Monday 30 April 2012

AKU PANIK : INDUKSI MINGGU DEPAN

Huhu... Setelah 3 minggu aku relax kat rumah, enjoying my life to the fullest, now is my time to get myself panic!



Ye. Aku nak pergi induksi dah ni weih. Bila? Minggu depan. 8-10 Mei 2012 di Bukit Merah Lake Town Resort.
Kenapa nak panik? Sebab aku tak baca apa2 pun lagi. Budget terror la bab2 ni. Mampos la. Ala, mesti ada yang cakap, ala relax la, ko baca ke tak baca ke, confirm time jawap nanti mesti ko hentam gak. Ingat boleh ingat ke kalau baca semua pun. Haha.. Ye, aku tau. Tapi aku tetap takut. Takut punya pasal ni yang aku jadi ulat buku dalam kereta ni. Boleh aku studi dalam kereta on the way nak ke KL jumpa mertua aku. Laki aku drive, aku jadi mem besar, dok blakang. Studi.... Jumpa la istilah yang aku tak pernah dengar.

MPK = Manual Prosedur Kerja
FM = Fail Meja

Terus pening kepala aku. Ok stop. Jom blogging. Confirm tak sakit kepala dah. Haha.

Pastu baru terpikir, tugasan individu aku tak siap lagi. Naya la. Ok, sakit kepala balik !

Tajuk tugasan aku :

Encik Rahim telah dilantik sebagai seorang Ketua Pengarah di sebuah jabatan kerajaan;
a) Bagaimanakah dapat ditentukan bahawa beliau mempunyai sifat kepimpinan yang unggul?
b) Jelaskan ciri-ciri seorang Ketua Jabatan yang mempunyai kepimpinan berkesan.
c) Huraikan cara-cara untuk mengelakkan perbuatan pilih kasih dalam tindakan-tindakan di kalangan ketua organisasi.

# aku tak ada jawapan pun lagi, tapi kawan2 cakap google je. then edit sikit-sikit. dah siap. yang penting hantar tugasan. Larat ke diorang nak baca semua tugasan tu. So operasi google-edit-print akan ditunaikan pada hujung minggu ni #

Friday 27 April 2012

TerFRUST SEKEJAP

Tak suka perasaan ini. Rasa macam ada benda tersekat dan terbuku je. Actually tak ada benda pun sangat, tapi aku pun tak tau la kenapa nak sentap terlebih. Emosi terganggu. Pergh.........



Belan la, last2 minute suruh aku apply cuti on next Monday. Kan Selasa minggu depan cuti Hari Pekerja, so dia suruh la aku sambung cuti.

Kitorang memang plan nak ke KL hujung minggu ni. Famili Belan (from B.Pahat, Johor) turun KL,so kitorang boleh jumpa famili dia sekali. Gaji aku pun dah masuk, so mood berjalan plus shopping tu ada la sikit2 kan. Plan nak gerak pagi Sabtu dan balik petang Ahad.

Sekali mak Belan cakap diorang tak jadi turun KL. Reason, pagi Ahad tu ada kenduri kat kampung, so wajib attend. Famili Belan ni agak dihormati la dalam kampung tu, bekas Pengetua la kan. So
macam tak best je kalo diorang ni tak penuhi mana-mana jemputan, tak kisah la majlis apa pun.

Tapi Belan ni macam nakkkkkk sangat jumpa Mak dia, so dia pun paksa la Mak dia datang gak petang Ahad nanti lepas kenduri tu. So logiknya, takkan la kitorang just jumpa famili dia untuk sejam dua je kan. Gila apa. Dah la kitorang ni dok kat Perak, famili Belan kat Johor, bukan boleh kejap-kejap nak jumpa. Kalau pun nak jumpa, cucu-cucu diorang ni pun aku kena usung. Kang Abg Auf dengan Adik Ajim ni tak kenal pulak Tok Wan dengan Tok Aki diorang.

Tu yang last minute Belan suruh aku apply cuti on next Monday. Yang nak jadi frust sangat tu ialah...........................................................






