Monday 26 November 2012

Anak emak

Bismillahirrahmanirrahim.
Kena baca bismillah dulu. Biar mood rajin nak update blog aku ni bertahan sampai abis aku taip entri ni. Banyak kali dah aku taip separuh jalan pastu aku discard je entri tu. Mood menaip dah ke laut.

Ok, solat asar udah. Abg Auf tengah tido. Adik Ajim baru tido. Atuk Sam gi ambik Opah Rodi balik dari keje. K, diorang pun xsampai lagi. Belan lg laaa lambat nak sampai rumah. Takpe. Meh nak feeling macam takde keje jap :P

Hari Ahad aritu masa g shopping di Tesco ngan anak2. Rutin bulanan tu. Abg Auf tu kalo suruh pilih antara Jusco, Tesco, Giant n segala yang seangkatan dengannya, confirm bin sahih bin pasti dia pilih Tesco.
Bagus tak Belan didik anak dia. Kalo Abg Auf pilih Jusco, dengan sekarang ni tengah year end sale nya, dengan aku sekali menggelupur dalam Jusco tu. Haha..

Balik dari Tesco, sampai rumah ngam2 azan Asar. Bebudak tido dlm keta. Aku angkat masuk rumah pun tak sedar. bagus la anak2, mama nak layan tv.

Dok layan2 tv. Tukar chanel sana sini. Aku stop kat program ni.



Tak perasan program ape ni? Takpe, klo tengok hos dia confirm tau program ape.



Haa.... Dah ada idea ke program menda? Cepat, sape teka betoi aku belanja makan. Tapi kena datang amik aku kat rumah la ye..Heeee...

Ye, Selami Jiwa. Masa ni topik Anak Emak. Tak kisah la anak sapa. Tapi tetamu dia aku sukeeeeeeeee...



Fizo Omar. Ohmaiiii... Hmmm Tapi kan, aku tak tau pulak dia ni anak emak. Dari cerita tu mmg mak dia sayang betoi la kat dia. Kalau dia balik dari shooting, sampai rumah kul 4-5 pagi, nanti mak dia akan bangun tido n spend masa sembang2 sampai la masuk waktu Subuh. Bukan calang2 gak la nak jadi mak macam mak Fizo ni. No wonder dia sayang sgt mak dia. Besar pengaruh mak dia dalam hidup si Fizo ni.
Tetamu perempuan tu nama Nurul kot. Dia kahwin ngan seorang suami yang anak emak. Raya pertama lepas kahwin, kena balik kampung suami. ok tu biasa la kan . So next raya kampung isteri la pulak kan patutnya. Tapi suami dia just hantar dia ni balik kampung, Kedah or Perlis, then suami dia balik kampung sendiri kt Kelantan. Reason : Suami tak ready lg nk beraya tanpa mak dia.
Hadoi. Tapi aku tengok dia pun relax je crita. Untungnya mak mertua dia pun sayang dia. Pastu dia pujuk mak mertua dia suruh pujuk suami dia ikut beraya kat kampung dia. Bagus kn stategi tu.

Kalau jodoh kahwin dengan anak mak ni sebenarnya ada buruk baiknya. Kajian yg Dr. Fazilah Kamsah cakap, lelaki yang anak emak ni seorang lelaki yang bertanggungjawab. Sangat menghormati wanita.
Ciri2 suami yg baik kan? Macam kes Nurul tadi. Dia pun jenis pandai amik hati mak mertua. Dia gunakan pengaruh mak mertua dia untuk pujuk suami dia. Hasilnya kan positif. Bertuah n rezeki Nurul la. Cuba bayang klau mak mertua yg jenis memang nak anak lelaki dia berkepit dengan dia. Ape perasaan isteri tu.

So, lelaki anak mak ni perlu ingat n selalu aware tentang perasaan isteri. Isteri kena pandai-pandai la.

Kepada gegurl yang sedang bercinta dengan lelaki anak emak. Klo rasa korang nak diberi perhatian 100% kat korang. Sila lah undur diri. Anak emak ni sesuai untuk gegurl yang pandai bawak diri n matang. Hmmm.. tu pendapat aku je. Heeee..

Actually aku nak tunjuk ni sebenarnya.



Nampak tak makcik tudung coklat, duduk belakang budak muda baju kotak-kotak.

Itu lah mak saya. Opah Rodi.
Hikhik..

No comments:

Post a Comment