Friday 20 April 2012

Al-Kuliyyah : AKU INGIN CANTIK

Syarat untuk bergaya :


1.  MENUTUP AURAT - ni sah-sah la wajib kan.


2.  TIDAK MENYERUPAI GAYA YANG TIDAK MENGIKUTI SYARIAT.


Contoh : Memakai baju yang mempunyai imej atau lambang salib / syaitan.


3.  TIDAK MENYERUPAI LELAKI BAGI PEREMPUAN, DAN SEBALIKNYA.


Contoh : Pengantin lelaki memakai perhiasan wanita ketika bersanding kerana adat ini tidak berlandaskan  syariat Allah, even lelaki pakai rantai tu pun bukan adat Melayu melayu sebenarnya, so HARAM.


Hal-hal Lain

1.  Botox = HARAM. Memakai botox adalah haram kerana tujuan memakai botox adalah dengan tujuan untuk cantik. Biasanya manusia yang tidak bersyukur dengan pemberian Allah yang memilih botox untuk lebih cantik. Ye, memang akan lebih cantik,tapi berapa lama kecantikan tu boleh bertahan sebelum botox tu beri mudarat kat pemakainya? Tu belum lagi masuk kes yang pakai botox tapi jadi lagi huduh pulak lepas, nasib la! Namun Botox dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan untuk kes apabila kena strok bagi membetulkan muka atau mata yang herot. Botox yang ini lebih kepada tujuan kesihatan, maka dibenarkan, sekiranya mampu.


2.  Cabut bulu kening juga adalah haram. Perkara ini memang jelas. Sesiapa yang menuntut ilmu pasti tahu benda ni.Tapi adakah kita tahu yang mak andam yang kerjanya mengandam pengantin dan cabut kening pengantin juga berdosa walau dia cabut kening orang lain, bukan kening dia. So si pencabut dan yang dicabut keningnya sama-sama berjemaah dapat dosa.


3.  Pendakap gigi. Hukum memakai pendakap gigi adalah harus kerana tujuan pemakaian adalah untuk perubatan. Hadis nabi menyatakan golongan yang mengasah gigi adalah golongan yang dilaknat Allah. So braces  atau pendakap gigi hukumnya harus tapi mengasah gigi adalalah haram.


4.  Bergaya mewah. Tidak salah pakai pakaian berjenama atau bergaya mewah, dengan syarat kita sememangnya mampu.  Tapi hukumnya akan jatuh haram kalau kita tak mampu,tapi nak juga bergaya mewah. Islam tak suruh benda tu semua. Apatah lagi yang sampai berhutang sebab nak beli barang yang melebihi kemampuannya. Sudahlah  pinjam, lepas tu tak mampu bayar. Satu lagi, even kita mampu atau dengan kata lain kita ni kiranya kaya la kan tapi kalau kita tak bayar zakat, bermewah tanpa membayar zakat,hukumnya haram. Kenapa? Sebab ada hak orang lain (zakat) yang kita gunakan atau belanjakan untuk kepentingan kira. Sama juga kes suami yang melaram sakan tapi nafkah anak bini terabai. Contohnya suami isteri yang bercerai, tapi suami tak bagi nafkah anak.


Wallahualam. Semua notes ni aku dengar tadi dari program Al-Kuliyyah TV3 pukul 5 petang. Untuk ingatan aku sendiri. Menambah ilmu di petang Jumaat.


Published with Blogger-droid v2.0.3

1 comment:

  1. kepada wanita2 diluar sana yang masih tercar2 produk yg sesuai dgn kulit wajah anda...
    sy sarankan anda untuk menggunakan AS BEAUTY bg mnghilangkan jrawat,parut jrwat,jeragat..kulit kusam..berminyak..dll...
    view more @ www.missanabeauty.blogspot.com

    ReplyDelete