.............. CUTI AKU TIDAK DILULUSKAN...............


Sentap la.
Sentap kuasa dua bila cuti Belan luluskan pulak. Aku kerja gomen, dia swasta, dia pulak senang cuti.
Sentap kuasa tiga bila bos pulak pergi citer hal aku mintak cuti lewat sangat dalam meeting. Pe hal ni bos, cuti ni benda personal, yang nak heboh kat orang pesai. Tapi aku rasa bos aku wat perang saraf dengan aku ni. Disebabkan seluruh opis aku dah tau cuti aku hari Isnin tu tak diluluskan, agak-agak aku berani tak pergi amik MC hari tu. Psiko la bos aku ni.
Aku pun bengong gak, patut tak payah la apply cuti, MC je terus hari Isnin tu. Aku bukan tak nak buat macam ni, aku ni pun bukan la baik mana. Setan gak kadang-kadang tu. Tapi tahun ni aku dah amik 4 hari MC gara2 aku selalu demam masa awal tahun ni. So aku taknak la jadi pendahulu carta pemegang MC terbanyak, aku dah la baru kat opis ni, bagi la senior pegang takhta. Tapi tu la, niat dah baik, jadi macam ni pulak.

One day gak la aku stress. Dengan Belan dok paksa aku MC gak Isnin nanti. Pastu dia kata nak gi KL dengan Abg Auf je la. Tinggal aku dengan Adik Ajim. Weih, i nak ikut okkkk. So setelah aku bermonolog sorang2 selama 24jam, Allah bagi la aku idea.

Aku, Belan, Abg Auf dan Adik Ajim akan ke KL pada hari Isnin right after aku habis kerja pukul 1.50pm.

Alhamdulillah,Belan setuju. Walaupun nanti kitorang just dapat jumpa famili Belan selama sehari sebab petang selasa dah nak balik Perak. At least, kami sekeluarga dapat spend masa ngn famili Belan sama-sama. Tak de la separuh kat Utara, separuh kat Kl. Takde la bunyi aku ni menantu hantu. Haha.

Tapi aku still frust bila terpikir kenapa laaaaaa aku boleh terbaekkkk hati sangat gi mohon cuti walaupun aku tau kebarangkalian cuti aku tu nak diluluskan adalah sangat tipis. Kalo la boleh undur waktu, aku memang confirm tak nak apply cuti, so aku boleh senang hati MC, and seluruh opis aku pun tak tahu la benda ni. Yang penting, aku tak payah perang saraf dengan bos. Penat! huhuhuhuhu........

ABG AUF vs PAMPERS

Apabila raksasa membuka pampersnya. Maka, terserlahlah keganasan rupa, kekuatan tenaga dan paduan suara. Grrrrrrrrrrr............








Entah apa-apa abg Auf ni, nak bukak pampers je pun. Macam nak bukak cawat besi je lagaknya. Hover! Siap tak bagi aku tolong, nak buat sendiri. Ok fine, anak aku dah mula belajar berdikari. Tapi kalo dah sampai babak ambil gambar nak bukak pampers pun dah selesai, tapi Abg Auf ni pulak tak selesai lagi bukak pampersnya, maka aku pulak la yang jadi raksasa nya. Bengang aku, lambat beno. Aku dah pusing rumah 14 kali dah (umah aku kecik je...)..Sudanhnya, aku gak la yang bukak pampers. Abg Auf nangis sebab aku marah dia terhegeh-hegeh. Ok, objektif pembelajaran tak tercapai hari ini. Maaf, mama ko ni bukan as penyabar as papa ko. Fullstop.

PERSATUAN S.L.A.D.

