Friday 6 July 2012

MC KE TAK NI?

Dari pagi semalam lagi akubrasa tak sedap badan.

Tengah sarapan kat opis, terus rasa tak lalu makan.

Seram sejuk je rasa.


Stok panadol, panadol soluble, minyak cap kapak, memang ada je dalam handbag aku.

Aku sedar diri, aku ni senang jtuh sakit.


So dari semalam la aku on panadol.

Pagi Khamis tu Belan suruh aku MC je, tak paya pergi kerja.

Aku pulak rasa macam dah sihat je, malas la nak MC, so aku pun pergi kerja.

Masa tengah mengajar clients, aku dah start rasa sakit-sakit dan bisa badan.

So aku tau aku nak demam lagi!

Lepas tu memang aku demam la, panas badan aku.

Dalam masa 6 jam, aku dah telan 4 biji panadol, tapi haram nak kebah gak demam aku.

Kepala pun dah berat.


Officemates aku semua suruh aku pergi jumpa bos, mintak balik awal.

Dah la hari ni ada meeting, lagi la lambat balik.

Tapi aku tengok muka bos macam stress semacam je, malas la aku nak tambah stress dia.

So aku pun masuk la meeting petang tadi.

Sekali, lama pulak bos no bercakap. Dekat sejam gak la.

Aku ni, memang tak dengar ape dah bos cakap.

Kepala dah berat.

Menguap tak berhenti-henti.

Riso pulak, kalau on the way drive balik nanti, aku tido masa drive, amacam?


Abis meeting pukul 3.30 ptg camtu, so sampai rumah pukul 4.

Badan aku panas betul,tak larat dah.

Mujur Atuknya volunteer nak ambil Opahnya dengan Adik Ajim n Abg Auf kat nursery.

Aku terus tido.


Belan sampai rumah dalam pukul 6.

Dia bawak aku gi klinik.

Doc cakap tonsil aku bengkak, ada infection, tu yang aku demam.

Makan panadol je tak jalan.

Kena makan antibiotik sekali, baru leh lawan infection tu.


Balik dari klinik tu, aku makan ubat, then tido sampai pukul 10.

Masa tu dah berpeluh-peluh.

Then rasa lapar sangat.

Baru la aku sedar, last aku makan pukul 8.30 pagi tagi,sarapan kat opis.

Patut la kan orang kalau sakit ni boleh kurus.

Tapi aku tak kurus punya la, sebab aku makan nasi pukul 10.30 tadi. Lapo weih.


So sampai sekarang aku tak leh tido lagi.

Petang sampai isyak tadi dah jenuh dah tido.

Nak buat kerja kat bilik belakang, aku takut.

Tadi masa makan aku tengok cerita Kekasihku seru.

Huhu...


Aku rasa macam dah sihat ni.

So aku nak pergi kerja la esok.

Tapi Belan marah.

Aku dapat MC untuk esok, so Belan suruh duduk rumah and rehat.


Camne eh? Kalau aku pergi jugak kerja esok, kira aku derhaka kat suami ke?


Tengok la cam mana. Tahun ni dah 4 hari MC. Nak tambah jadi 5 hari ke?


:(


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment