Wednesday 8 February 2012

TETAMU TAK DIUNDANG

Aku yakin tak ada orang pun nak mengundang tetamu yang aku nak cerita ni masuk ke dalam rumah.

Bukan siapa ye tetamu ni, more tu APA..Apa ni pulak bukan la spesies kaki tak jejak tanah,bukan spesis hantu kak limah ke,NO! ni spesis yang tak ada kaki..


Ulaq melingkaq ataih pagaq,

Jatuh tergetaq-getaq ataih ayaq chaq...


Yeeee....ULARRRR.....hissssss...

Gila geli,aku taip citer ni pun meremang-remang je rasa.


Cerita nye, pagi-pagi isnin (kira ahad malam isnin), dalam kul 2pagi la.. Aku demam malam tu (Again?), so suami yang biasa tido di atas lantai beralaskan toto dengan Abg Auf, mlm tu dia biar la aku tido berbantalkan dada dia( manja kan aku?)..So, aku, suami and adik Ajim tdo atas katil, Abg Auf tido di bawah.


Dalam pukul 2 tu aku and suami terkejut sebab ade bunyi benda terjatuh. Tak kuat mane pun bunyi tu, tapi cukup la untuk sedarkan aku and suami. Dalam mamai2, samar2 night lamp tu,aku dengar suami cakap ULAR!!! Aku pun jegil la bijik mata, cari tang mana ular nye. Betul2 la dia melingkar atas cermin bilik aku! Warna hitam or coklat gelap la..Pe lagi, meloncat kitorang laki bini.


Suami loncat amik Abg Auf,bawa keluar bilik.

Aku meloncat dalam bilik sebab kena tinggal.

Suami meloncat masuk bilik balik.

Suami cover aku and adik Ajim meloncat keluar.

Hero gak laki aku ni..Aku heroin, tp heroin versi aku la,terjerit-jerit sampai Adik Ajim pun jerit...muahaahaa


Actually takde la sampai terloncat-loncat,tp betul,sangat cemas sampai aku sebenarnye tak sedar macam mana aku leh slamat keluar bilik, adik Ajim plak elok je senyum dalam dukungan aku..Aku macam, eh? Tadi bukan nangis ke budak ni.


Kecoh la umah sampai mak ayah aku pun bangun. Terang benderang rumah aku. Yela, ada tetamu kan kul 2 pagi. Haruslah umah tu kaai teraaaannnggg.


Ayah aku cakap tu anak ular sawa, elok melepak tepi printer aku. Nak tangkap,tak cukup alat, nak bunuh,macam tak sesuai je waktunya. So kitorang decide nak call abang bomba.


Abang bom sampai 10minit lepas tu, tp diorang settle keje lagi cepat dari diorang amik masa nak sampai umah aku. Senang je diorang tangkap,ala2 macam singgah umah aku ni minum air seteguk, then blah. Cepat kan.Cepat sebab ular tu tak lari menyorok,bleh nampak.. So tak payah nak punggah teruk2..


So settle 1 bab. Bab yang tak berapa nak settle ialah adik aku tu, bleh bantai tido kat bilik blakang tak sedar alam. Aku ni riso kang ular ni merayap pergi bilik dia ke, aku nak melintas pergi kejut dia memang sorry la. Tak berani aku nak lintas bilik aku tu..Huhu..Aku call pun dia tak sedar,betulla minah sorang ni. Sudahnya, lepas abg bom balik,baru la aku dapat kejut dia..


Pukul 3.30 pagi kitorang semua dah settle down, nak tido balik la. Seriau punye hal, kitorang anak beranak tido la kat ruang tamu, termasuk la minah sorang tu. Haha...


Kesimpulannya, sebab musabab ular tu panjat tingkat umah aku ialah :

1- Bahagian belakang umah jiran aku ni gila semak. Dulu dah de kes biawak masuk ikut tingkap yang sama.

2- Aku pasang night lamp tu kat tingkap, so matbe ular tu tertarik bila nampak cahaya.

3- Lubang angin kat atas tibgkap aku ni besar gak,memang patut berjaring pun.


No.2 dan no.3 suami aku dah settle kan, no.1 tu nak buat camne ek?


Sekian..


p/s-aku google la gambar anak ular sawa, konon nak letak gambar la,sekali keluar gambar yang lagi meremangkan bulu roma aku je. Gambar ular sawa telan kambing la,  baby pegang ular la..bla bla bla...Fengsannn.


Published with Blogger-droid v2.0.3

No comments:

Post a Comment