Petang Rabu ada perjumpaan ketiga persatuan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD). Aku handle sorang sebab partner aku dapat job lain last-last minit. Melompat gak la aku tiba-tiba nak handle sorang. Tapi partner aku ni very the kind the hearted the person, so dia suggest buat aktiviti reka pakaian tradisional. I follow jerss. Tapi last aku tukar jadi aktiviti reka robot futuristik daripada newspapers, so boleh la clients aku panaskan enjin imaginasi diorang. Kalau buat pakaian tradisional, kang yang diorang reka mesti sari je ke. Tak sari, mesti dhoti, tak dhoti mesti sari... paling cikai pun punjabi suit la kan. Dah majoriti client aku ni berbangsa India. Mesti punye la... So,tukar plan, kita buat robot!














Monday 23 April 2012

BLOGGEROID

Aku baru install Bloggeroid. Tapi dah tengah malam tak berapa muda ni. So aku try je la wat short entri ni..Saje mengetest.. Sebelum ni aku guna Bloggerdroid. Suam suam kuku je la sebab aku tak boleh letak gambar in between text.. Gambar aku semua keluar kat atas je. Yang Bloggeroid ni kalo ikut specification nye boleh la place gambar in between text. Nanti la aku try. Nak tido dah. Abg Auf dengan Adik Ajim dah tido, better pun aku pergi jenguk alam mimpi before sorang2 bangun mintak susu. Belan takde, tido BM.

Saturday 21 April 2012

3 TAHUN 5 BULAN

Belan tetiba pulak jadi so sweeeeeeettttt... Wish aku wedding anniversary ke 3 tahun 5 bulan..siap betul2 tengah malam dia sms aku..tapi aku tak balas pun...aku dalam fasa mogok kat dia sekarang ni...kenapa? cannot tell ya....:P


kitorang kawen 21 November 2008.. So selalunya bila2 21hb memang kitorang wish la ulangbulan perkahwinan kitorang.. tapi selalunya aku je yang ingat sebab aku yang selalu alert bab tarikh ni. Belan ingat anniversary 21 nov je...Kalo dia ingat yang ulang bulan ni pun biasanya mesti dah terlepas, dan selalunya aku sengaja tunggu dah lepas beberapa minit baru aku ungkit dia lupa ulangbulan perkahwinan kitorang. Kejam tak aku..Haha...


So semalam dia boleh ingat pulak kan. Maybe sebab aku dalam fasa mogok dengan dia, so aku rasa mesti otak Belan bekerja keras memikirkan kenapa aku mogok. Maka kemungkinannya adalah kerana dia akan lupa lagi ulangbulan perkahwinan kita.. Sian Belan.. Sorry bang, i merajuk sebab lain ye, teruskan berfikir. :)


Hari ini Belan balik. Dari Rabu dia stay Bukit Mertajam. So hari ni lepas kerja pukul 5.30pm dia harus balik ye Belan. Anak2 tunggu ni. Mama pun tunggu, malam ni mama nak rest ye, dah 3 malam mama sorang-sorang jaga anak2..malam ni turn papa..Ahaksss...


Belan ni selalu ada masalah mengeja bunyi "nya"..

punya jadi puya...

macam dalam msg tu, selamanya jadi selamaya..


Heran aku, betul ke Belan punya BM ni A masa SPM. Eja pun bersepah lagi ni...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday 20 April 2012

Al-Kuliyyah : AKU INGIN CANTIK

Syarat untuk bergaya :


1.  MENUTUP AURAT - ni sah-sah la wajib kan.


2.  TIDAK MENYERUPAI GAYA YANG TIDAK MENGIKUTI SYARIAT.


Contoh : Memakai baju yang mempunyai imej atau lambang salib / syaitan.


3.  TIDAK MENYERUPAI LELAKI BAGI PEREMPUAN, DAN SEBALIKNYA.


Contoh : Pengantin lelaki memakai perhiasan wanita ketika bersanding kerana adat ini tidak berlandaskan  syariat Allah, even lelaki pakai rantai tu pun bukan adat Melayu melayu sebenarnya, so HARAM.


