Sunday 15 April 2012

SENARAI YDP AGONG SEJAK 1957

1.  YDP DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN


Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad.


Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama pada 2 September 1957 dan mangkat ketika memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1 April 1960. Tempoh jawatan : 3 Ogos 1957 - 1 April 1960


2.  SULTAN SELANGOR


Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'iddin Sulaiman Shah.


Baginda mangkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua pada 1 September 1960. Tempoh jawatan : Menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong sejak 4 April 1960 berikutan kemangkatan Tuanku Abdul Rahman


3.  RAJA PERLIS


Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.


Tuanku Syed Putra adalah Raja paling muda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu pada usia 40 tahun. Baginda ditabalkan pada 4 Januari 1961 dan mangkat pada 16 April 2000. Tempoh jawatan : 21 September 1960 - 20 September 1965.


4.  SULTAN TERENGGANU


Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.


Baginda ditabal pada 21 September 1965 dan mangkat pada 20 September 1979. Tempoh jawatan : 21 September 1965 - 20 September 1970.


5.  SULTAN KEDAH


Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.


Baginda ditabalkan pada 20 Februari 1971. Tempoh jawatan : 21 Januari 1970 - 20 September 1975.


6.  SULTAN KELANTAN.


Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.


Baginda ditabalkan pada 28 Februari 1976. Tempoh jawatan : 21 September 1975 - 29 Mac 1979. Baginda mangkat pada 29 Mac 1979.


7.  SULTAN PAHANG.


Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah.


Baginda ditabalkan pada 10 Julai 1980. Tempoh jawatan : 26 April 1979 - 25 April 1984.


Mak aku kahwin, bersalinkan along, then bersalinkan aku dalam tempoh Agong ni memerintah. Ekspress Rakyat la mak. Ok, sambung.....


8.  SULTAN JOHOR.


Sultan Mahmood Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.


Ditabalkan pada 15 November 1984 dan baginda mangkat pada 23 Januari 2010. Tempoh jawatan : 15 April 1984 - 25 April 1989.


Adik aku, Ancik dilahirkan dalam zaman Agong ni memerintah.


9.  SULTAN PERAK ( Sultan Paling Hensem…heee)


Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Ghafarullahulahu Shah.


Baginda ditabalkan pada 18 September 1989. Tempoh jawatan : 26 April 1989 - 25 April 1994.


Adik aku Shidada dilahirkan pada tahun 1994.


10. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN.


Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.


Ditabalkan pada 22 September 1994. Tempoh jawatan : 16 April 1994 - 25 April 1999. Baginda mangkat pada 27 Disember 2008.


11. SULTAN SELANGOR.


Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah.


Baginda ditabalkan pada 23 September 1999. Mangkat pada 21 November 2001 ketika memerintah sebagai YDP Agong ke-11. Tempoh jawatan : 26 April 1999 - 21 November 2001.


Aku memang tak boleh lupa insiden yang berlaku kesan daripada baginda mangkat. Kesan pada aku! Sampai sekarang aku ingat lagi. Hmm...Dalam entri lain aky story mory eh.


12. RAJA PERLIS.


Tuanku Syed Sirajuddin Ibnu Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.


Baginda ditabalkan pada 25 April 2002. Tempoh jawatan : 13 Disember 2001 - 12 Disember 2006.


13. SULTAN TERENGGANU


Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.


Baginda ditabal pada 26 April 2007. Tempoh jawatan : 13 Disember 2006 - 12 Disember 2011.


14. SULTAN KEDAH


Sultan Abdul Halim  Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.


Baginda ditabalkan buat kali yang kedua sebagai Yang di- Pertuan Agong pada 11 April 2012. Kali pertama ditabalkan pada 1971 sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima.


** Rujukan dari Harian Metro, Rabu, 11 April 2012. Tarikh pertabalan yang dinyatakan adalah tarikh pertabalan sebagai YDP Agong, bukan sebagai Sultan/Yang Dipertuan Besar di negeri masing-masing .


*** Entri ini adalah sebagai rujukan untuk aku sendiri, almaklumlah, 8 Mei ini aku akan pergi menghadiri Kursus Induksi. ***


Published with Blogger-droid v2.0.3

No comments:

Post a Comment