Thursday 31 May 2012

26.05.12 PENANG TRIP

Hari Sabtu minggu lepas (26.05.2012), Belan bawa aku, Abg Auf dengan Adik Ajim pergi jejalan kat Pulau Pinang Pulau Mutiara. Lawak sebenarnya, Belan bawa aku gi makan angin kat kampung aku? Ayah aku ni orang PP, lahir sana, sekolah pun sana, tapi kerja kat Perak, last-last sangkut dengan orang Perak (mak aku le tuuu.. ). Adik beradik abah aku semua kahwin dengan orang PP dan diorang semua stay kat sana. Abah aku je yang langgar tradisi, pergi kahwin orang luar, pastu siap xdok PP lagi. So, sebagai balasan, abg aku (anak sulung ayah aku ) pulak gi kerja kat PP, pastu kahwin pulak dengan orang sana. Kira macam bayar 'hutang' ayah aku la. Tapi macam terlebih bayar hutang pulak kan, adik lelaki aku pun pi bantai kerja kat PP. Dia tak kahwin lagi so tak tahu la jodoh nanti orang sana ke tak. Yang laki aku pun nak join jugakkkkk, pergi kerja PP. Adehhhh laaaa. Takpe takpe, start Isnin minggu depan Belan dah transfer ke SSU, Perak. SSU tu ape? Cari sendiri, hhahahaha...

Maka berjalan la kami anak beranak di PP. Pagi dalam pukul 10 kitorang sarap kat Restoran Kapitan Cruisine. Abg Auf dah mula buat perangak. Tak mau duduk. Tak mau makan. Tak mau minum.

Reason : Dari semalam aku dok sebut nak pergi Tesco, sampai la pagi tu tak sampai2 Tesco nye lagi. Boikot Mama!

Gila Tesco betulla Abg Auf ni. Tak pe, hal kecik je ni.

Lepas dah isi tangki masing2 (tangki perut aku dan Belan je yang full tank), kitorang gerak naik Jambatan Pulau Pinang. Aku tak heran sebenarnya (
ceh, tak heran konon:P) tapi terpaksa la jadi minah jakuns binti gediks jap, nak attract Abg Auf punya mood. And hasilnya..Abg Auf kembali ceria :)

Kitorang direct terus ke Bukit Bendera. Belan dah siap print google directions BM-Bukit Bendera-Toy Museum-Jeti Feri. Kitorang takde GPS. So, must be extra ready la kan. Good job Belan! Huh, kata PP ni kampung engkau, tapi pe hal nak kena ada google directions bagai. Yee, aku buta jalan ye. Jangan tanya aku directions semua, aku tak reti. huhuhu....

Sampai kat Bukit Bendera dalam pukul 11 pm, gila ramai orang. Bas persiaran berbijik-bijik. Aku terus down, mampus laaa, aku da la ada anak kecik, nak ke aku berperang dengan selaut manusia. Belan pulak dapat parking sikit punya jauh. Yang dekat semua dah full. Lagi la aku down. Abg Auf dengan Adik Ajim tengah tido masa tu. Kang kalau aku kejutkan mesti dia diorang badmood. Nak naik tren tu kang berganda pulak badmood. So kitorang say bye-bye to Bukit Bendera. Gila 1 gambar pun tak amik, hahaha..

Heading to Toy Museum pun jenuh gak la. Berpusing-pusing. Sampai aku rasa nak give up dah la.Tup2 toy museum kat kiri kitorang..Singgah sat...















Banyak betul toys collections owner ni. Tapi agak kurang maintainance. Ada toys yang dah berhabuk, yang dah tergolek tertelantang kuak lentang, tapi tak dibetulkan. Hmmmm... Layan lagi lambar toys collections kat sini...









Colections of Star Wars la yang paling banyak. Dari yang kecik sampai yang beso :P
Ada satu section tu semua collections of horror toys. Toys syaitan laknatullah. Hantus... Vampires... semua creepy and tak sesuai untuk tontonan Adik Ajim and Abg Auf. So Belan dan budak2 tak masuk section ni, aku masuk gak la,dah bayar kan, kene la jelajah semua part. Kalau aku boleh refund duit sikit sebab tak masuk section tu ok gak la. Tapi bila aku je sorang2 dalam section tu, dok amik2 gambar, aku rasa am semua toys tu dok tengok aku. Gulp.... Aku amik gambo ala2 kadar je,cari yang paling horror je, snap picture then blah. Haha. Tapi semua pictures tu aku delete balik lepas tu, tak nak la aku simpan gambar2 macam tu. Tak sanggup nak tengok balik pun. tapi tinggal la sekeping ni yang boleh dimaafkan....



Lepas tu plan nak gi naik feri la kan. Tapi terlalu sebelah Tesco baru ni, Abg Auf dari jauh dah jerit.

Mamaaaaaaa, naaaakkkk Tescooooooooo!!!

Adoi, ko ingat tesco ni maianan ke. Eh , ada ke replika tesco ke senagkatan dengan nye, bole aku bagi Abg Auf ni. Sorila Abg Auf, mama ko ni bukan anak tokey Tesco ok. Menantu tokeh Tesco pun bukan. Tak mampu nak bagi ko Tesco ye.

Langsung singgah makan foldover kat Tesco. Abg Auf makan burger Chicky Meal (dia makan daging nye je ), Adik Ajim makan bubur McD. Tapi dia makan sikit, pastu marah2.. Makan la nak, mama tak bawa bekal homemade bubur :( Again, tak ada gambar ye, aku sibuk bagi anak-anak makan, mana nak pegang kamera. Belan? Hmmmmmmmm....kirim salammmmmmm....

Feri. First time untuk kami 4 beranak naik sama2... Kira bermakna jugak la. Seronok tengok Abg Auf yang sangat happy. Adik Ajim senyum dalam mimpi. Tido dah dia!







Then, singgah Jusco kat opis Belan, nak abiskan masa jap. Bagi Adik Ajim tu lega, dia macam rimas asyik berdukung dan terkurung dalam kereta. So bagi adik dengan abang main kat indoor playground.









Okla, Adik Ajim pun dah ceria. Kul 5.30pm gerak balik Perak. Plan asal nak tido rumah Along kat Bertam, so esok boleh terus pergi Tesco, shopping barang dapur. Tapi kesian pula tengok Si Ajim ni, dia memang tak suka dok kene dukung je. So kitorang decide balik je rumah, esoknya kitorang tinggalkan Adik Ajim kat Opahnya, kami bertiga je ke Tesco.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment