Sunday 5 February 2012

SIAPA BETO KUSYAIRY NI ..

Tadi ada ulangan cerita Kashaf Imani kat Astro.. Harus aku tengok...Reason?


BETO KUSYAIRY !


Siapa Beto Kusyairy ni. Aku sendiri pun tak sure bila dia ni start berlakon. Aku start suka usha dia berlakon masa tertengok cerita Geng Surau.. Itupun bukan episod pertama, masa aku tengok tu dah babak Beto aka Mayat (nama watak dia dalam geng surau) terbom kambing.. Aku tengok sempoi je mamat ni berlakon.. Very the neutral.. Plus ngan muka melayu sejati, tinggi dan kulit sawo matang dia.. Terus aku tangkap cintan dengan mamat Beto ni. Sampai laki aku pun macam pasrah la aku minat gila ngan mamat ni.. Buktinya.. Tadi dia tengah tengok bola, pastu aku minta nak tengok si Beto ni berlakon, terus dia  beralah.. Luv u Beto! Woi, statement tak hengatt...erm.. Luv my hubby even more... Cover balik... Haha...


Tapi memang lakonan Beto ni mantap la wa cakap lu.. Contohnye dalam cerita Kashaf Imani ni, 3 kali dah aku tengok.. 3kali gak la aku nyaris nak meraung.. Gila sentap la penangan Beto ni.. Geng surau tu ntah berapa kali aku khatam ulang tengok, sampai aku terpikir, entah2 nanti anak aku terkenan dengan Beto. Tahun lepas kan aku pregnant, pastu kan banyak  ulangan cerita geng surau.. sampai cerita Juvana pun aku boleh tersangkut, bukan sebab Botak aka Johan Ashari tu, tapi sebab Beto, even watak dia tak menyerlah sangat. Kalau Beto yang jadi Botak, mesti lagi meletup!


Siapa tengok drama bersiri Wasiat? Beto ada berlakon.. Aku tengok sekali je, tapi lepas tu aku tak tengok dah sebab aku tak berkenan dengan watak Beto tu, tak menyerlah sangat. Haha, Beto tu sah-sah cari makan, mestila dia buat je job yang datang.. Tak kan nak tunggu semua watak hero je baru nak accept job, alamat kena cop demand la nanti..


Sekarang ni de cerita bersiri Beto dengan Nabila Huda, pe tajuk dia eh.. Pelangi Kasih ke.. Entah,aku lupa.. Yang ini aku tak berkesempatan nak tengok..Dah siaran  selasa-khamis kul 10.30 malam.. tak de nye aku nak ingat Beto time ni, laki aku pun aku tak ingat dah time ni..Yang aku ingat, tilam dan bantal je..


Aku dulu pernah add Beto Kusyairy ni kat facebook, tp dia tak approve la.. Huhu.. Tapi masa tu boleb view profile dia.. Beto ni dah kawen rasanya, dari gmbar yang aku tengok kat fb dia la.. Pastu dia ada list la cerita yang dia pernah berlakon. Gila banyak. Aku tak sedar langsung kewujudan dia nk. Tambah sebelum start berlakon, Beto ni sebenarnya banyak jadi Stuntman rupanya..


Aku harap Beto ni akan lebih sukses dalam dunia lakonan, kot boleh menang award ke. aku still excited bila ada promo cerita yang beto berlakon, mesti aku de simpan niat nak tengok.. hehe.. tapi kan, kalo dapat tengom live..mesti gempak..hahaaha...


Published with Blogger-droid v2.0.3

2 comments:

  1. alooo..tuan rumah..minat beto eh? dia neh best fren hubby ai..kt luar mmg ensem beb..wife dia pon cun..sama2 blaja masa uitm dulu..dah lama kwen tp lom ada rezeki dpt anak smpai skrg. Umah family dia kat Taman Ehsan, Kepong..hehehe siap promot beto lg tuh..he's veru humble..x blagak pon kalu kt luar and even joker sometimes..

    ReplyDelete
  2. alamak..malu la ai...
    ai minat dari jauh jee...hikhik...
    kirim slm la kat bes fren hubby u tu eh....
    suruh dia jd bes hubby i plak la...
    haaaaaa......

    ReplyDelete