Hal-hal Lain

1.  Botox = HARAM. Memakai botox adalah haram kerana tujuan memakai botox adalah dengan tujuan untuk cantik. Biasanya manusia yang tidak bersyukur dengan pemberian Allah yang memilih botox untuk lebih cantik. Ye, memang akan lebih cantik,tapi berapa lama kecantikan tu boleh bertahan sebelum botox tu beri mudarat kat pemakainya? Tu belum lagi masuk kes yang pakai botox tapi jadi lagi huduh pulak lepas, nasib la! Namun Botox dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan untuk kes apabila kena strok bagi membetulkan muka atau mata yang herot. Botox yang ini lebih kepada tujuan kesihatan, maka dibenarkan, sekiranya mampu.


2.  Cabut bulu kening juga adalah haram. Perkara ini memang jelas. Sesiapa yang menuntut ilmu pasti tahu benda ni.Tapi adakah kita tahu yang mak andam yang kerjanya mengandam pengantin dan cabut kening pengantin juga berdosa walau dia cabut kening orang lain, bukan kening dia. So si pencabut dan yang dicabut keningnya sama-sama berjemaah dapat dosa.


3.  Pendakap gigi. Hukum memakai pendakap gigi adalah harus kerana tujuan pemakaian adalah untuk perubatan. Hadis nabi menyatakan golongan yang mengasah gigi adalah golongan yang dilaknat Allah. So braces  atau pendakap gigi hukumnya harus tapi mengasah gigi adalalah haram.


4.  Bergaya mewah. Tidak salah pakai pakaian berjenama atau bergaya mewah, dengan syarat kita sememangnya mampu.  Tapi hukumnya akan jatuh haram kalau kita tak mampu,tapi nak juga bergaya mewah. Islam tak suruh benda tu semua. Apatah lagi yang sampai berhutang sebab nak beli barang yang melebihi kemampuannya. Sudahlah  pinjam, lepas tu tak mampu bayar. Satu lagi, even kita mampu atau dengan kata lain kita ni kiranya kaya la kan tapi kalau kita tak bayar zakat, bermewah tanpa membayar zakat,hukumnya haram. Kenapa? Sebab ada hak orang lain (zakat) yang kita gunakan atau belanjakan untuk kepentingan kira. Sama juga kes suami yang melaram sakan tapi nafkah anak bini terabai. Contohnya suami isteri yang bercerai, tapi suami tak bagi nafkah anak.


Wallahualam. Semua notes ni aku dengar tadi dari program Al-Kuliyyah TV3 pukul 5 petang. Untuk ingatan aku sendiri. Menambah ilmu di petang Jumaat.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday 19 April 2012

CUTI LAGI : KEPUTERAAN SULTAN PERAK KE-84

DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH


Sultan Azlan adalah Sultan Perak ke 34. Mula menaiki takhta pada 3 Februari 1984 ketika aku genap sebulan menjengah dunia ni. Sekarang, aku dah anak 2 pun, kira lama juga Sultan Azlan ni memerintah Perak.


Selalunya akan ada celebration di Bandar Kuala Kangsar ni, yela, kata Kuala Kangsar Bandar Diraja kan, kena la celebrate birthday Sultan kat sini. Tapi tahun ini macam tak ada apa2 pun, mungkin ditanggungkan atau takde celebration kot. Mungkin Sultan masih berkabung, dalam bulan lepas anakanda Sultan Perak, Raja Ashman Shah telah mangkat (ke meninggal?). So maybe Sultan masih bersedih, dari apa yang aku dengar, Raja Ashman ni la anak yang paling disayangi Sultan Azlan.


Maka bercuti la aku seorang diri di rumah ni. Suami aku kerja di Bukit Mertajam,P.Pinang, sah-sah tak bercuti, even tak balik pun sampai Sabtu ni. Penat aku sorang2 jaga anak-anak,huhuhu... Bila la suami dapat bertukar ni.....Hoping!


Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday 18 April 2012

::: S.M.I.L.E :::

Abg Auf dengan hasil usaha samanya dengan Atok di Jusco Seksyen 18, Ipoh...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday 15 April 2012

SENARAI YDP AGONG SEJAK 1957

1.  YDP DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN


Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad.


Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama pada 2 September 1957 dan mangkat ketika memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1 April 1960. Tempoh jawatan : 3 Ogos 1957 - 1 April 1960


2.  SULTAN SELANGOR


Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'iddin Sulaiman Shah.


Baginda mangkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua pada 1 September 1960. Tempoh jawatan : Menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong sejak 4 April 1960 berikutan kemangkatan Tuanku Abdul Rahman


3.  RAJA PERLIS


Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.


Tuanku Syed Putra adalah Raja paling muda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu pada usia 40 tahun. Baginda ditabalkan pada 4 Januari 1961 dan mangkat pada 16 April 2000. Tempoh jawatan : 21 September 1960 - 20 September 1965.


4.  SULTAN TERENGGANU


Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.


Baginda ditabal pada 21 September 1965 dan mangkat pada 20 September 1979. Tempoh jawatan : 21 September 1965 - 20 September 1970.


5.  SULTAN KEDAH


Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.


Baginda ditabalkan pada 20 Februari 1971. Tempoh jawatan : 21 Januari 1970 - 20 September 1975.


6.  SULTAN KELANTAN.


Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.


Baginda ditabalkan pada 28 Februari 1976. Tempoh jawatan : 21 September 1975 - 29 Mac 1979. Baginda mangkat pada 29 Mac 1979.


7.  SULTAN PAHANG.


Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah.


Baginda ditabalkan pada 10 Julai 1980. Tempoh jawatan : 26 April 1979 - 25 April 1984.


Mak aku kahwin, bersalinkan along, then bersalinkan aku dalam tempoh Agong ni memerintah. Ekspress Rakyat la mak. Ok, sambung.....


8.  SULTAN JOHOR.


Sultan Mahmood Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.


Ditabalkan pada 15 November 1984 dan baginda mangkat pada 23 Januari 2010. Tempoh jawatan : 15 April 1984 - 25 April 1989.


Adik aku, Ancik dilahirkan dalam zaman Agong ni memerintah.


9.  SULTAN PERAK ( Sultan Paling Hensem…heee)


Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Ghafarullahulahu Shah.


Baginda ditabalkan pada 18 September 1989. Tempoh jawatan : 26 April 1989 - 25 April 1994.


Adik aku Shidada dilahirkan pada tahun 1994.


10. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN.


Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.


Ditabalkan pada 22 September 1994. Tempoh jawatan : 16 April 1994 - 25 April 1999. Baginda mangkat pada 27 Disember 2008.


11. SULTAN SELANGOR.


Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah.


Baginda ditabalkan pada 23 September 1999. Mangkat pada 21 November 2001 ketika memerintah sebagai YDP Agong ke-11. Tempoh jawatan : 26 April 1999 - 21 November 2001.


Aku memang tak boleh lupa insiden yang berlaku kesan daripada baginda mangkat. Kesan pada aku! Sampai sekarang aku ingat lagi. Hmm...Dalam entri lain aky story mory eh.


12. RAJA PERLIS.


Tuanku Syed Sirajuddin Ibnu Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.


Baginda ditabalkan pada 25 April 2002. Tempoh jawatan : 13 Disember 2001 - 12 Disember 2006.


13. SULTAN TERENGGANU


Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.


Baginda ditabal pada 26 April 2007. Tempoh jawatan : 13 Disember 2006 - 12 Disember 2011.


14. SULTAN KEDAH


Sultan Abdul Halim  Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.


Baginda ditabalkan buat kali yang kedua sebagai Yang di- Pertuan Agong pada 11 April 2012. Kali pertama ditabalkan pada 1971 sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima.


** Rujukan dari Harian Metro, Rabu, 11 April 2012. Tarikh pertabalan yang dinyatakan adalah tarikh pertabalan sebagai YDP Agong, bukan sebagai Sultan/Yang Dipertuan Besar di negeri masing-masing .


