Friday 20 December 2013

YEAY... DAPAT DAH!!

kalau dah hujung2 tahun macam ni selalunya memang aku tunggu barang ni dari Belan
wajib..
tiap2 tahun mesti dapat...
tak kisah la free ke..
Belan g beli ke..
yang penting aku nak dapat dari Belan...
Mengadakan aku?
Haaaahaaaa...

Tadi lepas solat jumaat Belan balik rumah..
Makan tengahari kat rumah..
Aku masak simple je...
Sayur campur..
Ikan dory goreng guna tepung kfc..
Sup daging..
Lauk orang malas kan..
Aku ni semedang je malas nye kan..
hahaha

Lepas makan Belan pun bagi la benda ni kat aku..

diary / planner 2014..
Yeay!!!

 Ni dari company Belan.
eh, bukan company dia, dia makan gaji je ngan company ni..
Heheh..
Cantik kan planner ni..
Warna Dark blue belah luar..

Belah dalam dia warna merah terang..
Ada reben penanda macam orang ngaji quran tu..
hehhehe..
Tempat pen pun ada..tapi pen nye xdapat pakej sekali eh Belan?

Suke..Suke..Suke...
Tq Belan!
Benda ni la aku tunggu setiap hujung tahun..
Pesai pe ntah..
Cam seronok je dapat planner baru..
macam executive je..ceh perasan di situ..

Opis aku pun ada gak..
tapi yang tu kes wajib beli...
tebal gedabak plak tu,..
pastu penuh dengan info2 aku tak baca langsung pun..huhu..
kesimpulannya : Aku tak minat!




Wednesday 27 November 2013

MAKA CUTI PUN BERMULA..

Assalamualaikum..

Minggu ni kiranya macam 1st week aku bercuti sekolah..
Actually minggu lepas dah start cuti sekolah..
Tapi aku berkursus seminggu (5 hari), so tak merasa la mood cuti tu..
So minggu ni baru nak bercuti..

Aku cuti memang dok rumah je  la..
Belan bukannya cuti pun..
Takpe la, at least aku leh lepak rumah ngan anak2..
Time ni la nal spend masa lama skit ngan anak2..
Biasa nya hujung2 tahun aku memang rajin nak train anak aku ape2..
Macam hujung tahun lepas aku train Abg Auf diaper free...
Tapi Abg Auf ni kalau nak membuang tu mesti nak pakai pampers gak..
Ye, dia still membuang dalam pampers...
Membuang yang besor la, yang kecik dia buang kat toilet, pandai dah.
So aku nak train dia buang yang besar kat toilet.

Adik Ajim plak aku nak try ajar dia buang air kecik kat toilet.
Dia pun dah selalu sibuk nak buang yang kecik kat toilet, tambah2 kalau dengar abg dia pun nak buang yg kecil tu..
Tapi dia still pakai pampers la, just nak ajar dia supaya mention kat aku kalau dia nak shishi(kencing la shishi tu)...

Salah satu tanda anak kita bersedia untuk di diapers free kan ialah :

Anak sudah pandai memberitahu anda apabila dia perlu ke toilet untuk MEMBUANG AIR...

Ayat Adik Ajim bila nak shishi..
Mama, nak cing..
Mama, cing!

Kalau dah consistent dia keep on bgtau kat kita dia nak CING tu, baru aku tak bagi pakai pampers..
Yela, adik Ajim pun kecik lagi.
baru 2 tahun 1 bulan..
Abg Auf tu aku train dulu sekejap je..
Seminggu je dah berjaya.
Sebab dia dah besar dah baru aku train.
Dah 3 tahun 3 bulan..
Cukup masa dah untuk diaper free..
So untuk Adik Ajim ni kita jgn stress sangat la..
Dia budak baru belajar..

Oh ye, babak dah kencing baru bgtau nak kencing tu mesti ada punya la..
So untuk parents yang nak ajar anak kecil untuk diapers free mesti get ready ye..
Jangan nanti mengamuk plak tengok de banjir kecil dalam rumah korang..
Ia pasti terjadi..
So wat masa sekarang, silalah gulung karpet anda, letak je tikar buluh ke..
Tapi aku banyak guna evamatic mat je..


gambar aku google je..

Untuk abg Auf n Adik Ajim aku belikan yang warna purple..
Aku beli original yang upin ipin punyer
RM40 something kot, xingat,,
Nak beli yang biasa pun ada..
Hehe, aku pun de gak beli yang biasa tu, 
2 keping mat dalam 20rgt rasanya.
Fungsi dia sama je..
Waterproof..
Cuma kalo yang biasa tu dia ringan dan nipis sikit,
pastu macam takde anti slip kat bhgan bawah mat tu..
So selalu lah tersenget sana sini, hehe..

Ok, best of luck untuk aku..
Semoga sebulan cuti ni boleh la aku jalankan rancangan aku tu..
^__^

Tuesday 26 November 2013

DOAKAN ADIK KAMI

Terkejut..
Adik aku, selalu aku panggil dia Pakecik..
Sebab anak2 aku panggil dia Pakecik..
Tapi dia bukan kecik..dah besar
Umur pun dah 25 tahun.

Semalam ( 25 Nov 2013), Opah (mak aku le, anak aku panggil Opah) tepon..
Adik aku kena masuk ward sebab semput..
Adik aku yang Pakecik ni la..
Opah cakap Pakecik kena asma ( semput) sebelum dia gerak balik ke Gerik.
Dia keje kat Gerik.
Opah suruh MC je,tapi dia xnak..
Mungkin de sebab de kawan yang tumpang dia ke Gerik tu.
Kang kalau dia mc, kawan dia tu macam ne plak nak gi keje kan..
Diorang memang dok Gerik, cuma hujung minggu diorang balik la rumah mak masing2 kat sini. 

Rupanya sampai Gerik adik aku terus gi ke emergency amik neb (nebulizer).
Pastu dia bgtau Opah dia kene warded sebab dah amik 2x tapi still tak ok..
Opah suruh mintak admitted to hospital sini, kalo gerik kang sapa nak tengok dia kat sana.
Sekali, dia cakap doc nak hantar ipoh.

