Aku     : Aah, ye la tu.  Dah lega dapat pindah balik kampung. Tambah-tambah dapat duduk dengan mak ayah, lagi la SENANG HATI... (Ayat menSENANGkan HATI)


Hadoi.. Kawan aku tu pun, nak tegur benda paling sesentap bagi pompuan ni pun biarla kena kat tempatnya. Ini dia bantai tegur masa ramai2 beratur tunggu nak punch card nak balik tengahari tadi. Segan aku. Tanya pulak pasai ubat la..Sabar je la..


Balik rumah dah aku menggelabah nak timbang.

Sekaliiiiiiiii....


60kg !


2 additional kilos!



Waduh-waduh.

Semenjak bersalin ni aku boleh turunkan berat sampai 58kg je. Padahal pregnant aritu naik sampai 65kg je.. Je? Ye...sebab masa mengandungkan Abg Auf dulu aku boleh mengembangkan badan aku sampai 72kg ... But.. Aku boleh turunkan balik ke berat ideal aku 55kg.. Berat zaman anak dara sebelum kawen around 52-53 kg.. Kira ok sangat la kan.


Sekarang, apa cer?

Nampaknya operasi mengawal nafsu makan akan dilakukan secepat mungkin. Boleh ke nak turun balik 2 kg ni, kalau boleh aku nak balik berat 55kg aku..

Huhu..


Belan tak tego pun aku gemoks.

Tapi dia ade suruh aku pusing2 depan cermin.


Belan : De nampak ape2 ,perubahan tak.

Aku    : Maintain je semua (Ayat bela diri sendiri)

Belan : Montot tu, maintain..Maintain membesar..


Bangga.. Teruja.. terkecewa....


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday 29 March 2012

TENSI TENSI..

Budak ni punya la banyak mulut..Dah la lari dapat last,loser besar ni..tapi sikit tak malu...Reason dia..


Awek panggil nama..tak dapat fokus..

Spike berat sangat..

Seluar berat..


Larat nak layan dia cakap..Mati laa


Published with Blogger-droid v2.0.3

MSSD : HARI KEDUA

Haha.. Terus hari kedua.. Hari pertama nya mana..

Aku kene bawak clients aku yang masuk acara dalam Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Kuala Kangsar. Team aku dimonopoli oleh kaum India. Ini waktu rehat, budak2 ni boleh bawak speaker, connect to handphone...Happening...But...lagu semua stok padayappa


Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday 25 March 2012

AWAL PROPOSED SCHA...

Awal Ashaari melamar Scha Al-Yahya dalam program Propaganza, siaran langsung kau! Sweet la jugak.. Tapi part Awal pun menangis, aku rasa tak berapa macho la Awal.. The way you proposed Scha, sangatlah macho and gentleman. Sekaliiiiii, you nangis Awal, oh nooo....

Tahniah la untuk Awal dan Scha. Sama-sama nantikan pengumuman dari diorang Selasa ni..


Pe perasaan parents diorang eh? Just thinking...........


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday 22 March 2012

BIZZIEEYYY

Seminggu ni minggu tunggang terbalik aku. Semua salah aku. Baik kan aku,mengaku salah sendiri...Muahaha...


Isnin (19.03.2012)

Aku pergi kerja macam biasa. Tapi disebabkan aku terhover holiday, maka kerja aku jadi menimbun.. Hamik aku! Dengan tak siap marking paper, 5 kelas, bukan susah pun, semua objektif lagi tu. Tapi nak buat macam mana, dah nama pun cuti..CUTI... Haruslah segala otak , pen dan tangan aku pun cuti.. Haha..


So pepandai la aku curi-curi tanda paper di ofis..Dan siap tanda, satu hal pulak nak kena key in marks online..Leceh..


