Tuesday 22 May 2012

PERSEDIAAN.....

Persediaan mende ni weih... :P

Hari ni dah hari Selasa, esok Rabu, tulat Khamis, tonggeng Jumaat. Eh, betulkan tonggeng? sape eh ajar aku esok-lusa-tulat-tonggeng-taik anjing ni eh.. Gila ah,macam ne benda ni ada dalam kepala aku nih, hopefully sahih la data ni..

Sabtu ni dah start cuti sekolah........Cuuuuuuuttttttiiiiiiii tuuuuuuuuuu... 2 minggu cuuuuuutttttttiiiii tuuuuuu... Syiok ahhh. holiday 2 minggu.... tak de menda nak kacau langsung, tak de kelas tambahan la, meeting ke, ladap ke, semua yilekkk... Syok babas kat opis baru ni, cuti means cuti.. no one can kacau me..haaaaaaa.....

So, sebagai persediaan nak bercuti ni. Aku sedang bertungkus lumus menyiapkan marking paper. Dari 9 set soalan, tinggal lagi 4. ceh, baru sparuh je jalan,bunyi mcm la tinggal lagi 2 je ke.. kihkihkih... Tak pe, sok aku boleh siapkan lagi 2, sebab objektif je, lubang kat omr pun aku dah tebuk, tinggal nak menonyoh kertas client aku je. yang lg 2 tu subjektif, yang tu ada makan sikit masa la jugak, tp klo prestasi diorang mundur, maka halaju aku menanda akan meningkat la. kertas kosong, aku pangkah beso2, senannnnnggg keje.



Korang tengok la... Senang tak kerja aku. Aku bagi soalan set ( topik maths ting.4), aku suruh lukis Venn Diagram, diorang lukis Van sekolah.. Sabar je la. memang senang aku menanda, tapi bukan senang nak tahan sabar ni weih, clients aku ni jawab soalan periksa macam la aku ni tak penah ajo ape2. Apa sebelum ni aku masuk kelas menonong bukak fb ke, blog ke, paling bagus aku membuta ke dalam kelas tu. No way! Aku ni terlolong2 dalam kelas mengajar, hilang suara, berpeluh-peluh, duduk jangan harap la, aku tawaf kelas sampai abis waktu, pantang aku duduk kat depan kalo anak murid aku tengah wat kerja. aku suka survey progress kerja client aku. tapi, ni la hasil nya. Venn diagram bertukar jadi van sekolah.
Daripada aku dok sakit ati, aku pikir yang positif, clients aku ni semua baik ati, nak senangkan kerja aku, diorang semua memahami betapa aku nak cuti, maka jadi lah begini. terima kasih wahai clients aku semua,semoga Allah dapat membalas jasa baik korang sekalian.



Ni satu lagi,senyum senyum ye. Memang aku senyum je la menanda kertas korang. Senyum nak cuti..Lagi satu, senyum sebab esok gaji. Hehehe....

K la, nak siap-siap. Nak pergi ambil Abg Auf ngan Adik Ajim kat nursery. Hari ni 22hb kan, so arini Abg Auf genap 2 tahun 9 bulan. Semalam 21hb, genap aku kawen 3 tahun 6 bulan, Belan bawak aku gi makan kat luar, jadi laaaaa.... :) Saaayanggg abgggg.. Eheh:P

2 comments:

  1. salam kenal dan dofollow sini

    alahai,.. sama jer akak ajar bentuk pantun, depa jawab bentuk bulat, leper, sap entah ajar,.. tapi yupp mereka memang nak mudahkan kita menanda kan??

    seronoknya cuti x da klas tambahan, akak minggu kedua br dapat cuti sebab minggu pertama da kem dan klas tambahan, sedey lae..

    ReplyDelete
  2. slm perkenalan kmbali :)

    rezeki sy la thn ni, sek. baru ni mmg jenis tak kaco waktu cuti kitorang...heaven ~~~...

    neway, tq and done follow akak :P

    ReplyDelete