Kitorang rasa cam pelik gak, pe hal gi ipoh plak, teruk sangat ke,,
Cakap kat tepon ngan adik aku tu macam ok, tak teruk sangat,
Ade la bunyi mengah tu, tp still boleh bercakap..
Normal la orang kalo dah semput, cakapnya mestilah termengah-mengah kan.

Takpe la, kitorang plan jumpa kat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Sampai sana sekali  dapat tau Pakecik de dalam emegency hospital ni..
Pelik kan, ingatkan terus masuk wad sini, tapi masuk emergency plak..
Pastu sorang je bleh masuk, so Opah masuk la.
Aku ngan Atuk gi cari parking dulu.

Pastu Opah call.
Bunyi suara macam baru lepas nangis..
Pakecik rupanya dalam zon kritikal.
Amik bantuan pernafasan!
Tak sedar diri..

Astagfirullahhal Azim..
Tak sangka sampai seteruk tu..
Masa aku yang masuk aku jumpa doktor pakar yang handle kes dia,
Dr.Loh
Rupanya paras oksigen dalam darah adik aku dah kurang..
Dalam 80, normal sepatutnya 100..
Dr.Loh cakap tak boleh pakai neb dah sebab paru2 adik aku dah mengecut.
So diorang perlu masukkan tiub dalam paru2 and bekalkan oksigen direct ke paru2..
Tu yang kena pakai tiub and adik aku dibius penuh.
So masa kitorang tengok dia memang tak sedar langsung,
Pernafasan dia pun dikawal oleh mesin.
Aku rasa mcam tak percaya je orang yang aku tengok tu adalah adik aku..
Dr.Loh ckp nanti nak pindahkan adik aku ke ICU..
Lagipun de jangkitan dalam paru2 dia..
Aku tak tau la nak cakap macam ne
Sangat2 terkejut sebab semua ni tiba2 je..

Semalam Opah stay tunggu kat ICU.. 
Aku tak bagi dia tunggu sebenarnya, tapi dah nama nya ibu kan, takakn nak tinggalkan anak dia.
Even dia tak leh masuk pun ICU tu, 
Aku call pagi ni pun still doc tak bagi masuk.
Kena tunggu waktu melawat nanti pukul 1-2 pm.
So..
Jap lagi nak gerak gi hospital tengok adik aku.
Teman mak aku..
Anak2 aku usung sekali,
At least telatah diorang bleh buat kitorang kurang stress..
Sian kat mak ayah aku la..

Semoga adik aku kuat dan melepasi tahap kritikal ni dan kembali sihat.
Semoga kami sekeluarga pun tabah dan kuat menghadapi musibah ini..
Doakan kami,

Gambar takde sebab tak tau la bleh amik gambar ke tak dalam emergency tu.
Plus bateri hp pun sangat2 la ciput..


Monday 25 November 2013

WEDDING DAY OF A FREN OF MINE

24 Nov 2013.

Kenduri kahwin kawan aku dari sekolah rendah. Kawan sekolah menengah pun ye gak. Then form 4 aku masuk asrama . Dia stay tak pindah mane2.





Semua ni kawan sekolah.
Masing2 rasanya dah de kehidupan yang stabil
De 3 orang lagi yang bujang.
Aku yang maju sket dalam bab berkeluarga.
Anak dua dah kan.
Siap baru sambut anniversary yang ke lima dah 21 nov 2013.
Laju tak aku?
Ke gelojoh sangat. Haha..

Anyway, tahniah untuk sahabat aku ni. Syakira n Firdaus. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas kalian dan semoga cepat dimurahkan rezeki.

Thursday 14 November 2013

ABG AUF SEMPUT









Dalam sejarah la aku bawak Abg Auf ni gi amik neb.
lepas neb yang pertama doc ckp masih ade lagi semput tu.
so amik lagi sekali.
Abg Auf dlm semput pun still aktif beno.
Sambil ber neb tu dia bleh bantai baca surah fatihah ngan 3 qul kuat2.. mulut dah kena pekup pun kuat gak suara dia. aku tak larang pun. aku join dia baca surah2 tu lg ada la... tapi aku xde la baca kuat2. gila apa!

Pastu doc ckp Abg Auf kena warded la sebab dia dah amik 2x neb pun x kurang semput dia..

Aku explain la kat doc betul2. mane de orang nak jaga dia. Aku ngn Belan masing2 tak leh cuti. semua dlm critical time. mmg xleh cuti!

Doc ckp ok tp kna amik neb buat kali ke 3. pas neb tu plak kena minum ubt predsolone sampai 20 ml!!

skrg abg auf ok dh sket. tp de mengah lagi..sbb batuk dia xabis2...
cepay sihat eh abg Auf.

Tuesday 5 November 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435H / 2013M

Selamat  menyambut Maal Hijrah 1435 H / 2013 M yang bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.

Setiap kali datangnya tahun baru membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekatlah ajalku, semakin tipislah waktu pengampunan Allah terhadapku, semakin dekatnya hari perhitunganku ... - Abu Hurairah -

Monday 4 November 2013

Atuk Opah Naik Bas

Semalam pukul 12.00pagi  kitorang gi ke Terminal Amanjaya. 
First time masuk sini..
Selalu drop or pick up org kat luar je..
Masa tu merasa la masuk dalam terminal ni..
Tapi sayang..
Dah tengah malam kan, mane de kedai yang bukak. 
Tu mujur de kedai mamak bukak


Aku, Belan ngan Abg Auf g ronda2 dalam nie..
Tengok pe yang de..
Tapi mcm tak best sebab semua kedai tutup kan..
Tak de feeling..
Naik escalator...Pusing2..then turun balik..
Hmmmm..




Pastu nampak si kenit ni.. Dari atas dah dengar suara dia terjerit-jerit...Anak sapo la nih!