*** Entri ini adalah sebagai rujukan untuk aku sendiri, almaklumlah, 8 Mei ini aku akan pergi menghadiri Kursus Induksi. ***


Published with Blogger-droid v2.0.3

Saturday 14 April 2012

BATTLESHIP MOVIE

Semalam mood meronggeng aku datang lagi. Even duit tarak (bulan 3 tak dapat gaji,sebab opis lama aku salah buat slip gaji akhir,bulan ni InsyaAllah adaaaa), aku cekau je la mana yang ada. Ni semua gara2 aku abis keje dalam pukul 11pagi! Banyak masa lagi weih, anak-anak semua d nursery, hehe..


So selamat la aku dan adik aku Shidada tengok wayang kat Taiping Sentral, 2.30 pm-4.30pm.


Gila best cerita ni. Sampai aku boleh terpikir nak join Navy ni. Dah la baju smart, kerja macam WOW.. tapi berangan je la weh.. Tapi serius, memang best, tak rugi aku pergi ronggeng tengok wayang. Ada part tu alien ni nyaris2 nak bunuh budak, aku dah menggelupur teringat anak2 aku kat nursery, kalau alien tengah serang kampung aku, adehhhh...


Peter Berg yang produce cerita ni. Hero dia pulak ialah si hensem tapi pendek Taylor Kitsch, heroin pulak aku tak minat la awek Kitsch ni, bagi aku Rihanna la heroinnya. Kalo awek si Kitsch tu setakat tayang body je la, sebab body dia la pun dia dapat jadi heroin, ye tak?


Hmm, lama sangat dah tak tengok wayang, bile last ek? Yang pasti tahun lepas aku tak ada tengok wayang langsung, so macam dah 2tahun aku tak menziarahi wayang ni, semalam pulak terziarah. Macam best pulak tengok wayang hari Jumaat kan, macam nak jadikan rutin bulanan ke lepas ni, boleh ke Belan? Hahaha.....


Sedih menyaksikan berapa ramai LELAKI  yang selamba badak je makan dan minum2 kat foodcourt, SOLAT JUMAAT? Wassalam la jawapnye...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday 11 April 2012

DAULAT TUANKU !

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah


SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG 14

ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH


Dan


SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUANKU HAJAH HAMINAH


sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV


11 April 2012 Bersamaan 19 Jamadilawal 1433H


Published with Blogger-droid v2.0.3

Saturday 7 April 2012

HEROES OF MINE

Abg Auf

~semakin bijak berkata-kata...

~semakin demanding.. nak minum susu pun kena ikut warna botol susu yang dia order..biru..hijau..oren...u r the boss Abg Auf...

~abg yang boleh diharap... alhamdulillah part ni yang sangat legaa. dia rajin tolong aku..tolong ambilkan pampers, tolong ambilkan botol, tolong tengok-tengok adik even kdg2 aku kene usha2 gak dia... sekarang dah rajin tolong aku mandijan Adik Ajim.. dengan aku sekali lenjun!


Adik Ajim

~dah pandai meniarap and angkat dada tinggi-tinggi...

~badan semakin susut..sedih..sejak stop breastfeed ni selalu sangat tak sihat..ni pun dok batuk dan selsema...cepat sihat ye Adik Ajim...

~murah senyuman tapi kurang bersuara...selalunya dia merepek sorang2 time dah mamai sebelum tidur...kalau tiba2 dia diam lepas tu maksudnya dah lena la tu..


Mama sayang both Abg Auf dan Adik Ajim.. Semoga membesar menjadi anak yang mendengar kata, anak yang mendoakan ibu bapa, anak yang membawa ibu bapa ke syurga.. Amin.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday 6 April 2012

GOOD FRIDAY HOLIDAY, YAY!

Firstly, aku tak celebrate Good Friday ni ye. Eh, Good Friday ni celebration ke apa eh,huhu.


Opis aku tutup sempena Good Friday ni. So takkan la aku nak memberontak pergi kerja gak kot,meroyan pe. Orang bagi cuti, bedallll laaaa.


