Friday 6 April 2012

ABG AUF DEMAM

Sian anak aku Abg Auf ni. Sakit mata tu dah tak ada rasanya, demam pulak tak hilang-hilang. On-off dari Jumaat hari tu.


Anak-anak aku kalau demam memang ini la uniform diorang. Pampers semata-mata.


Abg Auf ni ada sejarah fit (sawan). Mase dia umur dalam 14 bulan ke, dalam  Oktober 2010, dia demam panas. Siap haritu Belan amik cuti terus sebab petang tu kitorang nak ke Kompleks Haji di Kelana Jaya. Parents aku nak pergi haji malam tu.


Balik dari hantar parents aku, kitorang rush balik Kajang, sampai pun around 12am. Abg Auf pulak makin panas demamnya, si terus decide maduk ubat montot. Then baru nak lelap mata, tetiba je Abg Auf ni macam terkejut-terkejut. Terangkat tangan, mata pulak tinggal mata putih je. Panik aku! Aku pangil Abg Auf tapi dia tak menyahut, dengar bunyi dia nafas tertahan-tahan je. Tapi alhamdulillah, dia fit tak lama, dalam 2minit je. Fit ni kalau lagi lama lagi bahaya.


Bila dia dah lepas fit tu, terus dia terlena. Badan diorang jadi lemah, tu yang terlena tu. Kitorang rush pergi Hospital Serdang. Aku malas pergi hospital Kajang sebab aku ada bad experiance dengan bahagian emergency dia.


Abg Auf warded for 4 days. Aku langsung tak cerita kat parents aku yang pergi Mekah, biarlah mak ayah aku beribadat dengan tenang kat Mekah. Tapi diorang macam tau-tau je. Jenuh juga la aku meng cover line, yela, time diorang call, mesti la aku kat dalam wad, kene gak cover background bunyi tu biar tak bunyi macam kt hospital.


Aku dengan Belan la gilir-gilir jaga Abg Auf kat hospital. Susah sangat rasa masa tu. Dengan komitmen kerja, bos yang tidak memahami keadaan kita, keluarga semua jauh. Seumpama hantak aku dan suami ni yatim piatu. Agaknya macam tu la nanti rasanya kalau kita dah tak ada mak ayah nanti. Bukan tak ada kawan yang datang membantu, tapi rasanya tak sama kalau yang membantu kita tu ialah mak ayah kita.


Published with Blogger-droid v2.0.3

No comments:

Post a Comment