 Ini budak la..
Adik Ajim nama nya..
Gile kentang excited nya..
Apa pasai ntah!..
Mula2 aku syok je tengok dia berlari sana sini..
Tapi lepas tu dah start terguling-guling..
Panjat tangga..
Rimas la gak..
Sikit punya susah nak amik gambo dia,,,
Sesaat pun tak diam..


Yang lain2 semua lepak dalam kedai mamak Di Naina.
Adik Ajim ni dalam kedai mamak ni pun dia nak berguling2..
Dah la lantai kedai mamak ni terlebih bersih,,
Geram aku tengok..
Tak pasai2 dia tolong mamak tu mop lantai!.
Upah mana la dei!


Abg Auf mau plak bantai roti canai gula ngan teh tarik..
Belan minum lai ci kang suam..
Aku?
Aku diet..hahaha..
Dah pukul 12.45 pg kot!
Takkan nak makan kot..
Lapo tu memang la...
Tapi mujur de wifi..
So aku layan tenet je la..
Adik Ajim yang menggila tu biar adik aku handle..
Hahaa..

Owh, lupa..
Atuk ngan Opah yang naik bus kul 1 pagi,
Bus ni direct ke LCCT..
Pagi sok kul 7 diorang nak naik flite ke Labuan..
Adik Aku Shidada wat degree kat UMS Kampus Labuan..
Diorang cuti seminggu..
So mak ngan abah gi jalan2 Labuan ngan adik aku kat sana..
Aku kumpul duit dulu.,
tahun depan leh jalan Sabah..
Harap2 la murah rezeki kami sekeluarga nak ke sana, InsyaAllah

Tadi call opah, semua dah slamat sampai kat Labuan.
Dah jumpa dah ngan Shidada..
Seronok la dia tu,,,
Jumaat nnt diorang balik..

K la..nak siap2 nak kluar ni..
Tengah tunggu Belan balik dari pekan.
Assalamualaikum.

Sunday 3 November 2013

HARI UNTUK ABG AUF..

Ni kejadian pagi semalam, 2 Nov 2013.


Hari ni tadika Abg Auf de Majlis Penyampaian Hadiah.


Buat di wakaf surau je. Majlis sederhana je. Ni bukan majlis graduasi. Just penyampaian hadiah je. Graduasi buat minggu depan. Yang tu untuk pelajar 6 tahun je. Abg Auf baru 4 tahun. Kalo dia pun graduasi, alamat 3 kali la nanti dia bergraduasinya.

Ni muka budak yang moody sebab kena bangun awai arini. Biasa dia bantai tido smpai pukul 9. Arini kul 7 kena bangun mandi. Hangin la kawan tu..hehehe...

Pesembahan dari pelajar 5 tahun. Kelakar. Diorang ni nyanyi suaranya slow n mendayuuuuu je... Malu la kot. TAPIIIII... suara belakang tabir tu lagi kuat..Budak2 4 tahun dan 6 tahun yang ada kat belakang tabir tu lagi kuat. Abg Auf pun ada kat belakang tu..memang clear betoi suara dari belakang. Bukan dari depan.. HAHAHAHA...

Abg Auf sebelum dapat hadiah..Aku riso dia lapo sbb pagi tu x sempat makan. Ktorg bangun agak lewat gak la. Rushing siapkan dia and Adik Ajim. Ada sekali tu aku sorok2 suruh Abg Auf minum air kotak. Aku dah cucuk straw semua dah. Tinggal nak suruh Abg Auf sedut je. Panggil la dia rapat ngan aku sikit. Dia pun minum la dgn byknya. SEKALIIIII....
Kawan Abg Auf ternampak. Pastu leh plak kawan dia tu sebut kuat2...
AIR KOTAKKKK
Pastu kawan2 Abg Auf semua datang dekat..hehehe.. Xde la semua.. Melampau la semua. De dalam 5 org.Mati laaa.. Air kotak nya ada 1 je..so aku suap ke mulut yg jerit air kotak sekejap then terus aku cakap air dh abis! Haha.. Kejam.x..kejam x..kejaaaammm weih..
Bukan pe..aku tgk masing2 yang dtg nak minum air kotak Abg Auf semuanya meleleh je hingus...Virus byk tuh... takut aku virus tu kang jangkit ke Abg Auf ke Adik Ajim ke.Abg Auf tu mmg tgh batuk plak tu.


Abg Auf ni beratur last sekali. Pastu nama dia pun dipanggil last skali. Aku ngan Belab dah gelak2 dah sebab ingat Abg Aug dapat no.last.. Haha.. Lepas-lepas tu aki de jumpa cikgu Abg Auf. Aku tanya la Abg Auf ni dapat nombot terakhir ke. Rupanya Abg Auf dapat no.11 dari 27 org. No.1,2,3 je yang disusun. No.4 ke atas xbersusun pun. Haha... Hebat gak anak mama ni eh.



Adik Ajim ni ikuutttt je abg dia. Nak ngendeng hadiah abg dia la.

Tengokkkk... Dah berjaya rampas hadiah abg. Aku tau perang dah nak meletus lepas ni. cepat2 aku mintak nak balik kat cikgu dia. Cikgu nye pun ckp acara budak 4 tahun pun dah settle dah. Ok. aku pun balik la.

Seperti aku jangka, masuk je dalam kereta, Adik Ajim dah start meronta dan mengamuk. Penatt ooo pegang budak mengamuk ni. Dengan aku skalu jadi mangsa amukan dia. Ganas betul anak no.2 aku ni.







Ben 10. Angry Birds.
Memang la anak aku menggelupur nak sorang satu. tak main la kongsi-kongsi. Terpaksa la aku ngan Belan g pekan cari hadiah lain untuk Adik Ajim lepas tu.

Ape-ape pun, ni pebgalaman pertama aku hadir ke majlis penyampaian hadiah anak aku sendiri. Hadir sebagai parents la maksud aku. Sebelum ni tiap2 tahun aku g ke majlis penyampaian hadiah, tapi aku la tuan rumah. Kikiki...

