Tuesday 3 July 2012

RUTIN PETANG KAMI

Sports day dah settle...maknanya, routine back to normal..

Office hour ends at 2.30pm. Paling awal aku boleh sampai rumah pun pukul 3. PALING AWAL ye puan-puan. Tu kalau aku punch out tepat-tepat pukul 2.30pm. Dengan kata lain SEBELUM pukul 2.30 aku dah tercegat depan puncher je (which is aku tak pernah buat sebab puncher ni betul-betul depan bilik bos!). Then lepas punch tepat-tepat pukul 2.30, aku kena rush gi kat kereta, then drive back laju-laju. Laju tu dalam 110km/j untuk speed limit yang sepatutnya 80-90 km/j. Aku bukan lalu highway ye, ni jalan biasa yang berliku beronak berduri nahas menanti. Dengan traffic light pun ada 6! So normal nya aku sampai rumah pukul 3.15-3.30 la, kalau tak ada meeting or Ko-ko.

Sampai umah, aku isi tangki perut aku dulu. Mane boleh amik hero 2 orang tu terus, kang melepek aku! Aku ni kalo lapar, jadi badmood, rasa nak marah je manjang. Campur pulak dengan penat baru balik kerja, kang tak Abg Auf, Adik Ajim yang kena angin ribut aku tu. Aku saaaaayaaaang anak aku, maka aku perlu get myself ready dulu, mandi, makan, solat, rehat jap, then..... aku dah boleh senyum and gelak-gelak dengan anak aku dah. Kukuh kan alasan aku :P

Biasa aku ambil Abg Auf dan Adik Ajim dalam pukul 4.45, then aku terus bawak diorang pergi beli kuih untuk minum petang nanti. So dalam pukul 5 aku, Abg Auf dan Adij Ajim dah stanby dekat opis Opahnya. Kitorang terus tunggu Opahnya abis kerja. Opah sekarang pergi kerja dengan Belan, balik kitorang yang jemput. Sejak Opahnya jatuh motor dalam sebulan dulu, Opahnya dah tak berani bawak motor, nak lagi kena lalu dekat roundabout yang dia jatuh dulu. Sian opah, mamat muda yang terlanggar Opahnya tu pulak bukan nak tolong, belah gitu je. Cammon la. Ko langgar orang tua umur 55 tahun, kalau ko tak salah pun, tak boleh nak tolong ke wei! Geram aku, cuba aku langgar mak ko pulak,then aku belah, ko nak senyum kat aku tak?



Ni gambar semalm sebenarnya, tengah tunggu Opahnya abis office hour la ni. Aku tengok Abg Auf ni dah macam anak bujang pulak. Uish, rasa cam dah tua sangat pulak dah ada anak bujang, haha. Car seat ada, tapi tak guna :P Kitorang guna untuk long distance travel je. Ipoh dan Taiping tu kira long distance la, kalau setakat gi pekan ni, pejamkan mata je la.



Adik Ajim yang mok-mok. Kuat makan budak ni, semua dia bedal. Gigi dah 2 batang, gigi bawah je la baru. Nak tengok nanti gigi ketiga dia ni gigi atas atau gigi bawah. Semalam aku dengan rasmi istiharkan Adik Ajim dah pandai duduk sendiri. Sebelum ni dah boleh duduk, tapi ada gak babak tertomoih (bahasa perak - aku tak tau nak eja, maksudnya tersembam) muka kat lantai, ada babak berdarah bibir. Tapi semalam dia maintain duduk then meniarap balik beberapa kali without the tertomoih incident. So at the age of 8 months and 7 days, Adik Ajim was officially able to sit by his own. Proud for u son! Adik Ajim ni tak pandai merangkak sangat, dalam 3-4 kali rangkak, then dia akan ambung dengan menjulur je. Now dah pandai duduk. Opahnya cakap, dia ni nanti terua berdiri and jalan je, tak layan la merangkak ni semua. Hmm, aku rasa betul la kot cakap Opahnya, sekarang ni Adik Ajim ni memang keje dia memaut kitorang, then dia tarik nak berdiri. Risau aku. Sebab once dia dah berdiri, boleh pulak dia lepas tangan! Ajimmmmmm.....

Aku ni tulis tajuk pasai rutin, tapi cerita rutin sejemput je. Cerita benda lain berjemput-jemput. Haha...

Tiba2 terfikir. Lagi beberapa minggu dah nak puasa. Kalau pikir puasa, mesti sambung dengan raya kan. Tahun ni turn beraya di Johor, kampung Belan. Tak kisah la raya mana, yang penting beraya dengan suami dan anak-anak. Itu lebih membahagiakan. Haha, Kemain aku canang bab raya, puasa pun belum start laaaa.....

K, maassalamah wa ilal liqa'.

No comments:

Post a Comment