Petang isnin pulak, bawa Adik Ajim checkup 5 bulan. Timing aku dah cun, sampai memang terus je aku nye turn, orang tak ada, tapi kalau aku lewat sikit, memang ada SIKIT kepanasan menunggu la.. Tapi misi yang check Adik Ajim ni pulak satu hal,slow melow..Berat Adik Ajim tak naik dari bulan lepas.. Adik Ajim offically dah cerai susu dengan aku.. Sedih yang amat.. tapi Belan (husband) pun dah suruh stop sebab hasil dari kajian doktor2 tak bertauliah (aku laki bini),aku akan demam bila aku breasfeed Adik Ajim.. plus ngan nipple aku yang senang sangat cracked.. So, stop terus. Setakat ni je rezeki Ajim.. Alhamdullah at least dia merasa susu ibu dia kan. So misi cakap kalau next month berat adik .Ajim ni tak naik juga, kena refer doktor. Entahla, aku rasa Adik Ajim ni sihat, berat badan dia susut sikit sebab bercerai susu dengan aku. Biasa la kan. So, kene bagi Adik Ajim susu lebih2 sikit, biar berat naik. Oh lupa, aku pergi klinik ni berdua dengan Adik Ajim, abg Auf elok je lena kat nursery masa aku pergi fetch Afik Ajim, vaek punya riming. Haha.. Ni baru cerita Isnin :Pa


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday 15 March 2012

PIZZA HUT

Dah lama tak keluar memalam hari dengan anak-anak. Aku kan ada anak kecik (nak masuk 5 bulan kira kecik la lagi kan?). Tapi disebabkan godaan Pizza Hut, maka aku dengan berani telah keluar beranak-ranak (aku,papa ajim, Abg Auf, Adik Ajim, adik aku Shidada n parents)...pastu plak masa tu birthday Shidada tu, aku tumpang perut la,lama dah perut aku tak merasa Pizza...


Kalo kat kampung aku ni, yang paling gah pun Pizza Hut ni la..Sebelum Pizza Hut ni buka, orang semua tumpu KFC.. 2tempat ni jela pun.. Mc Donald tak berani bukak francais dia kat kampung aku, takut tak laku... pelik. Ada ke McD yang tak laku..


Dulu de lagi 1 fastfood di kampung aku ni.. Chicken King..  bukan Burger King ye.. Ala-ala macam Burger King gak la..Fastfood... Self-servis.. Tapi tu la, non-laku..bukan non-halal, tapi non-laku...Bankrap bin muflis bin tutup kedai bin sadakallah hul azimmm... kedai tu pun dah bertukar jadi farmasi Guardian dah pun sekarang..cian..aku tak sempat menyaksikan peristiwa dia tutup kedai..aku tengah jadi mahasiswa UPM masa tu rasanya.. Balik-balik kampung tengok kedai tu dah bertukar jadi Guardian..Lagi ok aku rasa,aku suka masuk Guardian ni..Kalo masuk The Store bahagian make up dia aku rimas sikit.. Sales promoter dia tu.. Ko jangan la lalu kat produk dia, harus kene tahan... Tu baru lalu, cuba ko sentuh produk dia, alamat ko kene tadah la telinga dengar khutbah promoter tu.. Naya..


Apasal eh gambar2 yang aku songlap dari blog adik aku ni kuning semacam.. Kamera hp ko la ni Shidada.. Hp aku plak dah kong bateri, elok je kawan aku Ozie Boo call, terus arwah hp aku.. Kalau tak dapat dah aku bergambar dengan Zulhuzaimy pelakon tu, elok je dia dok berasap depan kedai sebelah Pizza Hut ni.. Adik aku Shidada ajak aku pergi tangkap gambo dengan Zulhuzaimy tu.. Kamera tak ada.. Nak guna kamera hp ko ni, alamatnya muka Zulhuzaimy pun dah takde rupa.. Kang dapat muka Zul Handy Black plak.. Apa barang!