TAHNIAH ABG AUF. MAMA PAPA BANGGA DENGAN ABF AUF. HUJUNG TAHUN NI MAMA AJAR AUFA BANYAK2...THN DEPAN BOLEH IMPROVE LAGI KAN... CAYANG DIA!

Thursday 31 October 2013

Selesai Sudah Master's Sun...




Sedey..
Master's Sun dah abis...
Semalam last episod...
Tapi mujur la happy ending..
Mene de citer yang sad ending kan..
Kalo drama bersiri last skali confirm happy ending..
Dah penat-penat kita follow citer tu berpuluh-puluh siri..
Last-last sad ending..
Memang kena kutuk la kan!
Kalo movie tu munasabah gak la nak bg sad ending..
Citer pun paling lama 2 jam..
So bleh la terima kalo ending dia tak macam kita nak kan?
Tapi kalo filem hindustan mane de ending sedey..
Happy ending memanjang...
Sebab tu aku minat hindustan..
Eh..terbagitau plak...
Haha..

So malam ni cerita pe yang ganti citer Master's Sun ni eh?
Aku tak perasan plak kat dalam iklan..
Mesti dah ada iklan nye kan..
Kena bgtau la kat Abg Auf..
Kakak zombie (heroin Mater's Sun) dah takde, dah abis..
Kang meroyan plak..
Besar dah kan Abg Auf..
Dah bleh buat geng layan cerita Korea..
Macam cerita master's Sun ni pun dia join tengok ngan aku setiap episod..
Siap klo nak kluar g makan malam tu pun kena balik sebelum cerita ni start..
Lupa nak mention: Abg Auf panggil Heroin ni Kakak Zombie sebab pompuan ni dia de kelebihan bleh nampak roh..
So ada la babak hantu kluar..
Tapi tak scary la..Just hantu lawak2 gitu..
Xde la Abg Auf ngigau malam2..
Haha..

Haaa..Citer Jang Ok Jung pun dah ulang tayang balik,..
Aku suke citer tu..
Tapi malas nak tengok balik..
Kang tersangkut..
Bahaya!

Aku ngan Belan dah set up rules nak tengok citer korea ni..
Kalo ikutkan memang semua cerita kat channel one tu aku nak tengok..
Alamak keje dalam rumah ni tak berbuat la macam tu..
So kitorg decide untuk follow 1 je drama bersiri..
Satu je yeee..
Klo 2 citer best yang kitorang nak tengok..
Kena decide and pilih 1 je!
So Master's Sun dah abis.. 
Bleh tengok citer lain plak..

Selain 1 drama korea..
kitorang tengok gak 1 variety show...
Mesti la aku pilih Running Man...
Haha..

Aku suka la kalo hari Jumaat and sabtu..
Happy je nak tido lewat nengokkan Running Man tu..
Sabtu malam Ahad kan de running man sampai dekat pukul 3 pagi..
Aku ngan Abg Auf memang tergolek la depan TV sampai kul 3 pagi..
Abg Auf tu la ...
Kuat betoi dia tahan mata dia tengok kan Running man..
Padahal bukan paham sangat pon..
Kita ni takpe la dok baca subtitle..
Abg Auf mana reti baca lagi..
Haha..
Belan pun layan gak..
Tapi biasanya dia akan terlelap dulu..
Tido la bang, Abg Auf teman mama kan!

So..
Malam sabtu dan malam ahad..
Masa untuk tergolek berjemaah depan TV tengok running man..
Yang tengok nya mama dan Ag Auf..
Papa dan Adik Ajim tengok gak..
Tengok dalam mimpi..

Adios.

Wednesday 30 October 2013

JENGUK BLOG AKU JAP...

LAMAAAAA sangat aku tak jenguk blog..
Lamaaaaaa sangat....
Sibuk blogwalking je..Ceh!

Ni pun tetiba nak bukak blog sebab tengah lepak kat rumah Atuk. Adik aku ntah macam ne dapat hack password wifi jiran aku..

Aku pun join la online.. Hahaha... Line lajuuuuu plak tu... GOOD GOOD...

Malam ni ada citer korea..
MASTER'S SUN...
Tengok tak crite ni...
Best and klakar..
Aku mmg layan cerita korea yang xheavy mcm ni...
X minat la cerita yang menangis x abis2..
Aku tgk tv nak release tension..
Kang kalo citer dah penuh babak air mata, aku pun banjir gak la..
Tak pasai2 aku stress..
Tak nak aku!

So skarang biar la atuk main ngn cucu2 dia...
Lepas rindu jap..
Aku balik sini pun last khamis minggu lps..
Dkt smggu x jenguk Atuk.
Padahal nursery anak2 aku tu 500 dr umah Atuk..
Sorry tok ye..
Tau tok rindu Abg Auf n Adik Ajim..
Tapi nak cemana, hari2 saya balik keje lambat.. Mane nak singgah dah.
Aim mmg nak sampai rumah cepat.

Ok.. De sejam lagi eh. Kul 6.30 kita balik rumah mama ye...

Monday 8 July 2013

BERTUAHNYA SEORANG ISTERI

Untuk isteri ............
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Bacalah Quran Dan Hayatinya.

-sumber : facebook-

Monday 18 February 2013

Kitchen Cabinet - Drama 1

Jumaat, 15 Februari - Orang Kitchen Cabinet datang nak pasang kabinet. Dah orang KC datang mestilah nak pasang kabinet kan. Takkan pasang langsir plak kot. Haha.. Aku yang mengong.

Kita up 1 gambo dulu.


Dua orang pekerja dia. yang separuh tak nampak tu bos dia. En.Ucop kot nama glemer dia,,hikhik.. En.Yusof la kot. pandai2 la aku bg nama glemer plak kan. Tapi betoi la, Yusof selalu org panggil Ucop je kan?

