Monday 18 June 2012

HAMPA

Ku ditinggal senja

Malam menghampiri

Sendiri ku sedang menanti

Oh angin segera sampaikan rinduku

Terlupakah kau pada janji mu...


Ketika bersama

Rindu bergelora

Perpisahan menikam jiwa

Kau pandai mengusik

Kau pandai menggoda

Kini ku yang kau tinggalkan

Begitu saja...


Apakah ertinya

Ucapan manismu

Kau merinduiku...


Mungkin hanya aku

Yang membiarkan mu

MENIPU diriku...


Biar luka menyiksa jiwa

Biar kasih tak kunjung tiba

Kerna pada hakikatnya

Diriku kau persenda...


Aku hanya insan biasa

Lemah pada rayuan manja

Terlena dibuai mesra

Pada cinta yang hampa...


Aku tengok kat youtube, video klip semua meleleh sangat, tak lalu nak tengok. Lagu meleleh tangkap lentok macam ni memang kena dengan jiwa sinar thr gegar aku ni. Kenapa aku tulis lirik lagu ni? Aku tujukan khas buat seseorang yang aku harap dia akan baca dan fahami lirik lagu ni. mungkin tak kena tepat, tapi aku pasti dia faham apa yang aku rasa.... HAMPA.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 17 June 2012

ABG AUF DONE HIS FIRST JIGSAW PUZZLE

Wah, seminggu aku biar blog berkurap, sekali update, cerita jigsaw puzzle je. Budget hebat sangat la cerita jigsaw puzzle aku ni. Haaaaaahaaaaaa....


Ateeeeee....


Gambar nye banyak, mood nak update je yang tak pernah banyak, surut memanjang...


Petang tadi pergi kedai, beli barang sikit, Abg Auf ni mengikut pulak, mesti akan ada nya barang dia nak paw nye. So dia amik la adik beradik coco crunch tu, aku tak tau ape, aku amik je ape yg dia tunjuk tu, sebab bukan aku yang bayar, Belan a.k.a suami soleh yang bayar. :P


So dalam koko crunch ni ada la mainan jigsaw puzzle ni, kecik sejemput je. Tapi susah gak nak buat, tak simetri, jenuh nak menyusun, tambah dengan Abg Auf ni yang sibuk nak menyusun, maka berganda la susah aku nak menyudahkan kerja menyusun. Last2 siap gak la, Abg Auf suka la, sebab dia tengok ada gambo raksasa dalam tu. Gambo gajah Ice Ace tu dia ingat raksasa. Kalau dah ada raksasa, kena la ada Ultraman nya. Maka bertukar laaaa dia jadi.... TEKENENNNNNNN........


Patut ke aku tukar tittle, ABG AUF DONE HIS FIRST JIGSAW PUZZLE ( WITH HELP FROM MAMA) ?


Heeeewwww......


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 10 June 2012

SIAPA NAK TRY...

Watch "Adik Ajim buat lawak" on YouTube


Siapa nak try tiru Adik Ajim buat benda ni...

Mesti boleh, tapi tak cun macam adik Ajim buat...

Kalau nak dapat cun macam adik Ajim buat, cabut gigi depan tu dulu eh...

:)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 7 June 2012

HAJI AUF BIN BELAN

Hahaha...

Anak dah haji, papa belum lagi...

Mama lagi laaaaaaa.....


Ni Abg Auf tadi...

Nak ikut atuk gi Asar kat masjid...

Ok laaa, mama pakai kan jubah, pakej kopiah lagi...

Sejukkk hati mama jap nengok ko pakai macam ni...

Kejap je la, pastu dah dok angkat2 kain...

Payah nak buat stunt Ultraman dia...

Nasib la...

Kang atuk semua elok tengah kusyuk solat...

Budak ni bagi takbir TEKENEEENNNN...

Tekenen tu ultraman la...

Pelat teruk budak ni...


Takpe, pelat pun mama sayang..

Saaaayang Abg Auf...

Saaaayang Adik Ajim...