Tapi syok lepak kat Pizza ni. Like mentioned earlier, dah lama tak keluar lepak makan malam-malam macam ni. Abg Auf pun excited semacam, makan banyakkk.. Buktinya, tengok gambar tu. Sampai ke titisan terakhir mushroom soup tu dia hirup...Dasyaaat.. Siap berbunyik-bunyik kau dia hirup sup tu.. Hadoi!


Hmmm... Cuti sekolah dah nak abis ni... Tak syiok!


Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday 14 March 2012

SELAMAT ULANG TAHUN SHIDADA

Hari ini birthday adik aku...14.03.2012...Birthday adik aku yang ke 18...Sudah 18 tahun dah adik bongsu aku ni....Abis dah buda sekolah dalam rumah ni...Aku je yang sampai tua nanti yang kena pergi sekolah tiap-tiap hari...Huhu... Adik aku ni lahir pagi-pagi raya Aidilfitri..Masa tu aku darjah 4..Aku ingat tak ingat sangat.. Yang aku ingat, dalam kul 12 tengah malam kot, abah gerak aku suruh ikut dia hantar mak ke hospital, mak sakit nak bersalin... Aku ikut je, then sambung tido kat kerusi luar bilik bersalin..Aku tak debar pe pun, haha..sekarang baru tau perasaan orang nak bersalin macam mane..Anak aku yang sulung, Abg Auf tu aku lahirkan kat hospital ni pun,sama tempat ngan ko la Shidada...So, dlm kul 4 pagi kot mak aku dah keluar dari bilik bersalin,terbaring atas strecher, adik aku ni diorang letak antara kaki mak aku.. Then nurse tu stop kan jap,bagi abah azan..Then abah cek plak cukup tak semua sifat...Aku tak peduli tu semua, tang aku peduli,kenapa adik aku ni kelabu semacam, maybe masa tu kan pagi buta lagi,so tak berapa nak cerah la adik aku..Rupanya, sampai sekarang ko terkenan dengan suasana pukul 4 pagi tu...hahaha...Tak pela...Aku pun bukan putih pun, kuning langsat..Angah langsat, ko pe shidada..? manggis eh ? :P Gambar tu aku songlap dari blog dia.. http://manisspelangi.blogspot.com Sebagai adiah birthday ko hari ni, angah kasi promote jugak ko punya blog..kasi up sket traffik juga..Muahahaha... blog adik aku ni lagi ramai pengikut nya, blog aku ni bukan tak ramai, kurang je..hahah..ini aku tak promote,cuba aku promote nanti,konfirm follower beriban,haha..aku nak keep my blog private to those who know me..korang2 yang tak kenal aku,baca la..kot ada yang kenal aku yang terjumpa blog ni,aku halal kan..berapa orang la sangat..aku slalu cek trafik, kenapa ada dari germany, us n china...kawan yang belajar kat oversea dah lama dah balik..baya umur aku ni semua dah settle down belajar..tinggal nak kawen...aku pulak tinggal nak beranak no.3... Eh?

Saturday 10 March 2012

TUTUP AURAT SUPAYA SELAMAT

XAllah S.W.T mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan bertujuan menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menuntut aurat. Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain..


Aku adalah salah seorang yang termasuk dalam golongan yang tidak istiqamah menutup aurat.

Maaf..

Aku sikit pun tak berbangga dengannya..

Aku sangat-sangat berharap orang tak tahu perangai aku yang satu ni..

Huhu..Manusia tu bukan semuanya buta, even anak aku si Abg Auf pun pandai tegur..


Mama, tudum!!! (tudum=tudung)...Dia ni pelat perkataan ng..semua ng jadi m..kenyam=kenyang..

abam=abang..

Alololo abg Auf ni...


Aku ni bukan la jenis hari nak pakai tudung...

Esok nak glamour sikit..Tak payah pakai tudung..

Lusa dah glamour banyak, pakai 2pieces je...

No no no. Not that type..