 Diorang ni datang dalam kul 3 petang. Masa diorang sampai aku still kat tingkat atas. Baru lepas solat  Zohor. Hari Jumaat kan. Biasa time orang lelaki solat Jumaat, orang perempuan gi shopping tak pun membuta. Aku prefer membuta dari shopping. Mengong lagi aku ni kan.

Masa aku turun bawah tengok diorang ni buat kerja. Aku tengok kabinet yang diorang bawak ni rendah sikit dengan concrete top yang memang dah ada kat dapo aku ni. Aku mula la nak meroyan kan. Aritu cakap nanti diorang buat biar sama paras dia. Warna pun aku pilih hampir sama. Ni kalo dah tak separas, nnt nampak la aku cantum Maica Top ngan concrete top.

Aku kenen kat Belan suruh cakap kenapa top tu tak separas. Belan pulak bukannya nyer gi cakap. tapi dia gi tanya. tanya pulak kat pekerja en,ucop tu je. masa tu mana ntah en.ucop ni gi. Pekerja dia jawab memang kene rendah sikit bang.

Aku dengor dari jauh je.. Ewah ko ye. Mentang2 Belan tu soft spoken, ko main gorengggg je jawap ye..tak pe aku tunggu en.ucop jap. Masuk je en.ucop tu ke dapo, Aku pun mulakan sesi soal jawap.

Aku : Top ni memang tak separas eh?
En.Ucop : Dia memang kene rendah sikit.

Masa ni aku nak tergelak pun ada. Agaknya ni memang jawapan standard diorang kot. klo benda tu rendah dari sepatutnya, diorang akan jawap kene rendah sikit. cuba kalo benda tu terpanjang sikit, mesti dioramg jawap memang kene panjang sikit. Kan?

Aku : Aritu masa ukur, en.ucop cakap Maica top ni akan sama tinggi ngan concrete top ni. Sebab tu saya setuju nak guna Maica top ni. 

Abis je ayat simple aku tu. terus aku blah g ke ruang tamu. Aku takde cakap lebih2. tu je. biar dia tau aku tak puas ati kat situ, and aku nak tengok solution dia.


Ni yang aku maksudkan ngan Maica top and concrete top.
Yang sebelah kiri tu Maica top. Aku tambah. Maica top ni tak sesuai kalo sambung ngan sinki, tak boleh basah sbb bnda ni dari serbuk kayu. nanti kembang. Basah2 sikit takpe. tp xleh la ngan sinki yg berair je kan.
Yang sebelah kanan tu concrete top. memang dah ada masa beli rumah ni.

Sambung balik citer aku tadi. dah lama sikit aku g jenguk balik dapur. aku tengok dioarang tengah lapik kayu atas kabinet. Nak tinggikan maica top tu bagi separas ngan concrete top. Pandai pun En.Ucop ngan Co. ni.. Saje je malas nak adjust tadi kan? 

Memang cenggitu la gaya nya klo kita nak amik mane2 contractor M ni ye puan2. Selalu kita dengor orang ckap; Jangan amik contractor M, memang murah tapi buat keje teruk. Klo kontraktor C buat keje cantik, tp mahai sikit. Kan? So aku admit benda tu. Tapi alhamdulalh la rumah aku ni semuanya aku deal ngan M. Janji masa diorang tengah buat kerja, korang mesti ada ngan diorang. Pastu pantau diorang wat keje. jadi la kejap mandor kepada diorang ni. Jangan bg diorang wat keje time korang takde. Klo boleh biar diorang buat hujung minggu. klo tak boleh gak korang amik la cuti. tapi biasa nya diorang akan cuba gk wat hujung minggu pun, nak duit kan. Klo drag lama pun xpela. kita puas hati.


Ni time dah siap kemas. last diorang akan pasang silicone in between maica top ngan concete top n dengan tiles tu. Macam gam la.Aku install yg bawah je dulu. kabinet atas kena hold dulu. sian Belan kang botak nk membayo semua sekaligus. Perasan tak tiles dinding aku tu separuh. Ni pun satu hal lagi. Orang KC ni sebenarnya nak datang hari Sabtu 16hb. tapi aku takde masa tu. So aku surh datang jumaat. Tiles ni diorang sub kerja kat org lain. n orang tu plak tak leh dtg hari jumaat. Aku blur gk. cmner nak pasang kabinet tp xsiap lagi. pastu diorang siap gam plak lepas tu kan.

Aku : Tiles ni nanti nak pasang macam mana ye, dah pasang silicone (gam) tu?
En.Ucop : Kabinet ni tak kacau. Nnti pasang tiles bahagian atas kabinet ni ngan belakang peti ais je kan?
Aku : Pasang tile sampai ke bawah kan? sampai lantai.
En.Ucop : Belakang kabinet ni tak payah tiles. Bkn guna pun.
Aku : Klo ikutkan perbincangan saya dengan en.Asri ( adik ipor an.ucop), kami nak tiles semua ni sampai lantai. termasuk yag belakang kabinet.
En.Ucop : eh, mana ada. harga yg saya kira ni ni tak termasuk dengan tiles belakang kabinet.

Aku dh geram gk la. aku dh kata nak tiles semua.yg dia pergi kira tak termasuk tiles belakang kabinet tu pasai apa. Tiles tu nampak ke tak nampak tu biarla kan. Aku nak dia pasng tiles. Kot esok lusa aku nk bukak kabinet ni at least takder la melopong satu kawasan tak ber tiles kan? 

Aku :  Klo ikut apa yg kami phm masa bincang dengan en.asri, semua ni tiles.
En.ucop : nnt sy confirm kan balik dgn en.asri.

masa ni dua2 speechless. takpe. kita tunggu solution dia. 

Petang tu dia confirm balik dengan aku. dia ckp mmg dia kira tak termasuk harga tiles belakang kabinet. tapi dia pikir taknak ada bunyi2 kat belakang, dia akan pasangkan jugak tiles belakang kabinet, harga sama. Pastu maica top yg dh pasang tu pun dia akn tukar lain sebab aku dua tiga kali gak mention kenapa joining dia tak smooth macam kat showroom (heee...). Aku tak suruh tukar pun. tapi aku tanya banyak kali.. heheh... Perang saraf namanya tu..