Saaaayang abang.... Erm!


Bai.


Published with Blogger-droid v2.0.3

BELAN, CUTI LA!

Eeeeeee...

Cuti sekolah dah masuk minggu kedua dah...

Minggu depan dah start kerja balik...


Laki aku ni hari tu yeye je janji nak amik cuti sehari...

Konon nak teman aku dok umah bela anak-anak...

Haaaa....bela anak pun nak kena berteman ke weih :P

Tak ada la, aku cuti 2 minggu (10 hari sebenarnya, Sabtu ngan Ahad tak kira la kan)...

Belan janji nak cuti Isnin 4 Jun...

Tapi Isnin tu dia kena lapor diri ke opis baru kat SSU ni...

Takkan first day kat opis baru dia nak cuti dah..

Melampau la kan...


Ok, aku faham...

Aku pun tak kejam sangat la weih...

Yang aku rasa tak puashati nyer ialah....

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

SABTU NI BELAN KERJA !!!


Bengang la...

Patutnya minggu ni dia kerja 4 hari, berkepit ngan aku 3hari...

Ni dah jadi kerja 6 hari, berkepit ngan aku sehari je!

Mana cukup!

Tak cukup!

Aku nak hari-hari...

Belan, jom kita benti kerja nak?

Anak-anak kita bagi makan pe yang ada, tanah merah kt belakang rumah ni pun banyak.

Tak cukup kita makan batu jalan tu, pun banyak gak.

Huhuhuhu...sewel dah bini Belan ni.


Belan kerja  Isnin sampai Jumaat..

8.30 am - 5.30 pm..

Dalam sebulan mesti ada sekali kena kerja hari Sabtu, full 8.30 am - 5.30 pm.


So bulan ni dia boleh pilih nak kerja either 30 Jun atau 9 Jun...

Balance lagi 2 Sabtu tu dah full staff lain dah booked...

Belan ka baru lapor diri kat sini, so dia lewat book la..

Tapi, tarikh 30 Jun tak boleh sebab 1 Julai nak pergi kenduri kat Negeri Sembilan...

So terpaksa la dia kerja Sabtu ni...


Belan, u hutang 2 hari berkepit eh...

Ganti balik!


No double meaning ye, kalau ada pun, ada i kisyah kerrr ? I tak kisyahhh okkssssss..... :D

Bubbye.....


Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday 6 June 2012

BOTAK KETIDURAN

Dah 2 hari Adik Ajim tak sihat...

Pakej demam+batuk+selsema...

Minum susu pun kurang...

Tapi...

Makan mesti makan...


Alhamdulillah...

Tak adalah mama susah hati sangat...

Abg Auf tu makan pe pun tak nak...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Monday 4 June 2012

SIAPA IRAS SIAPA

Alhamdulillah...
3 tahun setengah aku jadi isteri Belan...
Bulan 8 nanti genap 3 tahun kitorang pikul tanggungjawab papa-mama ni...

Pesal bunyik macam sentimental je aku malam ni :P



Siapa iras siapa?

Abg Auf dah 2 tahun 10 bulan...
Adik Ajim dah 7 bulan...

Abg Auf masa kecil sampai sekarang mulut potpetpotpet...
Maybe masa mengandungkan dia aku ada angin asyik nak potpetpotpet kat anak murid aku..

Adik Ajim sangat la independent...
Dia takkan mengangis...
Melainkan lapar, mengantuk, sakit dan bosan.
Jarang la nak dengan dia buat bunyi...
Wawawawwa ke pun takde...
Mamamama...
Lagi la tak ada...
Maybe sebab masa mengandungkan Adik Ajim aku dok sengsorang di Kajang...
Belan dok kat BM...
Abg Auf aku tinggalkan di Perak sebab aku takut takleh jaga dia sengsorang masa preggy...
So aku sangat down...
Sangat tak happy...
Aku hanya bercakap di sekolah...
Tu pun sebab nak mengajar,kena la bercakap...
Balik umah mana aku ada bercakap...
Sampai la ke pagi esoknya, kalau aku g sekolah, baru cakap balik...
Unless kalau aku on the phone kat rumah, gila ko aku nak communicate guna apa...
Aku de broadband, Belan pulak tak ada internet connection...
Nak skype ke fb ke mende...
Call je...
Simkad kitorang ni simkad lama.
Takleh buat 3G call, kena upgrade dulu.

