Saturday 14 April 2012

BATTLESHIP MOVIE

Semalam mood meronggeng aku datang lagi. Even duit tarak (bulan 3 tak dapat gaji,sebab opis lama aku salah buat slip gaji akhir,bulan ni InsyaAllah adaaaa), aku cekau je la mana yang ada. Ni semua gara2 aku abis keje dalam pukul 11pagi! Banyak masa lagi weih, anak-anak semua d nursery, hehe..


So selamat la aku dan adik aku Shidada tengok wayang kat Taiping Sentral, 2.30 pm-4.30pm.


Gila best cerita ni. Sampai aku boleh terpikir nak join Navy ni. Dah la baju smart, kerja macam WOW.. tapi berangan je la weh.. Tapi serius, memang best, tak rugi aku pergi ronggeng tengok wayang. Ada part tu alien ni nyaris2 nak bunuh budak, aku dah menggelupur teringat anak2 aku kat nursery, kalau alien tengah serang kampung aku, adehhhh...


Peter Berg yang produce cerita ni. Hero dia pulak ialah si hensem tapi pendek Taylor Kitsch, heroin pulak aku tak minat la awek Kitsch ni, bagi aku Rihanna la heroinnya. Kalo awek si Kitsch tu setakat tayang body je la, sebab body dia la pun dia dapat jadi heroin, ye tak?


Hmm, lama sangat dah tak tengok wayang, bile last ek? Yang pasti tahun lepas aku tak ada tengok wayang langsung, so macam dah 2tahun aku tak menziarahi wayang ni, semalam pulak terziarah. Macam best pulak tengok wayang hari Jumaat kan, macam nak jadikan rutin bulanan ke lepas ni, boleh ke Belan? Hahaha.....


Sedih menyaksikan berapa ramai LELAKI  yang selamba badak je makan dan minum2 kat foodcourt, SOLAT JUMAAT? Wassalam la jawapnye...


Published with Blogger-droid v2.0.3

No comments:

Post a Comment