Aku asalnya nak pecah concrete top ni. nak install 2-basin-sink. 
Dah bincang berkali2 at last ake decide on je ngan single sink yang ada. tak payah pecah konkrit ni. sambung je ngan maica top. InsyaAllah ada duit lebih nanti. area ni nanti jadi dry kitchen. Kat blakang rumah aku da 10kaki lg kawasan, aku nak buat dry kitchen. InsyaAllah. Klo ada rezeki kami. So sekarang silalah aku berhemah dan bersopan santun membasuh pingggan mangkuk sebab area sinki tu senang beno basah dek percikan air. huhu...

Ok x drama kitchen kabinet aku yag pertama ni... 
^________^

So overall. Aku puas hati. memang boleh direkemenkan pd kwn2.  Macam aku ckp td. Kita as tuan rumah kena masuk campur bila diorang ni buat kerja. Kita bayar and kita harap dapat apa yg kita lihat diorng mampu buat. so pandai2 adjust ayat la bgi diorang ikut kemahuan kita.

En.ucop ni pun baik jugak la. Dia pikir nama syarikat dia. Kalo kat tempat aku ni glemer la jugak. Yang penting dia as peniaga kena tolerate dengan customer. kita puas hati. nama syarikat dia pun makin wangi. Aku puji en.ucop ni. 

Tunggu hujung minggu ni plak diorang nak pasang tiles.so nanti kan kemunculan Kitchen Cabinet Drama 2. hmmmm...berabuk balik la dapor aku tu. huhu

Pastu dok diam2 kumpul duit pasang kitchen cabinet yg bhgn atas plak .Yang ni Kitchen Cabinet drama 3... Adoila.yeyeeeeee laaaa sangat.

Saturday 9 February 2013

Dah Pindah

Sabtu sebelum thaipusam(ye aku tau cerita ni dah basi...huhu) kami sekeluarga dah selamat pindah barang masuk ke rumah. Barang je pindah masuk. Tuan rumah dpt tdo hujung minggu je tau. Bencik. Baju banyak lagi kat rumah mak. Segan la nk angkat terus. Terasa cam anak derhaka plak aku. Time susah meh menempek kat mak. Dah senang terus blah. Haha. Memang masuk kategori derhaka la aku ni kan. Derhaka manja gitu. Ade ke? Abaikan!





Abg Auf yang tak reti2 lg nk wat 'peaceee'. Haha.. Bila la ko nak reti la Abg Auf oi.











Tak banyak brg aku. Byk barang basic je. De yg aku bg org. Mls usung bwk balik dari kjg dulu. Semua barang ni dah dekat setahun setengah berbungkus! Bapak lama.

Sebabnya aku angkat brg dr kajang masa hujung bln september 2011. Masa ni aku amik cuti bersalin awal 2minggu. So angkt barang terus. Sambung cuti sekolah terus kennn. Harus la pindah. Masa ni Belan mmg dh keje kat BM. Aku dok sengsorang kat Kjg. Sarat pregnantkan Adik Ajim.

Barang yg aku angkat dari kjg ni (yela sangat aku angkat) aku park dulu kt rumah ke2 parents aku. Alah rumah flat je pun. Tapi mujur la rumah parents aku ni tgkat baaawaaahhh sekali. Ground floor la. Klo tak mencungap la nak bwak brg kot tangga. Huhu...rumah ni mak aku wat rumah singgah je kot diorang nk g kebun. Dkt la sikit. Brg basic semua ada la. Tambah plk brg aku jd crowded gk le. Huhu. Takpe mak. Rumah mak dah lapang dah. Tq bg pinjam wat store jap.

Tuesday 22 January 2013

Jadual Tadika Abg Auf

Semalam lepas abis keje, aku terus amik Abg Auf dan Adik Ajim kat nursery. Sampai rumah pun dah nak dekat pukul 4. Ada agihan duit RM 100 bantuan awal persekolahan. Duty kat kelas sampai pukul 3.30pm. Kuasa duit, 24/25 parents datang ambil duit. Tu pun yang sorang tu memang tak datang sekolah pagi tu. So agak segan la kot parents dia nak datang petangnya.hehe.... Biasa kalau hari serah keputusan peperiksaan, kalau dapat 10 parents yang datang pun dah kira satu pencapaian terbaik la kan. Tapi budak zaman sekarang pun dah terlebih cerdik. Pandai je diorang sorok info pasai results periksa. Tapi bab duit ni lajuuuuuuu je bgtau parents ye...Bagus2...... Dah, tutup cerita duit ni!



Jadual tadika Abg Auf. Cikgu dia masukkan jadual ni dalam beg sekolah Abg Auf.

Seriously bila aku tengok je jadual ni, aku rasa macam naaaakkkkk je pergi tadika dengan Abg Auf. Nak tengok dia kat tadika. Tengok macamne dia belajar. Aktif ke senyap ke, paham arahan ke. makan pe dia kat tadika.

Kalau jumaat tu ada amali solat kan. Alahaiii... mesti comellll je bebudak ni buat amali solat beramai2 kan. Teringin beno aku nak tengok Abg Auf kat sekolah. Tapi macam takde harapannnn je. Agaknya aku kene ambik cuti 1 hari kot baru merasa tengok Abg Auf kat tadika baru dia.

Aku kene try jugak amik cuti 1 hari nanti. Kena gak tengok perangai anak sendiri. Dah tiap2 hari menghadap perangai anak orang je kan :)

Bila la agaknya ye.........

Wednesday 16 January 2013

Ok, Done!

Stok baju tadika untuk Abg Auf aku dh siapkan.

Dari ampaian, ke iron board, then back to ampaian semula.

Rajin tak aku?


Haha....


Ok.

Short update udohla.

Kepala dah bengong ni.

Semalam tido kul brape entah.

Kul 3pagi kot.