Me..just kurang menitik beratkan hal- hal seperti:


1. Keluar ke halaman rumah kena pakai tudung..Aku hentam togel je kepala tu...Paling baik pun aku bantai sangkut tuala abg Auf je..keluar jambul ala rosmah..huhu


2. Stokin kaki.. on-off ikut sedap ati mak bapak laki datuk menakan akuuuuu je....heee..tapi kalo pergi kerja aku tak pernah miss pakai stokin kaki...


3. Stokin tangan...waaa..ni lagi la haraaammm aku nak pakai..dah sah-sah pekerjaan aku ni menuntut banyak untuk aku menulis di papan putih, mestilah lengan baju aku tu aku tersinsing sikit.. aku sedar benda ni tapi aku malas nak pikir lebih..Dasarrrrr..


4. Seluar jeans.. Jeans ni sebenarnya menutup aurat ke tak eh..Jeans aku bukan fit, tapi bukan kembang gak..Huhu..aku ni tiap-tiap hari pergi kerja dah pakai baju kurung...Nak keluar berjalan pun baju kurung lagi ke...huhuhu...Banyak la aku nye alasan kan..Kenapa aku tak guna alasan aku dah pakai tudung pergi kerja,so jalan-jalan tak payah pakai tudung..Sebab aku takde masalah nak pakai tudung. Aku cuma de masalah kalau tak pakai jeans,tu yg banyak je alasannya..huhu...


So far aku dah improve sebenarnya..Tak payahla aku list benda tu..biar aku and suami aku je tau..But still..Banyak lagi ruang untuk self improvement..sikit-sikit tapi berterusan..


Sumber petikan : Majalah Solusi


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday 8 March 2012

Cara Mengenal Kulit Babi @ Khinzir

Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:


Lihat dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti.


Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN titik-titik membentuk segitiga.


Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi.


Kalau tengok gambar sandal lelaki ada jenama polo club kan..Berderau darah aku sebab Disember masa sale dulu aku ada beli 1 pasang kasut..Jenama Polo Club la weh...Sale 50% lagi..


Aku dah cek kasut tu,ye, aku pakai kasut kulit babi...Najis... Sejak tu aku tak pakai dah kasut tu...Nak sentuh pun rasa semacam..Huhu...


Harap entri ni dapat membantu kita semua..Mulai sekarang, pastikan kita check dulu barang yang kita nak beli..Bukan susah mana pun..


Sumber : hafizamri.com, email dari suami ku


Published with Blogger-droid v2.0.3

MC.... Again... :(

Hari ini aku mc lg..

Tahun ni saje dah 4 hari aku mc...

Ini baru bulan 3..

Sementara nak sampai hujung tahun nanti, agak-agaknya berapa hari dah aku mc ye...


Ni semua sebab aku demam la ni...

Semalam aku still kerja..

Tapi memang sengsara la..

Jari aku ni sampai dah kebas...

Sejukkk yang amat...

Berapa kali aku tersengguk masa jaga client aku exam..

Tak menahan...


Nak drive balik pun satu hal...

Aku tawakal je drive..

Siap client aku si Aien tu tumpang balik..

Tapi alhamdulillah aku selamat sampai...

Terus je aku terkam katil...

Tak sedar diri sampai asar..

Sakitnya badan aku..tukang urut (laki aku) baru on the way dari penang..

Sengsara...


Malam suami bawa aku g klinik...

Doc cakap aku kene tonsilitis...

Infection pada tonsil..

Sebab tu aku demam..

Dapat mc harini...

Ingat pagi ni dah sihat, nak pergi kerja...

Tapi pagi tadi demam lagi..

So suami tak bagi pergi kerja...


So, aku masih berada atas katil sampai sekarang..

Memang rehat betulla...

Aku kena sihat, petang nanti  nak ambil anak-anak dari nursery...

Suami tak balik..

So aku sorang jaga anak-anak malam ni..


Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday 4 March 2012

TRIP TO TESCO

Gilak lamak tak jejak ke tescok...Huahuahua...