Maka kerana semua sebab-sebab di atas,
Aku tengok Adik Ajim ni pun sangat pendiam..
Dia lebih suka observe orang...
Sebijik macam aku masa pregnant kan dia...

Aku dulu duduk kat apartment...
Tingkat 3 je...
Tapi apartment ni atas bukit...
So macam tingkat 7 la rumah sewa aku tu...
Aku kalau kat rumah sorang-sorang...
Aku lepak kat balkoni...
Aku usha parking lot...
Tengok gelagat famili yang baru sampai...
Yang nak ke mana-mana...
Tengok suami orang ni jenis macam mane...
Tengok isteri orang tu jenis macam mana...
Macam Adik Ajim sekarang...

Dari segi perangai...
So Abg Auf macam PAPA...
Abg Auf ni gayat macam Papa...
Agak lembut macam Papa...
Ye, Belan ni tak pandai marah...

Adik Ajim macam aku...
Tak gayat, of cos macam aku...
Kasar...juga macam aku...
Kuat makan...eemmm...macam aku ke?
Yang tak elok tak nak mengaku:P

Tapi dari segi rupa...
Abg Auf iras AKU...
Adik Ajim iras PAPA...

Tak percaya?
Tengok HIDUNG la beb!

Saturday 2 June 2012

ADIK AJIM : HAIR CUT

Lately aku tengok Adik Ajim dok menggaru kepala je time nak tido. Tabiat baru ke. Gatai kepala kot. So aku assumed dia gatal kepala, sebab panas. Rambut pun dah panjang.

So tadi bawa Adik Ajim gi potong rambut. Kat kedai macha ni. Abg Auf selalu potong rambut dengan dia, ok la. Kalau dengan orang lain, meraung-raung macam la tukang potong rambut tu nak potong kepala dia je. Dengan macha ni Abg Auf ok. Macha tu pun masa potong rambut dia wat la bunyi-bunyi, nak tarik perhatian Abg Auf.



Masa ni dia dah nak start enjin tercebik-cebik dia. Aku tolong amik gambar je. Tak tolong pun macha tu tarik perhatian Adik Ajim. Saja nak test power dia :) Alasaaannnn....



Then Adik Ajim dah start usha macha tu.



Operasi melolong pun bermula. Lepas je amik gambar ni aku tepaksa simpan hp, tolong macha tu. Tak cukup power la you macha :P Aku tolong pegang tangan Adik Ajim, riso aku. Macha tu dah la pakai mesin dia. Ok,dapat selesaikan misi hair cut dengan jayanya.



Adik Ajim serius je muka masa otw balik umah.
Jangan marah arr Adik Ajim.

Petang tu saja tengok movie yang ada dalam laptop adik aku. Avatar : The Last Airbender.

Aku : Adik Ajim ni lagi nampak putih melepak la bila botak.
Belan : Aah, macam avatar je dia kan. Tinggal nak lukis arrow je.
Aku : ........ (Anak aku ni ko cakap macam avatar. Tapi, memang ye la kan, aku tengok pun macam avatar weih. Hahaha...)

MAMA YANG BIJAKSANA

Teeheee.... What a day yesterday.

Semalam terserlah 'kebijaksanaan' aku dalam bab direstions. Again.


Pagi semalam, macamana entah Abg Auf boleh terjaga awal. Merengek nak ikut aku dan Belan gi BM. Hadoi! Kacau daun je. Tak leh la nak bagi mama ko ni dating dengan papa kejap. Mujur mood aku baik, so aku pun bagi green light kat Belan. Belan siapkan Abg Auf, tukar baji je, nak mandi tak sempat dah. Aku siapkan beg Abg Auf; susu, air panas, air masak, pampers.