Aku target lepas isyak mlm nanti aku nak tido dah.

Cepat laaaaaaaaa isyak!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 15 January 2013

Anak Aku Dah Besor La Weih...

Assalmualaikum...
minggu ni dah minggu ketiga bulan januari.
Dah separuh bulan januari pun, 15 hb kn..
kejap plak rasanya.

Dah tengah2 bulan ni baru aku nak kongsi gambar Abg Auf pergi tadika 4 tahun...
hehehe... kecoh je anak aku dah beso. anak semua org semua makin beso. tak kecoh punnnnn....

Aku kan chikgi. pergi opis haruslah awal.
jarak rumah sekolah pn dh 25km.
so sehari dh ulang alik 50 km.
actually xde hal pun, org lain travel lg jauuhhh kan.
ni stakat 50 km je nk keceoooohh... hahaha..
point aku kat sini ialah aku ni chikgi.
masuk opis awal.
7.25 pg dah dikira merah hokeh.
so aku kene kluar rumah paling lewat kul 6.45pg.
ni paling lambat la..

so tak dpat la pagi2 aku nak menyiapkan or hantar anak2 ke tadika n nursery diorang. klo aku yg hntar diorang, kul 6.30pg aku dh keluar rumah. nursery plak bukak pukul 7 je. ate camane.

Abglan la amik tanggungjawab siapkan diorang g tadika. biasa sebelum aku g keje aku dah siap2 kan bancuh susu Abg Auf n Adik Ajim. Klo still de masa lg. Aku gerak diorng bg menyusu siap2. kira mcm ambik sarapan la ni. klo ade lg gk masa aku tukarkan la pampers Adik Ajim. yang ni biasanya tak sempat dh.hikhikhik...so tinggal Belan nak mandikan dan siapkan Abg Auf pakai uniform dia je.



huhu..sedih tengok Abg Auf pakai ketayap yg mcm snowcap dh ni. Belan oi, pakaikan ke belakang sikit la..huhu... ni la klo laki yg siapkan. Tak mencapai KPI yg ditetapkan.Waaa... jiwaku memberontak! hmmmm.... Sabo...sabo...
Baju uniform ni kena pakai setiap Isnin and Khamis.



Sama plk cara Abg Auf ni posing. Tuko tangan je kan. dia nk wat peaceeeee la kononnya. tp tak reti2 lg smpi sekarang. selalu yg dia pndai buat tu bukan peace tapi Loseeerrr. hakhak...
Baju set t-shirt hijau n seluar ni pkai hari Selasa dan hari Jumaat. So ptg Selasa mcm petang ni nnt aku mesti basuh baju budak2 ni sebab nnt nk repeat pakai hari Khamis ngan Jumaat. Aku tak rajin pun, jangan riso. basuh guna mesin basuh jerss u olsss...



Set baju sukan oren ni pakai hari Rabu je. so leh relax basuh hujung minggu or petang jumaat je kn.

Biasa petang rabu nanti Abg Auf bising la kat aku.
"Mama, mane baju school abang?"
"Baju abang kan basuh. malam kang mama gosok pastu mama sangkut la kat situ"
"Ooooooooo"
Panik beno tengok baju school dia dh abis kena pakai.. kuikui..

Senang sikit sekarang. Nak basuh baju budak pun dh ada timetable nye. lipat baju je xde timetable lg. klo rajin aku lipat. klo tak rajin, aku ambik dari bakul terus iron terus hang. senang kan. klo baju yg nk pack masuk dlm beg nursery diorang. aku pilih je baju yg mane then trus lipat baju tu masuk dlm beg. ok x? rajin x aku ? Haha..

Cakap kat Belan nnt kita beli lagi 1 set baju uniform hijau dengan set bju sukan hijau. Senang xde kelam kabut nk basuh balik semua. heeeeeheeee... dasarrrr pemalasss yg amat! tapi belan kan sayang aku, dia setuju whaaattttt! agaknya dia phm beno ngn perangai aku ni. sekali dia xizinkan, selagi tu la aku membebel mcm2 nk beli baju lg gk. hahaha. Tapi takde la aku g beli lg. Tengok bulan2 depan. duit semua lajuuuu je pergi ke rumah baru kitorang. huhuhu... takpela rumah sendiri kn.

k la. jumpa lg =)

Tuesday 8 January 2013

Kami sopink katil angry bird.. Hikhik

Sabtu mlm ahad aritu tetiba je Belan ajak g tengok ekspo perabot kat SSU. Aku terkejut sebenonye. Belan ni mane mahu kalo bab menghabiskan duit ni. Tu semua tanggungjawab aku tu. Cari duit tu biar sesama, tp bab perabis duit tu mmg aku volunteer buat. Dah aku yg expert bab ni. Expert sangaaaattt....cesssss....

Ni kes aku confirm nak join main kutu ngan opis mate aku sebenarnya. Even turn aku bln 3 nnt. tp sbb dh confirm nk join main kutu, so poket adalah terasa berat di situ. Maka haruslah operasi meringankan beban poket dilakukan dengan kadar yang segera. Kuikuikui...

Pusing2 karnival perabot tu. Terbekenan kat benda





Adik Azim plak dah transform jadi mandor kwsan ni. Belan la dok ngekor dia. Aku tak leh, kn aku dlm misi nak menghabiskan duit. Haha

Tp murah kan harga tu. RM 1799. Dpt katil 3 tgkat sekali ngan tiga tilam. Ok la kn. Tu pun dia bg kurang kat aku. Rm 1700. Tilam tu kalo tgk betul2 semua lain2. Belan nak tilam yg warna light purple. Kualiti elok sikit. So kne tukar lg 2 tilam yg ats n bwah. Upgrade jenis tilam tambah RM 160. Satu tilam 80henggwt. Aku tukar 2tilam. So total semua. RM 1860.

