Wednesday 16 May 2012

L.O.G.O OPIS AKU

Ni la logo opis aku. Tempat aku cari makan sejak Januari 2012. Maju terus maju.. Yeee, maju la sangaaat.


Ni opis aku yang ketiga dalam 4 tahun lebih aku berkhidmat. Dasyat kan,senang2 je aku melompat-lompat dari Kapit, Sarawak (2008- aku posting di sini ye kengkawan), then 2009 aku balik Kajang, 2012 aku balik kampung. Setahun je aku kat sarawak, even setahun, macam-macam aku dah rasa dalam setahun tu. Merasa pergi ke pedalaman 1, Belaga. 5 jam naik bot dari tempat aku, ke hulu. Sepanjang panjang menghulu tu aku tak tido langsung sebab sangaaaaatttt takuttt... Aku dengan kawan aku bawak life jacket, setakat bawak je la, gile malu nak pakai, orang sana selamba je turun naik bot, siap on the way tu boleh plak tengah-tengah sungai berhenti jap bila selisih ngan bot lain, de passenger nak tukar bot. Passenger tu pun, main langkah je.. Boleh eh, buat boat stop (ala-ala bus stop la ) kat tengah2 sungai tu. Tu tak campur pulak yang duduk atas bumbung bot, ni majoriti lelaki la, maybe sebab diorang nak merokok kot, bab harga lagi murah ke tak, yang tu aku tak sure. Sungai ni, lagi hulu, makin menjadi-jafi pulak jeram nya. Seriau aku, bot aku ni selamba je langgar batu jeram tu, aku dok terbayang lantai bot ni pecah, then kitorang bersepah dalam sungai, life jacket tu entah ke mana je nanti. De satu part tu, kitorang lalu LUBUK PUSAR. Bukan 1, bukan 2 tapi 3 ! Siap bot kena matikan enjin, ikut flow sungai jap, tak boleh lawan dia, then sambung balik journey. Memang dah ada kes bot karam kat lubuk pusar ni, ramai mati, huhu..Ok, habis bab Sarawak.


Kak kajang, biasa je la. Tak seronok sangat, aku tak ada member kamcing kat sini. Semua berpuak-puak. Eh, ada, Kak za nama dia. Rinduuu Kak Za. Dia sekarang sambung belajar kat KL. Nanti kalo turun Kajang, aku nak lepak umah dia jap.


So opis ketiga, yang sekarang ni.


Disebabkan aku selalu tukar opis, tu yang aku tercicir kusus induksi. Kan baru2 ni aku pergi kursus Induksi. Yang sama dengan aku tu semua adik-adik je, yang sebaya pun diorang posting tahun 2011, 2010...Aku sengsorang 2008. cicir punya pasal. Actually masa  2009 aku dah dipanggil untuk kursus induksi, tapi nunnnnn kat sarawak, aku masa tu dah tukar ke kajang. Bila aku call jpn sarawak, diorang ckp diorang tak tanggung kos perjalanan dan penginapan aku, sebab aku bukan bawah jpn sarawak dah, aku selangor yang kena tanggung. So, terpaksa la aku tolak kursus tu, then beratur la balik kat jpn selangor. 3 tahun beratur, senyaaaaap je. Mujur aku balik perak ni, terus dapat kursus. lega dah satu bab. Alhamdulillah.


Perak jugak yang bagus. Hik. Hik. Hik. :P


Happy teacher's day to all teachers out there. Tq to my clients for the presents. A simple celebration at a new work place.


Published with Blogger-droid v2.0.3

No comments:

Post a Comment