Kul 7am dah gerak, hujan lebat yang amat,so tak leh nak bawak laju. Tapi memang tak laju pun kalau Belan yag drive. Manusia paling mengikut undang-undang had laju, Belan orangnya. Dari zaman dating, sampai zaman asyik melenting, macam tu la dia. Kot laju sikit, kalau dulu 100km/j, sekarang dah 110km/j, tu pun kekadang je cecah angka tu :P So dah hujan ni lagi la lambaatttttt.....


Tapi mujur la, sampai ngam-ngam je pukul 8.30pm. Keluar sarap dulu. Kapitan Crusine, again. Heeeee, aku punya ngidam nak sarap maggi goreng ayam (sarapan kita makan yang berat-berat ye kengkawan), tapi hareeeemmm, pagi-pagi takde goreng panas lagi. huhu. Merajuk, aku makan roti telur je :(


Pukul 9.45am aku nak gerak balik dari BM. Ok, highway tak jam,kereta banyak tu biasa la, dah nama pun cuti sekolah kan. Abg Auf tido otw balik ni, so takpe la, aku leh concerntrate driving. Belan petang nanti baru balik, bawak motor import dari Kapit tu. Eh, makan  kat KAPITan, motor plak dari KAPIT, mende asyik KAPIT  je ni.


Masa otw, aku msg adik aku Shidada, dia boleh keluar dari matrik Gopeng pukul berapa. Adik aku cakap kul 12pm dah boleh keluar. Aku masa tu kat Bukit Gantang, dalam pukul 10.30am camtu. Kalau aku direct sampai Gopeng, ok la, cantik je masa sampai dalam pukul 11.30am kan.


Aku pun calling2 dengan mak, tanya direction gi Kolej Matrikulasi Perak (KMPk). Ok, turun tol Simpang Pulai, ambil kanan,nanti dah de signboard,ikut je.


Ok, aku pun bersemangat waja persona perodua myvi la kan, ok directions mak aku tu. Pastu macam dah jauh gak la,kenapa tak nampak signboard KMPk pun. Takpe, brenti isi minyak dulu, minyak penuh senang hati,sesat barat timur laut pun takde la menggelabah sangat. Sampai dah masuk Bandar Ipoh! Habis segala Mee Rebus Ramli, Ipoh Parade, Medan Gopeng, semua aku lalu. Masalahnya aku ni buta jalan. Kalau aku ni 'celik', mesti awal2 aku dah boleh agak aku ni salah jalan. Ni dah abis sesat, baru menggelabah call abah aku,sekali........ DIRECTION DARI MAK AKU TU SALAH. BILA ORANG BUTA JALAN DAPAT PULAK DIRECTION YANG SALAH.....HUHUHU...KES TAK JUMPA JALAN PULANG PUN JADI...


Patutnya, aku bukan turun tol Simpang Pulai, turun kat Tol Gopeng, yang tu amik kanan. Hadoi mak (mak salah, aku tak salah, aku memang dilahirkan buta jalan)..hahaha... But finally aku berjaya naik highway balik, turun kat Gopeng, aku ikut je signboard, senang jeeeeee. Betul la salah mak aku. Kalau mak cakap turun kat Gopeng je cukup, aku leh je cari KMPk tu sendiri. Wah, ko cakap besau eh. Muahaaaa...


Balik tu cadang nak beli kek choc moist, birthday mak aku, tapi tak ada, kek icing banyak la, tak lalu aku! Kat kuala ni fastfood yang ada cuma KFC dan Pizza Hut je. Aku beli KFC je sebab dekat je dengan rumah.


Penaattt. Sampai umah dah pukul 2.30pm, bayangkan dari pukul 9.30am aku dah start drive, memang kematu montot aku ngan Abg Auf. Tapi lega sangat sebab Abg Auf pun elok je duduk dalam car seat dia, tak meragam apa pun. Caaaaayaaaang Abg Auf!


Published with Blogger-droid v2.0.3