Boleh book dulu. Tempoh nak hold book pn lama gak . 6 bln. Boleh pilih bila nak diorang hantar rumah kita. Disebabkan duit kutu aku dpt bln mac nnt. So aku suruh la diorang hntar umah aku end of mac nnt. Haha. Pandai kn aku budget. Aku bayar deposit RM 100 je mlm tu. Nnt diorang dh antar katil ni g rumah aku baru byr abis. Kira aku just lock price je dulu. Sebab promo ni sampai hari ahad 6 jan je. Pastu balik hrga asal. RM2500 xsilap aku.

Owh lupa plak. Free delivery dlm perak. Pasang pun free. Hehe.. Suka... Suka. ..

Actually kan. Aku xbuat satu entri pun pasal rumah baru aku. Haha.. Gambo melambak je. Nak taip entri tu malas nk mam. Nnt la kot rajin. Aku tunjuk la rumah aku. Kot rajin la ye. Aku tak masuk lagi rumah ni. InsyaAllah hjg bln nnt. So far wiring dh 80% siap. Elektrik ngn air dh ada dh. Tgh nk confirm kitchen cabinet je lagi. EHHHHH... terstory pasai rumah la plak.. Xpe..xpe..teaser rumah aku. Haaa... Teaser sgt la. Ntah sape nak amik tau pasai rumah aku ni ha. perasan terlebih.

Berbalik pd karnival perabot tu. Aku nyaris2 gk la nk beli kerusi ni 2 bijik.



Yg warna merah. Seperti yg digayakan oleh Abg Auf. Harga 90hengget sebiji. Tp sbb aku nk amik 2 diorang bg rm75 sebijik. So klo amik 2 jd rm150. Pastu klo tmbah balik ngn harga katil td tu total rm2010. Diorg diskaun lg dpt ngam2 2000hengget. Tp bila pikir2 balik. Kerusi papan als ngn bantal ni pun 70henggey sebijik. Rasa mahai beno la kan.so xjd amik kerusi ni. Amik katil udoh le. Balance duit kutu nnt boleh beli cat ke kan. De pekdah gk.





Set sofa 3+2+1 ni pun aku minat gk. Design mcm modern gitu. Tp material dia tu yg slack. Lembut sgt. Xpadan ngan anak jantan aku 2org tu. Bantai diorang lompat2 atas sofa ni. Aku rasa mau koyak tang jahitan dia.macam senang pecah. So xjadi amik gk. Selamaaaaattty duit kutu aku.

Kesimpulannya. Aku dpt ngap sebijik katil. N aku puas hati. Hopefully yg diorang nk deliver bln 3 nnt pun aku puas ati la harapnya. Aminnnnnnnn....

posted from Bloggeroid

Thursday 3 January 2013

I'm officially 29.



3.1.13
Hmmm...
Cantik bangat tarikh ni yek.
Cantik la sebab tahun ni la last merasa umur 2.0 series.
Tahun depan dah....
Tak payah cerita tahun depan la.
Panjang umur aku, ada la tau depan tu.
Bersyukur dengan apa yang ada sekarang.
ALHAMDULILLAH...

berharap biarla Belan yang sedap lena kat sebelah ni mimpi dia terlupa wish birthday aku. Then aku sentap. Then dia rasa bersalah. Haha. Mane tau klo dia belikan hadiah ape2 nk pujuk sentap aku tu...kuikui... Dah 29 tapi perangaiiiiii

ABG AUF DAH READY. AJIM PUN...

Semalam gelabah siapkan barang Abg Auf n Adik Ajim nak g nursery baru. Abg Auf nak masuk tadika 4 tahun sebenarnya. Pastu sambung day care terus sampai petang. Nasib la anak2 aky dapat mama bekerja. Sila lah membesar di nursery ye anak2.



Beg school Abg Auf. Nasib la. Combination yg langsung x match. Haha. Pencil case Upin ipin vs beg Cars. Nampak beno mak ko ni main taram je pakai apa yg ada kat dlm rumah ni.

Asalnya nak pakai beg upin ipin
memang de 1set benda2 ni. Abg Auf kan ahli Kelab Upin dan Ipin.

Sekali masa nak pack barang dia baru la prasam beg dia tu xde kepala zip. Zip nya elok je rapat. Tp kepalanya xde. Jatuh kot. Aku tengok belah hujung nye memang dah pecah. So...xleh pakai beg tu. Nnt dah bukak zip beg, cmne nak tutup pastu. Mengangaaaaaa je la.



Ni susu n toiletories diorang. Ni semua nak tinggalkan kat sana. Naya la kalo nk kena mengusung hari2 kan. So yang klo dah nak abis nnt baru aku topup stok dia.



Ni beg sebetulnya. Beg cars td buat syarat je untuk Abg Auf usung. At least dia excited la kan. Pakai beg segala. Dah kata nak g sekolah. Mesti ada beg. So beg dalam gambar ni aku letak pakaian Abg Auf n Adik Ajim. Tapi aku pening sikit. Cmne cikgu dia nak tau mane baju abg auf mne baju adik ajim . Size pun x banyak beza. Pampers lagi. So aku buat camni.



HAHAHA... Aku tak sure la ni masuk kategori kreatip ke bengong. Hahaha. Siap baju Ajim tu aku letak plak dalam satu beg kecik warna purple. Nk seperate baju dia ngan abang dia. Nasib la korang. Tertuko baju ke nanti mama tetap kenai korang la. Dont worry. Heeeeww...

Last sekali.



Kita tulis nama diorang kat depan beg tu. Aku tengok dah macam nama brand plak. Haaaaaaa.... De lagi 1 gambo last.



Ni baju Abg Auf nak pakai hari rabu. BELAN yang akak siapkan diorang sebab aku g keje awal. Cikgi kan. Kena masuk awal. Belan masuk opis kul 8.30. So better dia hntarkan. Klo aku yang hantor kul 6.40 dh kena keluar rumah dah diorang. Sian plak kan.

Sedih gk pikir anak g sekolah tapi aku tak dpt uruskan. Aku kne g keje sambut anak orang laib kat sekolah. Huhu.. Ye aku tau. Kami yang menurut perintah.