Sunday, 5 February 2012

Hafalan Shalat Delisa

Pagi semalam adik aku dapat link full movie Hafalan Shalat Delisa.. Senior MRSM bagi link tu kat dia. So kitorang dah tengok la cerita ni. A very good and strong message included in the movie. Sedih? Definitely!


Aku tau tentang cerita ni masa Wardina Safiyyah, pengacara MHI tu post kan preview cerita ni di facebook. Aku ni follower Fb kak Wardina. So aku rasa macam best je cerita ni, tapi aku blur gak, mane nak cari cerita Indon ni kat Malaysia. De masuk wayang kat Malaysia ke. Tup tup, de keluar kat Astro First. So aku plan nak tunggu hujung minggu nak tengok cerita ni ramai2 satu famili. Tapi tak jadi la, dah ada link ni.. Ada orang nak ke link ni?


Cerita ini berkenaan seorang kanak-kanak bernama Delisa yang diuji dengan hebat oleh Allah setelah dia kehilangan ibu, 3 orang kakak nya dan juga sebelah kakinya setelah kampungnya dilanda tsunami. Aku sedih tengok keadaan dia yang masih tercari-cari ibunya. Sedih seh.


Aku sebagai ibu, aku bukan sedih Delisa ni hilang mak, aku sedih bila terbayangkan kalau anak-anak aku yang berada di tempat Delisa. Aku, setiap hari masa nak drive pergi or balik kerja, aku selalu doa pada Allah semoga umur aku dipanjangkan Allah sebab aku yakin anak-anak masih perlukan aku. Aku tak nak bayangkan hidup anak-anak aku kalau aku dah tiada. Jauhkan nasib buruk ke atas anak-anakku ya Allah.


Published with Blogger-droid v2.0.3

1 comment:

  1. Salam,
    hi,
    tq for following my blog.
    hehe.

    Take care.

    ReplyDelete