Semenjak dah pindah ke kampung halaman aku ni,memang bleh kira la berapa kali ke Tesco.. Jauh weh nak shopping kat Tesco..Rumah aku di kajang tu lain la..Aku nak pergi kerja pun lalu Giant Kajang, Tesco Kajang, Jusco Balakong, then u-turn kat The Mines, baru sampai ofis. Gila godaan sepanjang jalan. Ni baru pergi kerja. Balik aku lalu balik, selalunya on the way balik aku akan singgah la kat salah satu tempat yang aku senaraikan tadi..Haha..


So sekarang, jarang-jarang la kad Tesco ni keluar dari purse aku..Tapi hujung minggu lepas(cerita minggu lepas daaa), aku balik Penang, sepupu aku kawen. Sempat la aku, suami n Abg Auf melarikan diri meninggalkan Adik Ajim pada opah dan Ucu Shida...hahaha.. Trip to Tesco...


Tak shopping pe pun melainkan barang-barang anak je..Tu pun dah dekat 400..huhu...anak-anak sekarang maintainance tinggi weih..tu aku belum bayar duit nursery diorang..400 gak..baru anak dua..ni pun rate kampung, kalo kat kajang dulu, nursery dah confirm 500...KU PASRAH KU AKUR ALHAMDULILLAH SYUKUR....


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday 1 March 2012

03.01 ATAU 01.03

Haha... Ni kawan aku (Am Kartik bukan nama sebenar) boleh pulak wish birthday aku hari ini.


Ni mesti kes tertukar hari bulan dengan bulan ni...Aku lahir 03.01, so kawan aku ni dah tertukar jadi 01.03...Haha...


Tapi ok gak,leh sambut birthday 2 kali..Daripada siapa yang birthday dia semalam, 29.02, lagi la,4 tahun sekali baru leh sambut birthday. Kalo nak jadi kes terbalik birthdate pun nahi mungkin, mane ada birthdate 02.29 kan..


Haha...


Anyway, thanks to kawan aku Am Kartik yang sudi terbalikkan birthday aku, even not so sure hari ini birthday aku ke tak, at least ko berani gak wish..Memang ko berani kena bantai gelak la weih.. :D


Tapi aku takkan gelakkan ko, aku publish dalam blog je...  :P


p/s : Nama lain bagi Abg Auf ialah Syamil.. Kecik2 dulu Abg Auf selalu sakit, tu yang tukar dari Syamil tu jadi Abg Auf.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Aku, Zira dan Zura

Sabtu, 25.02.2012, aku kena kerja..

Serius tak syiokkk...

Sabtu masa untuk bersama famili...

Masa untuk berehat...

Masa untuk melaram ke kenduri...


Yesss... Kenduri...


So sabtu lepas aku telah selamat melaram di majlis pertunangan kawan aku, Zura..Penat gak la sebab aku pergi straight lepas kerja,around 3pm aku sampai..


Aku pergi dengan kawan aku, Zira.. Budget macam anak2 dara teman anak dara lain nak bertunang, sangat terasa muda...Heavennn...


Aku kan kahwin agak awal among my school mates,even antara terawal yang dapat anak...So terasa agak terkedepan juga la live aku.. Salah satu buktinya, baru2 ni beberapa kawan aku baru bersalinkan anak sulung diorang. Aku? Usah kira anak sulung, anak nombor 2 aku pun dah masuk 4 bulan...Haha...


So bila dapat attend majlis kawan-kawan aku ni, especially without my kids around, aku rasa mood gediks aku mencurah-curah...Tapi still, tak gedik mane pun... Aku kan ayu, gediks ni kurang sket..Control beb..


So, back to the story, kawan aku tadi telah selamat ditunangkan, insyaAllah tahun ini juga diorang nak langsungkan. Semoga semua perancangan dipermudahkan Allah..Dapat aku meroyan jadi anak dara lagi..Anyway, tahniah Zura..


Published with Blogger-droid v2.0.3