Dulu masa aku kerja di Sarawak setahun, merasa gak cuti Good Friday ni. Tapi sekali je la. Tahun ni kira tahun kedua aku merasa cuti Good Friday ni. Menatang apa Goood Friday ni pun aku tak tahu. yang aku tahu, client aku merungut sebab diorang tak merasa cuti pun hari ni, kena pergi sembahyang katanya. Aku, tak masuk campur ye.


Aku bahagia. Dapat spend masa dengan Abg Auf dan Adik Ajim hari ini. Belan kerja.


Published with Blogger-droid v2.0.3

ABG AUF DEMAM

Sian anak aku Abg Auf ni. Sakit mata tu dah tak ada rasanya, demam pulak tak hilang-hilang. On-off dari Jumaat hari tu.


Anak-anak aku kalau demam memang ini la uniform diorang. Pampers semata-mata.


Abg Auf ni ada sejarah fit (sawan). Mase dia umur dalam 14 bulan ke, dalam  Oktober 2010, dia demam panas. Siap haritu Belan amik cuti terus sebab petang tu kitorang nak ke Kompleks Haji di Kelana Jaya. Parents aku nak pergi haji malam tu.


Balik dari hantar parents aku, kitorang rush balik Kajang, sampai pun around 12am. Abg Auf pulak makin panas demamnya, si terus decide maduk ubat montot. Then baru nak lelap mata, tetiba je Abg Auf ni macam terkejut-terkejut. Terangkat tangan, mata pulak tinggal mata putih je. Panik aku! Aku pangil Abg Auf tapi dia tak menyahut, dengar bunyi dia nafas tertahan-tahan je. Tapi alhamdulillah, dia fit tak lama, dalam 2minit je. Fit ni kalau lagi lama lagi bahaya.


Bila dia dah lepas fit tu, terus dia terlena. Badan diorang jadi lemah, tu yang terlena tu. Kitorang rush pergi Hospital Serdang. Aku malas pergi hospital Kajang sebab aku ada bad experiance dengan bahagian emergency dia.


Abg Auf warded for 4 days. Aku langsung tak cerita kat parents aku yang pergi Mekah, biarlah mak ayah aku beribadat dengan tenang kat Mekah. Tapi diorang macam tau-tau je. Jenuh juga la aku meng cover line, yela, time diorang call, mesti la aku kat dalam wad, kene gak cover background bunyi tu biar tak bunyi macam kt hospital.


Aku dengan Belan la gilir-gilir jaga Abg Auf kat hospital. Susah sangat rasa masa tu. Dengan komitmen kerja, bos yang tidak memahami keadaan kita, keluarga semua jauh. Seumpama hantak aku dan suami ni yatim piatu. Agaknya macam tu la nanti rasanya kalau kita dah tak ada mak ayah nanti. Bukan tak ada kawan yang datang membantu, tapi rasanya tak sama kalau yang membantu kita tu ialah mak ayah kita.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday 1 April 2012

ABG AUF SAKIT MATA

Abg Auf sakit mata dari malam pagi Khamis lagi. Masa aku nak pergi padang tengok clients aku untuk MSSD,aku tengok mata dia dah merah. Tapi tak ada plak tahi mati ke ape. kan orang sakit mata nanti mata banyak tahi mata.


So aku budget ni bukan sakit mata,ni kene gigit binatang masa tido tu kot. So aku biar je la. Petang tu aku balik lepas penutup MSSD, aku tengok mata dia dah berair-air, siap pakej tahi mata lagi. Ok, SAKIT MATA.


Malam pergi klinik, doc ckp ni baru intro je sakit mata. So doc nk bg MC kat either aku or Belan sebab esok Abg Auf rak boleh pergi nursery, takut berjangkit. Aku kata, bg suami la, since Jumaat aku kerja sampai pukul 12.30tgh je, rugi la MC tu.


So,rezeki suami alu la dpt MC ..But Abg Auf ni, sampai arini, mcm tu la mata dia. Berair dan merah,tahi mata tak ada plak. Demam dari semalam.


Published with Blogger-droid v2.0.3