Thursday 3 May 2012

RM TIGA2TIGA7.TIGA1

Bulan Mac kan aku tak dapat gaji disebabkan oleh kelewatan pemprosesan gaji. Fuhh, ayat cikgu BM ni. So, alhamdulilah bulan April ni gaji dah masuk.Legaaaa yang amat, tak menafas aku sebulan,sampai Belan pun kena tempias dia. Ikat perut, tak breakfast kat opis, terus brunch. Tapi aku sedap je mentekedarah hari-hari kat kantin opis aku. *isteridurhaka.

Gaji gomen bulan April ni memang masyuk la.Dengan tunggakan gaji baru SSM, naik 13% kan, tunggakan elaun Cola lagi. So gaji aku bulan April patut extra masyuk, sebab aku punya gaji ada additional tunggakan gaji bulan Mac yang aku tak dapat. Tapi bila aku kira-kira balik, macam kureeeeeng masyuk. Macam tak cukup. Aku dah budget la brapa aku akan dapat. Bukan la ngam-ngam berapa, just anggaran. Sekali tengok slip gaji, weihhh.... Ni jauh sangat ngan anggaran aku ni. So, terus gi serang kerani gaji opis aku, tak serang pun, sesi perbincangan dua hala.
*again ayat cikgu BM.



Ni nilai yang kurang dalam slip gaji aku.Banyak kan? Banyak la untuk aku yang tiap-tiap bulan mesti nyawa-ikan keli time nak dekat gaji tu. Hap.. haaappp... Nak bernapas.

Kerani tu cakap dia silap, so amaun yang tak cukup ni akan masuk dalam gaji BULAN JULAI nanti. Sebab gaji bulan 5 dengan bulan 6 dia dah hantar summary ke HQ. Huhu.. Naya... Tapi bila pikir balik, ok gak, duit ni kira simpanan nak raya nanti la. Alhamdulillah. So, tak payah menabung untuk raya, duit yang ada ni, kita perabihhh kan. Haaaaaaaaaa....

No comments:

Post a Comment